Bab 7 (Bahagian 1)

639 93 15
                                    


"WEH, handsome, kan? Serius aku cair tengok pensyarah baharu tu tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"WEH, handsome, kan? Serius aku cair tengok pensyarah baharu tu tadi." Ally jadi terhenti melangkah ke dapur apabila dia dengar Jaja dengan Irah berbual di dalam bilik mereka.

Ally undurkan langkahnya setapak ke belakang, kemudian dia menempel di tepi pintu. Nak curi dengar punya pasal.

"Itulah... masa dia tuju dekat kita tadi, wah, dari jauh nampak handsome! Bila dekat-dekat, sumpah lagi handsome."

"Kan... kalau dari dulu semua pensyarah muda handsome macam sir tu kan seronok. Ini tak, semua professor tua-tua yang tinggal."

"Tau tak apa. Rezeki betul. Kau rasa dia ajar Mikro je ke, atau dia ajar subjek lain?"

"Entah. Kalau ajar pun, benda yang sama jelah kot. Mikro, Makro, virus-virus ni, kalau dah dia pun buat PhD bidang tu, nak lari mana lagi?"

Ally bulatkan bibir dia membentuk huruf 'O' sempurna.

TZ dah ada PhD? Muda-muda lagi dah dapat PhD!

Jadi, dia ada pangkat 'Doktorlah' sepatutnya di hadapan nama dia? Habis kenapa dia suruh pelajar-pelajar panggil dia dengan gelaran 'Sir' sahaja? Tidak Dr. TZ?

Ally berhati-hati mengundur supaya dia tidak diketahui sedang mengintip. Dia meneruskan langkah ke dapur.

"Dr. TZ? Sir TZ?"

Ally cuba-cuba sebut untuk dengar bunyi mana lagi sedap. "Sir lagi sedap bunyi dia."

Dia menuang air ke dalam cawan dan meneguknya dengan rakus.

Sambil-sambil minum, kepala dia tak habis lagi berfikir tentang pertemuan dia dan TZ di dewan kuliah siang tadi.

"Nice to meet you again, TZ."

"Me too."

Ally berhenti minum. Cawan di tangan dia tenung. Dia tersenyum sendiri. Takdir?

Mungkin.

* * *

ALLY masuk ke dalam dewan kuliah seperti biasa. Yang pertama dia lihat ialah meja pensyarah di atas podium.

Kosong.

Bagus! Maknanya Ally tak lambat. Deras dia panjat tangga menuju ke tempat dia selalu duduk, di 'atas kayangan' sana. Tiba-tiba langkahnya dihentikan oleh Jaja dan Irah yang duduk di bahagian tengah dewan.

"Op, op! Nak ke mana laju-laju?" Irah depakan tangan menghalang Ally daripada naik ke atas.

"Tempat biasalah. Kau dengan Jaja ni sejak bila insaf?"

"Dia orang cakap sir tak bagi orang duduk atas. Nanti dia panggil nama kalau duduk belakang." Jaja terangkan kepada Ally membuatkan keningnya sedikit terangkat.

Ikhlas Dari Hati [SUDAH TERBIT]Where stories live. Discover now