🌹 kenangan 🌹

7.9K 289 28
                                    

" Maya !!!! Cepatlah, nanti lambat ! Kimi cepuk kang " jerit Hakimi dari luar rumah. Berlari-lari Maya mempercepatkan perjalanan

" sorry, Kimi...Maya kan perempuan, kena lah siap lama-lama " balas Maya dengan berlagak. Hakimi menjelingnya lalu menarik Maya masuk ke dalam kereta

Beberapa minit kemudian...

" wahh cantiknya tempat ni ! Maya suka gila !! Thank you, mangkuk. Maya sayang mangkuk " usik Maya bila melihat permandangan indah depannya iaitu air terjun, Hakimi memandangnya sinis

" sama-sama mayonaise ! " ucap Hakimi pula, memang itu gelaran mereka sejak kecil.

Maya menolak Hakimi ke dalam air terjun lalu tersenyum jahat

" ohh, dasar Mayonaise !! Masuk sekarang ! " Hakimi pula menarik Maya masuk ke air terjun. Air dipercik-percikkan sampai dah nak lemas. Nasib, tak mati...

" aduh ! " ucap Maya, kaki dipegang kerana terpijak batu. Hakimi berenang mendapatkannya

" Maya okay tak ?!!! " jeritnya walaupun Maya cuma berada disebelah

Kepala Hakimi diketuk " orang kat sebelah je ni !! Jerit kuat-kuat buat apa ? Kaki Maya terpijak batu je. Chill lah ! " balas Maya

" batu je pun ! Jerit cakap sakit buat apa ! "

" itu tindak balas badan, okay ! Tak belajar sains ke ? "

~
Maya tersedar dari mimpi. Ya, hanya mimpi tentang kenangan mereka masa kecil-kecil. Mana mungkin Hakimi kisah lagi sedangkan sekarang dia lah racun untuk Maya

" heh ! Semuanya tinggal kenangan " dengus Maya, muka menyesal dikeluarkan. Dia juga teringat kata-kata terakhir Hakimi semalam

" aku kahwin dengan kau bukan sebab Ayra ! Aku dah lama jaga dia sorang-sorang, hidup je lagi. Aku kahwin dengan kau sebab nafsu aku je sebab fizikal kau sama sangat dengan Amira. Makin besar, makin cantik kan kau ? Badan kau lagi, perfect ! Aku tak sangka kau pun nak kahwin dengan aku ! Sebab apa ? Sebab duit aku kan ?! Bukan sebab kau nak larikan diri dari jantan tu ! Kau still jumpa dia kan haritu ? Siapa ? Harris "

Maya ditipu hidup-hidup. Dia ikhlas ingin menjaga Ayra tapi sekarang ? Hakimi telah menhancurkan hatinya.

Tok !!! Tok !!!

Bunyi ketukan pintu mengejutkan Maya. Dia segera bangun dan menuju ke pintu.

Hanis

" kenapa ? " soal Maya malas. Pintu dibuka luas, membiarkan Hanis masuk sendiri

" jom, sarapan ! " ajak Hanis teruja. Maya menuju ke meja solek untuk melihat badannya. Badan yang dijaga supaya tiada parut atau luka hancur dengan birat dan lebam. Hanya tuhan tahu betapa hancurnya hati Maya

" Maya, jom lah ! " sergah Hanis lagi

" aku tak boleh nak tengok muka abang kau. Aku tak nak nanti aku benci kat dia, lepastu aku libatkan Ayra " ucap Maya sayu. Satu-satu bekas luka di badannya disentuh.

" Maya...apa kau cakap ni ? Jom lah makan ! Pasal Lily tu, aku dah halau dia ! Buat masa sekarang, aku duduk sini, so abang aku tak boleh buat apa-apa. Jom lah, Ayra rindu kau tu, menangis-nangis dia semalam " pujuk Hanis lagi

" nanti aku nak pergi kerja aku makanlah. Keluar lah, nak tukar baju ni " arah Maya lembut, Hanis pun keluar menuju ke meja makan

~♡

" Maksu, mana mama ? " kerusi ditarik untuk duduk disebelah Hanis

Rambut Ayra diusap " mama tengah siap, kejap lagi mama turun, ye budak comel " pipi gebu Ayra dicubit geram

Maya turun dari tangga, ternampak susuk tubuh Hakimi yang tidak menoleh. Dia tersenyum melihat Ayra dan Hanis. Beg tangan dan kuni kereta diggapai. Maya mencium dahi Ayra sebelum pergi. Hakimi memandang Maya curi-curi

Sakit ke ? Aku buat sikit je, chill lah. Macam tak ada bekas pun, okaylah tu. Dahi je lah ada plaster...sikit jer.

Hakimi halal untuk dilempang dan dimaki ye anuck ii. Memang lah takde bekas ! Tutup lah sengal !

Maya melangkah keluar sambil menahan air mata. Sungguh dia bencikan Hakimi sekarang.

~♡

Maya tiba di tadika, muka dibelek lagi supaya tiada bekas. Yang tinggal hanya lah dahi yang ditampal plaster. Ternampak susuk tubuh Hilman menghampiri, dia terus menarik Hilman ke dalam supaya tiada orang nampak.

" Maya, kejap !! " Hilman menahan dari Maya terus menariknya. Lengan baju Maya ditolak ke atas. Cepat-cepat Maya menutup

" ehh, Hilman ! Jangan ! Kita kena masuk dulu " bantah Maya. Lengan baju Hilman ditarik semula. Mereka duduk di meja guru sebelum tangan Maya ditarik

" kenapa ni ? Ya allah, Maya ! " tangan Maya dibelek-belek. Maya terdiam, dah lama tak ada orang kisah pasal dirinya seperti Hilman dan Hanis

" tak ada apa-apa " jawab Maya ringkas. Tangan ditarik semula

" Maya, bagi tahu lah saya. Awak tahukan awak boleh cerita apa-apa je kat saya ? " pujuk Hilman lagi. Alahhh soft spokennya...author yang cair

" betul, saya jatuh tangga je " bohong Maya dengan senyuman terpaksa. Hilman bangun lalu menuju ke pantry. Ubat sapu diambil

" rapat sikit. Saya nak sapu ubat " pinta Hilman lembut. Terkejut beruk muka Maya dibuatnya

" ehh takpe, saya sapu sendiri. Nanti murid nampak, malulah " ubat sapu bertukar tangan. Macam-macam bermain di fikiran Hilman

Author baru sedar, kebanyakan watak dalam cerita ni huruf H, haha...tak apa lah 🙃

" terima kasih, Hilman " ucap Maya lalu berangkat pergi menuju ke kelas

Kalaulah kita tak berpisah dulu....





🌹





My Cousin, My DudaWhere stories live. Discover now