Bab 1 ( Bahagian 1)

1.4K 87 12
                                    

ALLY sedang duduk santai merendam kaki di dalam kolam kecil di tepi rumahnya

Oops! Această imagine nu respectă Ghidul de Conținut. Pentru a continua publicarea, te rugăm să înlături imaginea sau să încarci o altă imagine.


ALLY sedang duduk santai merendam kaki di dalam kolam kecil di tepi rumahnya. Sengaja dia mengocak air yang tenang. Leka dia dengan bunyi percikan yang terhasil hingga dia tidak sedar ruang kosong di sebelahnya kini sudah terisi dengan kehadiran si abang yang datang entah dari mana.

Nick daratkan sebelah tangan di atas bahu Ally penuh mesra, lalu tubuh itu dia rangkul santai. Ally biarkan sahaja. Dia senang begitu, dimanjakan Nick.

"Danny..." Meleret sahaja nada suara Nick. Lembut dia memanggil nama timangan Ally di rumah.

"Apa?" Kaki masih lagi mengocak air apabila Ally berpaling ke kiri melihat muka abangnya.

"Nak minta tolong, boleh?" Kaki Nick sudah pun terendam sama seperti Ally di dalam kolam.

"Tolong apa?"

"Malam ni Ben buat parti," kata Nick selamba, tapi dapat Ally kesan ada sesuatu yang tak kena hanya dengan mendengar nada suara Nick.

"Lepas tu?" Keningnya dijongket sedikit. Apa kaitan dengan Ally?

"Jom pergi? Teman Nick?" Nick sudah memaut erat lengan Ally dengan kedua-dua tangannya.

"Tak naklah! Parti Ben? Tak nak. I'm not going." Ally tarik tangannya yang Nick paut. Tak mahu dia terlibat dengan agenda mereka berdua.

"Alah... kenapa?" Nick tidak puas hati.

"You nak minum, kan?" Ally merenung tajam ke dalam mata Nick dengan jari telunjuk yang dihunuskan tepat ke wajah itu.

"Lah... mestilah. Apalah makna parti kalau tak minum? Baik duduk rumah minum Milo." Selamba Nick menjawab soalan Ally tanpa sekelumit pun rasa bersalah. Kata-kata Nick itu membuatkan darahnya mendidih.

"Tak kisahlah you nak buat apa, Nick. Nak minum ke, joget ke, tapi Danny tak nak pergi." Ally keluarkan kakinya dari air, tangan ditongkat untuk bangun.

Dia sudah berdiri, tapi kaki tidak boleh melangkah pergi kerana tangannya terlebih dahulu dipaut Nick yang masih duduk di tepi kolam.

Daripada duduk kini Nick sudah melutut.

"Danny, please, untuk Nick, kali ni je. Okey, okey, Nick janji Nick tak minum banyak. Jomlah teman Nick." Nick tayang muka paling comel yang dia boleh buat.

Mata Ally mula mengecil. "Kenapa you beria-ia sangat nak Danny ikut? Selama ni elok je berhibur tak ingat dunia sorang-sorang."

"Nak dengar yang betul ke yang tipu?" Nick sudah bangun, tapi tangan Ally masih belum dilepaskan. Bimbang adiknya itu melarikan diri.

"Rasa nak kena pukul tak?" Garang dia bertanya.

Nick telan liur siap-siap. "Okey, okey. Ben yang suruh ajak Danny datang." Jujur dia mengaku.

Ikhlas Dari Hati [SUDAH TERBIT]Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum