Bab 5

697 86 19
                                    


ALLY duduk dengan santai di atas bangku yang kosong itu, menunggu kelasnya untuk bermula

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


ALLY duduk dengan santai di atas bangku yang kosong itu, menunggu kelasnya untuk bermula. Sekejap lagi dia ada kuliah untuk dihadiri. Jadi sementara para pelajar kelas lain belum keluar, di sini sahajalah dia melepak.

Ally menutup mulutnya yang luas terbuka saat menguap. Mengantuk teruk!

Tidur dan Ally dah jadi satu perkara yang sinonim. Dekat mana-mana pun Ally boleh terlena apatah lagi kuliah yang bertemakan biologi yang jadi subjek major dia sepanjang bergelar pelajar universiti ini.

Lagi-lagi kalau dapat pensyarah yang jenis baca slaid berkajang-kajang dekat depan. Memang!

Bed time story sangat Ally rasa. Sekejap sahaja mata dah layu. Pensyarah bagi salam sahaja, mata Ally dah berair.

Sedang dia sibuk mengelamun, pintu dewan kuliah terbuka dari dalam menandakan kelas sudah tamat. Sudah tiba masa untuk kelas Ally pula. Ally tengok jam di tangannya. Awal sepuluh minit mereka keluar hari ini.

Ally ambil tempat di belakang sekali. Tempat kebiasaan dia. Dia nampak pelajar-pelajar yang lain dah sibuk keluarkan buku dan nota kuliah masing-masing, bersedia untuk mencatat.

Angkat sahaja muka, Ally sikit lagi nak terjerit apabila ternampak dua orang gadis yang sedang merenung dia dengan sengihan nakal tertampal di bibir.

"Hish! Yang berdiri tercegat dekat situ, kenapa?" tanya Ally dengan nada bengang.

"Belakang lagi? Bila nak insaf ni, Ally?" Mereka berdua pandang dia sambil bercekak pinggang. Sebelah kening dah terjongket tinggi.

"Alah, kau bukan tak tahu aku allergic dengan Micro. Duduk depan nanti, nak main-main susah. Dr. Wani suka tanya orang yang duduk depan," jawab Ally selamba.

"Dr. Wani? Eh, kau tak tahu lagi ke?" Irah tanya sambil mengambil tempat duduk selang satu kerusi dengan Ally, begitu juga dengan Jaja.

"Apa? Apa yang aku tak tahu?"

"Seriuslah kau tak tahu?" Irah buat muka terkejut sementara Jaja pamerkan muka bosan.

"Nak tahu macam mana kalau setiap kali lecture, dia pakai earphone lepas tu tidur." Jaja hempuk buku Campbell yang tebal itu pada bahu Ally.

"Sakitlah. Mana aku tahu. Tak ada cakap apa-apa pun dalam grup."

"Banyaklah kau tak cakap. Berapi-api budak-budak ni bincang hari tu siapa yang ganti Dr. Wani kau kata tak cakap lagi?" Irah dah mula membebel. Geram dengan sifat tak cakna Ally yang satu itu.

'Ratu Tak Baca WhatsApp'. Itu Ally!

Malas, tak penting. Senang sangat alasan dia.

"Cepatlah. Kenapa dengan Dr. Wani?" Ally langsung tak tahu apa-apa ni. Ini pertama kali dia dengar.

Ikhlas Dari Hati [SUDAH TERBIT]Where stories live. Discover now