C H A P T E R 1 4

Start from the beginning
                                    

Bunga segera mengengsot kebelakang.

"Marilah dekat dengan abang, abang janji abang akan jaga adik betul-betul."

Dan-dan Bunga hanya dapat mengharapkan Luth akan menyelamatkan dirinya dari mereka bertiga.

LUTH ARREYAN mencium dahi Rachel Sapphire dengan lembut. Belakang badan isterinya yang terdedah dan berbalut dengan comforter diusap-usap.

"Are you okay, sayang?" Tanya Luth risau. Rachel hanya menggumam perlahan. Matanya yang mula kuyu perlahan-lahan tertutup. Dia rasa penat dan sangat mengantuk sejak dia disahkan berbadan dua. Dia tahu itu adalah pembawaan bayi dalam perutnya ketika ini. Dia tidak menganggap hal itu adalah suatu yang membebankan dirinya malah dia lagi suka.

Akhirnya dia dapat merasai pengalaman ibu mengandung.

"Abanglah ni, penat tau sayang layan abang." Rungut Rachel. Dia membuka mata perlahan lalu menjeling malas.

Luth hanya tersengih. Bukan salah dia, isteri dia yang seksi sangat. Manalah dia tak tergoda. Hehe.

"Siapa suruh seksi sangat." Omel Luth. Dia menguis hidung mancung Rachel. Rachel mengerutkan dahi lalu menepis jari suaminya kerana merasa rimas.

"Sorry sayang," Luth mengelus rambut hitam Rachel. Dia tersenyum memandang Rachel yang sudah berdengkur.

Penat sangat sayang aku ni.

Tangan kekar Luth menyeluk dalam comforter yang membaluti tubuh isterinya. Dia membawa tangannya menyentuh lembut perut rata Rachel yang kini membawa benihnya.

Dia rasa bahagia. Ah, sebentar lagi dia akan jadi ayah. Terbayang bila anak mereka memanggilnya dengan gelaran 'daddy' , ayah , abah ataupun abi.

Mesti comel je.

Luth mengelus-elus perut Rachel yang masih lagi rata. Dia tidak sabar mahu melihat perut ini membuncit membawa cinta hati mereka.

Tiba-tiba sahaja dia terfikirkan Bunga. Luth mengeluh perlahan. Sebulan ini dia lebih banyak mengelak dari Bunga kerana dia mahu menumpukan perhatian kepada Rachel memandang Rachel ketika ini sedang mengandung.

Kadang-kadang kalau sehari tidak melihat wajah jelita Bunga , hatinya berasa gelisah. Jadi dia hanya mengarahkan Rico agar selalu memberitahu kepadanya bagaimana keadaan wanita itu setiap hari.

Luth tersenyum nipis. Tidak dia nafikan bahawa dia juga sayangkan Bunga atau mungkin lebih? Tapi dia hanya keliru dengan perasaan ketika ini.

Mungkin mereka akan menganggap dia pentingkan diri kerana tidak mahu melepaskan kedua-duanya tapi Luth tidak mahu mengambil tahu tentang itu. Biarlah dia simpan sendiri.

Bunyi deringan dari telefon bimbitnya mematikan lamunan Luth. Dia segera mengambil telefon itu dan mengerutkan dahi apabila nama Bunga terpapar di skrin telefon bimbitnya.

Tangan Rachel yang sedang memeluk pinggangnya cuba dialihkan tetapi Rachel semakin merengek dan semakin mengetatkan pelukan membuatkan Luth tidak tidak sampai hati untuk meninggalkan Rachel.

"Sekejap je sayang. Abang nak jawab call kejap." Pujuk Luth.

"Penting ke?" Tanya Rachel sambil menguap. Luth segera menutup mulut Rachel dengan telapak tangannya. Haih, syaitan nanti masuk tak takut ke?

"Ya, kejap je ni. Nanti nak peluk sampai esok pun peluklah. Tak kesah." Usik Luth.

Rachel mencebikkan mulutnya. Gatal betul. Tangannya menolak tubuh suaminya hinggakan Luth hampir bergolek terjatuh.

"Eh sayang!" Luth yang tidak sedia akan itu tidak dapat mengimbangi diri tetapi nasib baik Luth sempat berpaut pada kepala katil. Ganas juga isterinya ni.

Luth ketawa perlahan. Geli hati dengan tingkah isterinya. Menggemaskan betul. Nak je dia gomol-gomol.

Telefon bimbit Luth berdering sekali lagi, Luth segera menjauh dari Rachel agar isterinya tidak terganggu.

"Bunga?"

"A-awak t-tolong saya!" Kedengaran suara Bunga sedang menangis.

Hati Luth sudah risau dengan Bunga.

"Kau okey ke ni? Kenapa kau menangis?"

"A-awak saya kena kejar dengan tiga orang lelaki yang s-saya tak kenal. D-dorang nak sentuh saya. T-tolong saya!" Bunga sudah menangis teresak-esak. Luth memejamkan matanya menahan rasa risau yang membuak-buak. Risau akan keselamatan Bunga.

"Send location kau dengan aku sekarang." Arah Luth. Dia mengetap giginya. Tanpa sengaja Luth meninggikan suaranya sedikit membuatkan Rachel memandang kearahnya.

Rachel turun dari katil dan menuju kearah Luth. Dia memeluk tubuh Luth dari belakang membuatkan Luth tersentak.

"Kenapa abang? Ada masalah?"

Luth terdiam sejenak. Macam mana dia nak keluar dan pergi tinggalkan Rachel seorang diri dirumah? Kalau ada apa-apa terjadi? Tetapi jauh disudut hatinya dia juga risau akan Bunga.

Rachel cuba mengambil telefon bimbit Luth tetapi suaminya lebih pantas menjauhkan sedikit telefon itu supaya tidak dapat digapai Rachel.

Rachel menayangkan wajah cemberutnya.

"Siapa tu?" Tanya Rachel curiga.

Luth masih mendiamkan diri. Tetapi hatinya sudah berdetak risau memikirkan Bunga.

Panggilan yang masih belum diputuskan hanya dibiarkan oleh Luth. Dia membawa telefon bimbit itu dibelakangnya.

"Tiada siapa. Orang tu tak penting. Jom tidur."

Selepas mengatakan itu, Luth mematikan panggilan.

Dia hanya mampu berharap yang Bunga akan baik-baik.

"Maaf."

•••

𝐁𝐫𝐨𝐤𝐞𝐧 𝐅𝐚𝐢𝐭𝐡Where stories live. Discover now