🌹 cerai 🌹

8K 228 7
                                    

" dia dah tak kisah pasal aku " ucap Maya pasrah lalu menelan sebiji ubat seperti disarankan doktor. Hanis mengusap bahunya sayu

" Maya, aku rasa dia penat lah. Saham syarikat tengah jatuh banyak sangat walaupun dah bergabung dengan syarikat daddy, it's still the same " pujuk Hanis lembut. Maya menggeleng menidakkan kenyataan Hanis

" tapi perlu ke dia tak balik setiap malam ? Aku nak dia ada sebelah aku, teman aku, tu je ! Aku nak spend masa aku dengan dia. Aku dah nak mati, Hanis " Maya memicit dahinya yang pening

" Maya, jodoh ajal tu semua kat tangan Allah. Jangan lah cakap macamtu, cuba fikir apa nak jadi dengan anak kau kalau kau takde " pujuk Hanis lagi

" tolong aku, sayang and jaga diaorang macam mana aku jaga diaorang. Ajar diaorang elok-elok, jangan berlagak dengan kekayaan yang diaorang akan warisi. Jangan mainkan perasaan orang. Especially, yang bakal lahir ni. Aku merayu sangat kat kau, Hanis. Kau je satu-satunya harapan aku "

Pinta Maya seperti pasrah dengan kehidupannya. Hanis menggeleng lalu memegang tangan Maya

" no, aku nak kau sendiri ajar diaorang. Didik diaorang sendiri, cakap apa kau nak cakap kat diaorang. Apa pun jadi, aku akan sama-sama jaga diaorang macam mana kau jaga aku dulu " balas Hanis.

Mereka berdua berpelukan erat dan mengalirkan air mata

Dunia tak seindah seperti yang disangka...

~♡

Harini ialah hari penceraian Maya dan Hakimi. Masing-masing sudah tidak bertemu selama seminggu sejak pergaduhan haritu. Maya duduk menunggu di rumah sementara Hanis bersiap. Hakimi di mana phn Maya tak tahu

" Hanis, cepat lah ! " gesa Maya, hampir sejam dia menunggu. Ayra menghampiri dari belakang lalu merangkul leher Maya. Maya terus memeluknya kembali

" ehh sayang mama ni, kenapa ? " rambut panjang Ayra diikat comel. Pipi Ayra diusap lembut sambil memandang meminta jawapan

" mama nak pergi mana ? " soal Ayra pelik memandang Maya berpakaian sopan dan ayu. Maya cuma tersenyum kelat, tak tahu nak balas apa

" Ayra, dengar sini mama nak cakap " badan Ayra didekatkan lagi ke sisinya sambil Ayra bersandar ke dada Maya. Ubun-ubun Ayra dikucup lama

" mama nak cakap apa ? "

" sayang, kalau mama tak ada...Ayra jaga adik tau ? Jaga Ean, jaga Ayden. Ajar Ayden macam mama selalu buat tau ? Mama kan dah banyak kali ajar Ayra " terang Maya lembut tapi terdengar getaran suara yang menahan air mata

" mama nak pergi mana ? Ean je boleh handle Ayden, Ayra tak reti. Kalau Ean tak ada, mama je boleh " ucap Ayra pasrah. Badan Ayra dipusing menghadap Maya

" sebab tu mama nak Ayra belajar control Ayden. Tapi sekarang kan Ayden dah tak selalu marah. Mama tahu Ayra boleh buat macam mama nak. Ayra je harapan mama tau, mama tetap sayang Ayra lebih dari segalanya " tubuh kecil Ayra dipeluk erat lalu setitis air mata mengalir

" dah, jom ? Tak ada apa-apa lah tu, Ayra. Mama penat je " celah Hanis sambil turun dari tangga. Kunci kereta dan beg tangan diggapai lalu meninggalkan kawasan perumahan itu

" Maya, kau sure ke pasal ni ? Tak terlambat lagi untuk kau tarik balik. Jangan ego sangat lah Maya, fikir anak-anak kau juga " pujuk Hanis lagi dalam perjalanan ke mahkamah

" aku sure " balas Maya ringkas

~♡

Maya dan Hanis keluar dari kereta lalu menuju ke bilik yang diarahkan untuk penceraian. Langkah Maya terhenti bila melihat Hakimi berjalan tanpa perasaan di depannya ditemani Faris

My Cousin, My DudaKde žijí příběhy. Začni objevovat