🌹 daddy 🌹

6.3K 223 1
                                    

" fuhh ! Penatnya...thankyou papa ! " ucap Ean lepas mengambil tempat duduk disebelah Hakimi. Ayden duduk di sebelah lain Hakimi

" best tak ? Papa penat dah ni, jom balik " balas Hakimi lembut

" best gila ! Tapi, belanja Ean and Ayden tu boleh tak ? " bodek Ean lalu merapatkan badannya ke Hakimi lagi. Hakimi tersenyum tak sangka

" ohh, pandai nak membodek eh ? " Hakimi menggeletek badan Ean

" jomlah " langkah disusun ke gerai aiskrim lalu sambung makan ditempat tadi

" Ayden ? Best tak main tadi " sambungnya

Diam

" Ayden ? Papa tanya ni " soal Hakimi sekali lagi. Ayden cuma memandangnya dan tergagap-gagap

" b-best sa-sangat " ucapnya ringkas sambil terangguk-angguk.

Hakimi memandang Ayden pelik, sejak bila pula Ayden gagap. Tapi dia cuma berfikiran positif, mungkin belum petah bercakap seperti Ean kerana baru 4 tahun. Ean memegang tangan Hakimi lalu Hakimi menoleh dan menjungkitkan kening

" Ayden memang tak reti cakap sangat. Dia selalu marah je, tapi mama cakap sebab kecik lagi kot. Nanti dah besar, okay lah tu. Jadi macam Ean, happy je selalu " balas Ean ceria. Hakimi tergelak dengan pujukan Ean

" mama ? Mama kan selalu happy juga " soal Hakimi sebab setahunya, Maya memang happy go lucky. Ean menggeleng laju

" masa kat Kelantan, mama selalu nangis. Balik sini baru mama okay. Kalau mama nangis, daddy datang pujuk lepastu bawa mama, Ean and Ayden jalan-jalan " balas Ean lalu menyuapkan aiskrim ke mulutnya dengan comot

Hakimi mengelap mulut Ean yang comot " daddy ? Siapa daddy ? Kenapa mama selalu nangis ? " soalnya sedikit marah tapi tidak diluahkan pada Ean

" urm, mama cakap nanti nak kahwin dengan daddy lepastu boleh duduk sama-sama tapi lepas balik dari sini. Mama nangis sebab rindu seseorang. Mama tak pernah cerita " Hakimi terdiam dan ternganga sedikit

" daddy tu, ayah betul Ean and Ayden ke ? " Ean menggeleng laju

" tak, mama cakap ayah betul kitaorang dah meninggal. Sebab tu mama pindah Kelantan " Hakimi cuma mengangguk ganjil. Dalam hatinya terasa sakit dan pedih. Urm, padan muka

Ean menjatuhkan aiskrim lalu memegang tengkuknya. Hakimi terus menoleh lalu membelek muka Ean yang dah kemerahan. Ean seperti tidak boleh bernafas, Ayden cuma memandang tiada perasaan

" Ean ? Kenapa ni ? Adrean ? " tangan Ean digoncang-goncang. Ayden cuma untuk cakap sesuatu

" ka-kacang ! E-Ean allergic ka-kacang " ucapnya tergagap-gagap. Hakimi terus mendukung Ean lalu memimpin Ayden. Langkah disusun dengan laju ke kereta untuk ke hospital

~♡

" anak saya- dia datang sebab allergic tadi. Urm nama dia Tengku Adrean Hanafi. Saya mama dia, tadi dia datang dengan papa dia " ucap Maya tergesa-gesa

" dia ada dekat ward emergency sekarang, puan boleh ikut sana " balas nurse yang berada di situ lepas memeriksa komputer. Jari ditunjukkan ke arah satu lorong. Maya mengangguk laju lalu berlari ke lorong yang dikatakan

Kepala ditoleh ke kiri dan kanan dengan menahan air mata. Keadaan yang agak padat membuatkannya semakin risau. Alhamdullilah, susuk tubuh Hakimi dilihat selepas habis bercakap dengan doktor

" Hakimi ! " sergah Maya. Terjungkit bahu Hakimi dibuatnya. Pandangan tepat dan tajam diberikan.

" Ma-Maya, duduk lah dulu. Ean dah stabil tadi doktor cakap " kerusi disebelahnya ditepuk-tepuk supaya Maya duduk. Maya menggeleng dengan muka jelas merah menahan marah

" apa Kimi buat ni ? Kenapa bagi Ean makan kacang ? " marah Maya tapi masih dikawal

" Kimi tak tahu pun dia allergic kacang ! Kalau Kimi tahu, tak kan lah Kimi nak bagi di makan juga ? " balas Hakimi sedikit marah bila dituduh begitu saja. Maya kelihatan semakin marah

" tak tahu ? You should have know ! Dia anak Kimi ! Mestilah allergic dia sama dengan Ki- " Hakimi berdiri tegak lalu memandangnya meminta penjelasan. Maya yang sedar dia sudah terlepas cakap, terus diam

" dia anak Kimi pun Kimi tak tahu ! Macam mana Kimi nak tahu yang dia allergic sama dengan Kimi ?! Siapa yang teruk sekarang ni ? Maya yang rahsiakan, cakap dekat anak-anak Kimi yang Kimi dah mati ? Apa tu ? " balas Hakimi dengan marah. Orang disekeliling memerhati mereka pelik

" mana Ayden ? " soal Maya untuk mengubah cerita. Hakimi menggeleng kesal. Kecewa dengan perangai Maya yang pentingkan diri sendiri

" jangan nak ubah cerita lah Amaya ! Sekarang ni, siapa 'daddy' yang Ean cakap tadi ? " soal Hakimi dengan datar bila orang sekeliling sudah berbisik-bisik

" Maya ! " seru seorang lelaki. Terus Maya menoleh dan menggeleng, datang lagi satu masalah

" Taufiq ? Awak buat apa kat sini " soal Maya dengan perlahan tapi cukup kuat untuk didengari Hakimi

" ni ke 'daddy' tu ? Siapa ni ? " celah Hakimi pula dengan menahan marah habis-habisan

" kau ni siapa pula ? " soal Taufiq membuatkan Hakimi betul-betul sedang menahan marah. Taufiq memandang Maya meminta penjelasan. Fikiran Maya runsing sekarang

" urm, Taufiq...ni Hakimi. Hakimi, ni Taufiq kawan masa universiti dulu. Salam lah " balas Maya dengan takut. Dia yang berada ditengah takut dijadikan mangsa

" Hakimi, SUAMI Amaya Sofea " perkataan suami sengaja dipekatkan. Taufiq tergelak lalu menyambut tangan Hakimi

" Taufiq " balasnya dengan nada nak berkawan. Hahaha...

" Ayden mana ? Penat Maya tanya ni " celah Maya kembali lepas mereka merenung satu sama lain seperti bergaduh menggunakan mata

" kat situ, tak nampak ke ? " jari ditunjukkan ke katil Ean tapi pandangannya masih tepat ke arah Taufiq. Ayden duduk disebelah cuma memandang Ean sayu.

Maya berlari lalu memeluk anaknya. Ean diberikan bantuan pernafasan. Hakimi meninggalkan Taufiq lalu menuju ke Maya. Taufiq mengekori dari belakang.












🌹



My Cousin, My DudaWhere stories live. Discover now