Bab 6

701 97 12
                                    

"OKAY, that's all for today and class dismissed." TZ tutup PowerPoint di skrin komputer dan mula mengemas. Semua fail kehadiran dia kumpulkan setempat.

"Thank you, sir," ucap para pelajar sebelum keluar dari dewan melintasi dia.

"You're welcome", balas TZ dengan senyuman. Orang berbudi, kita kena berbahasa. Dia perhatikan sekeliling, dewan sudah sedikit suram apabila lampu bahagian belakang sudah pun ditutup. Tinggal yang depan sahaja belum padam.

Semua orang sudah beredar, kecuali sekumpulan pelajar di barisan paling belakang berjaya mencuri tumpuan TZ.

Automatik senyum dia kulum. TZ galas terlebih dahulu beg di bahu sebelum dia panjat tangga menaiki ke tingkat atas. Dari jauh TZ dah nampak sahabat yang berdua itu sedang kalut mengemas barang-barang mereka.

Bukan dia tak nampak aktiviti mereka bertiga di atas sampai tak sedar kelas dah habis. Dua daripada mereka dari awal kelas sampai habis kerjanya tunduk, lepas tu kejap-kejap senyum, sekali-sekala tergelak. Tak lain tak bukan main telefon.

Yang lagi sorang pula, sepuluh minit pertama dah pejam mata. Cuma TZ je tak tegur.

TZ sedaya upaya sembunyikan senyum apabila dua sahabat itu tak habis-habis pandang ke arahnya dan semakin kuat menggoncang bahu Ally.

"Ally, bangun."

Gilalah, dia boleh tidur dalam kuliah selamba macam tidur dalam bilik? TZ akhirnya sampai di anak tangga terakhir, berdiri betul-betul di tepi kerusi Ally. Mengah dibuatnya. Tinggi bukan main dia orang duduk.

"Boleh I nak kejut dia tak?" TZ senyum pada mereka berdua.

"Ha?" Terus melongo muka Jaja dan Irah.

"Boleh tak I nak kejut kawan you guys ni?" TZ dah mula buat 'signature post' dia. Berdiri sambil bercekak pinggang. Bibir dia muncungkan ke arah Ally yang masih lena dihanyut mimpi.

"Tapi, sir."

"I tak buat apa-apa dekat dia, cuma nak kejutkan dia je. Cemburu tengok dia tidur sepanjang lecture. You all pun sama, seronok nampak gelak-gelak. Tengok apa? Youtube? Ke Netflix?"

Strike!

Jaja tersengih, sementara Irah tayang gigi. Nak telan air liur pun tak boleh. Selamba kena sound depan muka.

"Boleh, boleh, sir. Kejutlah dia. Saya pergi dulu." Jaja tundukkan kepalanya sedikit sebagai tanda hormat sebelum dia laju turun tangga menuju ke pintu.

"Saya pun pergi dulu, ya. Terima kasih, sir." Giliran Irah mengundur diri. Tinggallah TZ dan Ally sahaja di dalam dewan kuliah yang besar itu.

Mengeluh TZ jadinya tengok Ally.

"Kita jumpa lagi," bisik dia perlahan. Kecilnya dunia. Tak sangka, selepas hampir sebulan daripada peristiwa itu, dia akan berjumpa Ally di sini, di dewan kuliah ini, sebagai anak muridnya pula.

Ikhlas Dari Hati [SUDAH TERBIT]Where stories live. Discover now