Wajah Iman mula bertukar menjadi kemerah-merahan seperti tomato, Iman menutup wajahnya menggunakan dua tangannya sambil badannya menyandar di tepi dinding koridor itu.

'Rudy betul-betul akan datang! Inilah perluang aku untuk kenalkan dia pada mak dan ayah aku, beri impresi baik Rudy kepada mereka, ya! Perlahan-lahan, Iman, Kau boleh!' Kata Iman seorang diri dengan wajah serius dan penuh keyakinan.

Iman terus membuat langkah ke pejabat pensyarahnya yang terletak bertentangan pintu bilik dengan pintu bilik pensyarah Rudy.

*****

Di HEATQUARTER M.A.T.A (HQ), Rizwan sedang membaca sedikit info maklumat lama berkenaan dengan misi-misi lama M.A.T.A.

Di dalam bilik komputer itu, mata Rizwan tidak henti memandang tepat ke hadapan skrin komputer yang besar seperti di panggung wayang itu.

Rizwan meneliti setiap satu file misi-misi lama yang dijalankan oleh Ejen Aliya, a.k.a, mak Ali, Ejen Djin, Ejen Zain dan Ejen Ganz.

Beberapa video misi juga turut diselongkar oleh Rizwan, Rizwan meneliti setiap wajah-wajah dan tempat di dalam video itu dengan serius.

Tiba-tiba, telefonnya berdering dengan kuat di sebelah kanannya di atas meja komputer itu. Rizwan menjeling ke arah skrin telefonnya untuk melihat siapakah yang mengganggu waktu belajarnya.

"Bobby?" Rizwan berkata di dalam hatinya kemudian membiarkan telefonnya berdering begitu sahaja dan kembali fokus pada skrin kaca komputer itu.

Ring..! Ring..!

Ring..! Ring..!

Panggilan yang sama daripada orang yang sama, Rizwan hanya membiarkan sahaja telefonnya berdering tanpa berbalas.

Berpuluh-puluh mesej juga turut masuk tanpa henti, banyak notifikasi mesej daripada applikasi What's App Bro, Twittering, Instagrami dan Telegrani muncul dari masa ke masa.

Bunyi notifikasi mesej yang masuk tidak henti-henti mula membuatkan Rizwan berasa sakit hati dan sedikit mengganggu tumpuannya.

Rizwan segera membuat silent mood pada telefonnya dan kembali fokus pada penyiasatannya.

Ring..! Ring..!

Ring..! Ring..!

Rizwan menjeling ke skrin telefonnya dan melihat nama Karya pula muncul di kaca skrin telefonnya. Rizwan tidak mengendahkan panggilan daripada Karya itu dan fokus kembali.

Kemudian, panggilan tidak putus-putus dan saling bersilih ganti. Panggilan daripada Djin muncul, kemudian, Karya semula, kemudian Bobby semula.

Rizwan menutup wajahnya dengan tangan kanannya tanda berasa semakin rimas dengan panggilan daripada rakan seejennya itu. Akhir sekali, Rudy pula menalefonnya.

Ring..! Ring..!

Ring..! Ring..!

Rizwan menghela nafas panjang dengan keluhan berat, jika orang lain yang menalefonnya, pasti bukan perkara yang penting. Tetapi, jika Rudy yang menalefonnya, pasti dia mahu mengatakan sesuatu yang penting.

Dia sudah lama mengenali Rudy, semua perangainya sudah tersedia di dalam kepalanya. Rudy tidak akan menalefonnya jika bukan kerana perkara penting.

Klik!

"Hmm, Rudy. Kenapa?" Tanya Rizwan dengan nada tenang, dia tidak mengambil telefonnya dan hanya membiarkan sahaja telefonnya berada di atas meja itu manakala matanya meneliti semula ke skrin kaca komputer itu.

PEWARIS SEBENAR IRISWhere stories live. Discover now