🌹 Liyana 🌹

4.4K 198 3
                                    

3 BULAN KEMUDIAN....

*sorry lah ye...author asyik skip. Nak sampai ending cepat-cepat*

" bye, abang ! Balik cepat tau...Maya masak sedap gila harini ! " tangan dilambai pada Hakimi yang menuju ke pejabat hingga kereta Hakimi hilang dari pandangan

" okay, jom kita masuk !! Kita...mandi kolam !! Siapa nak, angkat tangan ! " ucap Maya teruja. Ean, Ayra dan Ayden terus mengangkat tangan tinggi. Ayden semakin kurang marah dan banyak bercakap

Baru saja Maya mahu menutup pintu, pintu itu ditolak kasar membuatkan Maya hampir terjatuh. Nasib baik Aina dan Najwa sempat menyambut

Maya berdiri tegak lalu membetulkan tudungnya. Siapa yang tak reti bagi salam ni ?? Pintu dibuka lebih luas. Mata dikecilkan tamda geram, muka yang merah. Tangan digenggam, bersedia untuk menumbuk orang di depannya

Liyana Si Gedik kuasa 10

" kau nak apa ?!! Berambus sekarang, aku tak nak tengok muka kau. B E R A M B U S " ucap Maya terang, tegas dan jelas. Liyana memeluknya erat lalu menangis

" Kak Maya...maafkan Yana. Tolonglah...Yana merayu " tutur Liyana teresak-esak. Kepala dilentuk ke bahu Maya. Maya sedikit terkejut tapi hatinya sakit tapi hatinya juga mudah memaafkan

" kau kenapa ? Dah lama tak panggil aku kakak, tetiba panggil kakak kenapa ?? " soal Maya lembut meminta penjelasan

" lepas balik haritu, abah marah sangat dekat Yana. Abah marah sampai dia halau Yana keluar. Umi pun tak boleh buat apa-apa. Macam-macam jadi kat Yana. Yana kena jual, kena rogol. Mesti Kak Maya je faham Yana " terangnya teresak-esak

Maya memandang Yana terkejut. Dia faham perasaan Yana sebab dia pernah berada di tempat yang sama dengan umur yang masih muda. 15 tahun

Maya tersenyum sayu lalu mengusap pipi Liyana. Liyana dibawa ke dapur untuk makan dan buat apa yang patut

" Yana duduk sini dulu eh ? Nanti Kak Maya suruh Abang Kimi cakap dengan Maksu and Paksu. Jangan nangis lagi " pujuk Maya lembut sambil memerhati anak-anaknya yang sedang mandi kolam

Author dah lama tak mandi kolam. Tu je nak cakap

Liyana menggeleng laju " jangan ! Yana tak sanggup nak hadap umi dengan abah. Yana terasa hina sangat sekarang " muka ditekup kerana malu

Maya tersenyum nipis " Kak Maya faham...faham sangat "

~♡

" mana semua sayang-sayang papa ni ??? " ujar Hakimi yang baru sampai dirumah. Terus diterjah dengan pelukan yang erat. Pintu pun tak sempat ditutup. Hakimi mencangkung untuk memeluk anak-anaknya dengan lebih erat

Maya menghampiri " lambatnya abang balik " tangan Hakimi diraih lalu dikucup

" sorry, banyak sangat kerja kat office tadi. Jom kita makan nak ?? Ke dah makan semua ni, tak tunggu papa " balas Hakimi seperti menangis.

" belum lah ! " jerit Ean, Ayden dan Ayra. Mahu pekak telinga Hakimi dibuatnya

" ma-mama ca-cakap tak ba-baik " ucap Ayden tergagap-gagap tapi Hakimi setia menanti sampai penghujung. Hakimi mencium Ayden, banyak kemajuan yang Ayden dah tunjuk

" haah, mama cakap...dahulukan orang tua barulah... "

" hidup bahagia !! " jerit mereka bertiga. Hakimi tersenyum kerana bangga dengan anaknya yang baik dan pandai. Alah, comel !

" pandainya, mama tu... " puji Hakimi. Maya pula dah dengan senyuman gediknya

" mestilah ! Mama tak rasa jumpa ibu bapa betul mama. Ada nenek dengan atuk pun mama dah bersyukur sangat ! " balas Maya sayu. Hakimi memeluk bahu Maya lalu menuju ke meja makan bersama

Liyana turun dari tangga teragak-agak. Hakimi membulatkan mata lalu memandang Maya meminta penjelasan

" Yana buat apa kat sini ?! " soalnya geram. Maya memegang tangan Hakimi supaya bertenang. Nafas panjang ditarik

" Maya yang bawa dia datang sini. Nanti Maya explain, sekarang ni kita makan dulu, eh ? " pujuk Maya untuk menenangkan keadaan. Hakimi meninggalkan Maya terpinga-pinga

Maybe dia penat kerja. Sabar, Maya...

Sepanjang waktu makan, Hakimi cuma berdiam diri dengan muka dinginnya. Maya juga terdiam, cuma Ean, Ayden dan Ayra yang bercakap. Liyana juga tak selera makan

~♡

Maya menunggu Hakimi diatas katil. Lamanya...rambut dimain-main. Diikat dua, dilipan, disanggul. Segala jenis lah sudah dia lakukan. Batang hidung Hakimi masih tidak kelihatan. Maya mengeluh besar

" ish, mana dia ni. Kata nak bincang pasal Yana. Ni aku menyampah ni kalau balik kerja stress ! Aku ya- "

Hakimi membuka pintu lalu terus baring disebelah Maya. Maya memusingkan badan memandangnya. Hakimi cuma memejamkan mata

" abang pergi mana ? Lamanya...Maya nak cakap pasal Yana " tangan disilangkan tanda merajuk. Hakimi cuba memandangnya tanpa perasaan

" abang pergi bilik office, ada kerja sikit. Sorry okay sayang ? " pujuk Hakimi nak tak nak. Maya meletakkan tangan kebawah lalu tersenyum

" okay ! Maya bagi Hanis- eh Yana duduk sini sebab dia kena halau. Paksu halau dia, pastu dia kena jual kat tepi jalan. Maya faham rasa dia macam mana, abang. Maya kesian kat dia " terang Maya penuh perasaaan

Hakimi duduk bersandar di kepala katil dengan menadah telinga dengar cerita Maya dari A sampai Z

" Maya ingat tak dia cakap anak kita apa ? Tak kan Maya maafkan macam tu je ? Maya, fikir elok-elok dulu. Abang tak nak kemudian hari, Maya yang menyesal " soal Hakimi membuatkan Maya berbelah bahagi

" tapi dia dah terima balasan, Maya maafkan dia. Siapa kita nak halang ketentuan Allah ? Nanti abang cakap dengan Maksu and Paksu eh ? " pujuk Maya lepas berfikir lama. Hakimi sambung baring lalu menarik comforter menutupi badannya

" abang...Maya cakap ni ! "

Hakimi mengangguk malas lalu menutup mata. Maya bangun dan tutup lampu sambil menghentak-hentak kaki tanda marah tidak diberi perhatian. Comforter ditarik ganas

" mengentan ! Mengentan ! Tu je kerja dia ! " sergah Hakimi kerana geram dengan perangai kebudak budakkan Maya. Maya menjelir lidah padanya lalu membelakangi Hakimi










🌹
Apa pendapat korang pasal Liyana ?? Patut dimaafkan ke tak ?

Comel lah Hakimi marah Maya and Maya merajuk. Geget kang ! Jangan lupa vote and comment ! Muah muah

My Cousin, My DudaWhere stories live. Discover now