🌹 nikah 🌹

13.7K 477 19
                                    

SEBULAN BERLALU
🌹🌹🌹

Sejak kejadian haritu, Maya dan Hakimi tidak bertemu lagi. Maya tak sanggup untuk kahwin dengan sepupu sendiri. Kalau kahwin pun dia bakal dapat 2 in 1 kerana Ayra

Tok ! Tok !

Pintu diketuk dengan cemas. Maya yang baru keluar dari tandas terus berlari untuk membuka pintu itu sebelum pecah sebab diketuk

" ibu ni...pecah pintu bilik Maya. Nanti nak tutup pakai apa ? " Maya berjalan duduk di sofa yang berada di depan katilnya. Muka ibunya betul-betul panik

" Maya, ikut ibu sekarang ! Cepat siap ! " gesa Datin Ayu. Maya mencebik kerana harini ialah hari malasnya. Walaupun hari-hari ialah hari malas Maya, dia tetap malas untuk keluar harini.

" kenapaaa... " Maya merengek comel. Pintu almari dibuka, baju blouse diambil lalu dihulurkan pada Maya

" ni, pakai ! Ayra tu kena warded sebab demam panas " Maya terus mencampakkan handphone miliknya lalu berdiri tegak dengan muka yang terkejut. Dia kaku

" cepatlah... " gesa Datin Ayu lagi. Maya terus menggapai blouse itu. Baju terus dibuka, selapis bedak pun tidak dipakainya. Natural Beauty giteww...

❤❤❤❤❤

Mangkuk yang berisi bubur dicampak. Habis bubur tumpah di lantai. Bubur turut tertumpah di baju Hakimi

" Anayra Hanania !!! Kenapa macam ni ?! Papa penat lah layan Ayra ! Habis semua tumpah kat baju papa ni ! " Ayra terus mengalirkan air mata. Melihat tangisan anaknya, Hakimi terus rasa bersalah

Tak patut dia marah Ayra kerana Ayra sedang sakit. Rambut dikusutkan. Muka merah menahan marah

" Huwaaa....mama, papa marah Ayra huwaaaa mama !!! " rengek Ayra walaupun Maya tiada di situ. Tangan yang bengkak kerana jarum untuk masukkan air diguna untuk mengesat air mata sendiri

" Anayra, stop !! She is not your mother ! " tengking Hakimi lagi. Memang susah buatnya untuk menjadi seorang bapa tunggal

" huwaaaa !!!! " tangisan Ayra makin kuat sehingga boleh didengar dari jauh. Langkah dicepatkan

Tok ! Tok !

Hakimi menoleh, pintu ward vvip milik Ayra dibuka perlahan

" cakk !! " Maya mengeluarkan mukanya. Susuk tubuh comel milik Ayra terus ternampak. Ayra sedang menangis dengan sangat teruk

" alah...kenapa sayang mama nangis ni ? " Maya mendekati katil Ayra. Ayra membuka kedua tangannya sebagai tanda supaya Maya memeluknya. Pelukan diberikan

" nape dia nanes ni ? Hmm ?? " air mata dikesat dengan tangan yang lembut milik Maya. Suara pelat sengaja dibuat. Mata Hakimi tidak lekang dari memandang Maya. Tak tahu marah ke happy ke atau terharu

" pa-papa m-marah A-yra...huwaaa " teresak-esak Ayra menjelaskan sebab dia menangis. Maya memandang Hakimi dengan penyesalan

" alololo...dah jangan nangis eh ? Sorry Ayra, mama dah lama tak jumpa Ayra. Mama busy sangat... " bohong Maya. Padahal dia tak sanggup berjumpa Hakimi. Hubungan sepupu yang dulunya akrab tidak mahu dimusnahkan

" nanti mama pukul papa tu. Biasa dia ! Marah baby mama ni... " usik Maya supaya Ayra berhenti menangis. Pintu bilik dibuka sekali lagi

" hai, Ayra...buat apa harini ? " soal doktor yang merawat Ayra. Ayra tersenyum kerana wajah ayu milik doktor itu

" ehh...doktor ! Ni mama Ayra ! Cantik kan ? " doktor itu mengangguk kerana kecantikan Maya memang tiada batas

" urm...Encik Tengku, Puan boleh keluar kejap ? Saya nak buat ujian sikit " pinta doktor itu lembut. Maya dan Hakimi segera meninggalkan Ayra. Mereka menunggu di bilik menunggu

My Cousin, My DudaWhere stories live. Discover now