🌹punca🌹

6K 214 4
                                    

" alah...Maya nak ayam masak lemak cili api. Bukan ni..." rengek Maya seperti budak kecik. Hakimi menarik nafas panjang dan pasrah sebab dia tahu ini yang bakal berlaku

" ibu cakap makan ni je. Makanlah, nanti nasi ni nangis " pujuk Hakimi lalu menghulurkan pinggan ke Maya. Maya mencebik dan tertunduk lalu menangis

" hiks...hiks... " Hakimi yang baru mahu menuju ke tandas terus terberhenti langkahnya. Mata diliar ke atas lalu pusing memandang Maya yang nangis

" kenapa nangis ni ? Abang tak reti pujuk lah... " soal Hakimi lembut. Maya kekal tertunduk dan menangis

" sebab abang tak suap Maya, mesti abang dah boring dengan Maya...huwaa !!! " tangisan yang tadi sayu dah semakin kuat. Hakimi agak terkejut dan takut.

Hakimi menghampiri Maya " mana ada abang boring, abang nak pergi tandas je. Maya nak ikut ke ? " pujuk Hakimi lembut. Maya mengelap air mata lalu mengangkat mukanya

Maya tersenyum manis " nak "

Hakimi membulatkan mata dan menggeleng laju. Maya baru saja mahu turun dari katil, Hakimi dah menghalangnya supaya duduk kembali dan terus makan

" apa ni ?? Sayang, abang pergi tandas je bukan berperang. Makanlah tu nanti sejuk, tak sedap " pujuk Hakimi lagi. Maya memeluk Hakimi erat

" janganlah marah Maya...Maya nak manja dengan abang sebab Maya tahu nanti Maya dah tak ada, mesti abang rindu dengan perangai budak-budak Maya " ucap Maya sayu sambil nangis di dada Hakimi

Hakimi terdiam lalu mengeratkan pelukan " sayang, abang akan pastikan Maya hidup, okay ? Don't be sad and jangan fikir lagi pasal tu. Jangan mention pun sebab abang tak sanggup hilang Maya. Abang tak nak benda lama ulang balik "

Maya mengangguk tanda faham lalu kembali ke katilnya. Hakimi mengusap kepala Maya macam Ayra. Pintu diterjah dengan ganas. Maya dan Hakimi membuat muka cuak

" ya allah, apa dah jadi ni ??? Kenapa Maya dengan Kimi tak bagitahu mummy dengan daddy ?? Nak jadi apa ni ? Kalau Hanis tak bagitahu, sampai bila-bila mummy tak tahu ! "

Hakimi dan Maya cuma menadah telinga dengar bebelan Tengku Aida. Tengku Hashim disebelah cuma mengangguk tanda setuju. Hakimi teragak-agak mahu ke tandas

Aku nak terkencing dah ni...mummy nak membebel pulak

" TENGKU DANISH HAKIMI !! Nak pergi mana ? Mummy tengah cakap kan ! " sergah Tengku Aida. Hakimi terus menegakkan badannya dengan muka serious

" Ki-Kimi nak p-pergi tan-tandas " lambat-lambat Hakimi menjawab

" menjawab ! Menjawab ! " balas Tengku Aida lalu menuju ke Maya yang sudah ketakutan dengan jeritan dan bebelan Tengku Aida

Aku dah nak 35 tahun pun takut dengan mummy ni...anak dah nak masuk 4...asian mom kan ?

Maya menghulurkan tangan " mu-mummy si-sihat ?... " soal Maya teragak-agak. Tengku Aida menghulurkan tangannya yang sudah mula berkedut untuk disalam

" sihat, Maya sihat tak ? " soal Tengku Aida lembut. Bibir Maya terkemut-kemut tak tahu nak balas apa. Hakimi sudah tertunduk-tunduk menahan hajatnya. Maya memandang Hakimi

' pergilah ! Kang terkencing kat situ '

' gila ke ? '

' terkencing padan muka ! '

' nak nenek singa tu tukar jadi nenek naga ke ?? '

Mata dan muka mereka berbicara. Akhirnya, Hakimi menuju ke tandas perlahan-lahan dan berjaya ke tandas untuk melepaskan hajatnya

My Cousin, My DudaWhere stories live. Discover now