BAB 9: PERGELUTAN KECIL

Start from the beginning
                                    

"Moon! Awak gila ke?!" Iman menggunakan tudung shawlnya lalu membaling Kristal di hujung tudungnya lalu melilit di sekeliling badan Moon untuk menghalangnya daripada lompat terjun ke bawah.

Swush!

"Erk! Iman! Apa kau buat ni?" Tanya Moon, Moon tidak dapat bergerak kerana Pergerakan ya disekat oleh tudung Iman.

"Jet, pergi!" Arah Iman, Jet mengangguk, dia melompat terjun ke bawah dan kemudiannya terbang menggunakan jetnya ke arah Moon.

"Kau ni Moon, boleh tak jangan nak buat benda-benda pelik?!" Marah Jet, dia memeluk tubuh Moon, lilitan pada badan Moon dileraikan oleh Iman setelah dia tahu Moon selamat dengan Jet.

"Siapa benarkan kau peluk aku, hah?!" Moon meronta-ronta mahu dilepaskan, Jet pula terbang terhuyung-hayang akibat Pergerakan Moon itu. Semua ejen melihat gelagat mereka berdua di udara.

"Hei, Moon! Duduk diam-diamlah! Aku tak boleh nak fokus terbang ni!" Kata Jet, dia memeluk dengan lebih kuat perut Moon.

Pak!

Moon terus menampar pipi kiri Jet, kelihatan jelas di bibir semua orang mengatakan Ouch! Sambil memegang pipi kiri masing-masing.

"Mesti sakit, kan?" Kata Khai yang juga turut melihat gelagat itu.

Moon terlepas daripada pegangan Jet, dia menjerit sambil jatuh menjunam dengan laju ke bawah. Jet berjaya mengimbangkan dirinya kemudian terbang ke bawah menjunam dengan laju untuk menyambut Moon.

"Arrhhhhhhhhhh!!!" Moon menutup matanya, kedua tangannya dihayunkan.

"Urgh..!" Jet menggunakan kuasa jet superspeed.

Pak!

Jet berjaya mencapai tangan kanan Moon, terus dia menarik Moon dan mendukungnya. Tubuh badan Moon hanya beberapa inci sahaja daripada tanah. Mujurlah Jet sempat menyelamatkan Moon jika tidak, hasil tenaga yang akan dihempap oleh Moon pasti akan membuatkan Moon cedera parah!

Jet perlahan-lahan terbang ke bawah dan kakinya berjaya menjejaki tanah. Jet melepaskan Moon dengan keluhan kecil. Moon berdiri satu meter daripada kedudukan Jet dan membuat kontak mata dengannya.

"Alhamdulillah, nasib baik selamat." Ucap Jet sambil menyapu kedua belah tangannya ke wajahnya.

"Apa tadi tu?!" Marah Moon kepada Jet.

"Apa tadi tu? Apa tadi tu?! Lepas apa yang terjadi tadi kau masih tak sedar-sedar lagi ke?!" Tanya Jet dengan meninggikan nadanya tanda dia sedang marah.

"Apa? Aku ni Ejen Inviso, aku tahu cara untuk melompat dari bangunan yang berketinggian tujuh kaki dari aras bumi. Aku dah dilatih jadi aku tak perlukan bantuan daripada kau." Kata Moon dengan perasaan marahnya kepada Jet.

Jet meletakkan tangannya pada wajahnya sementara tangan lagi satu mencengkam pinggangnya. Jet menghela nafas panjang dengan kuat, dia cuba untuk mengawal perasaan amarahnya sekarang ini.

"Kenapa ni?" Tanya Rizwan sambil berjalan ke arah Jet dan Moon bersama-sama dengan Karya dan Bobby dibelakangnya. Jet dan Moon memandang ke arah tiga ejen dewasa itu.

"Jet ni lah! Saya bukannya nak bunuh diri, lepastu dia sibuk-sibuk nak peluk saya." Moon menunding jari ke arah Jet.

"Apa? Saya bukannya saja-saja nak peluk dia, Tuan. Saya cuma nak selamatkan dia, kalau Tuan tak percaya, cuba tanya Iman." Jet menunding jari ke arah Iman yang sedang berlari ke arah mereka.

"Ejen Iman, kamu setuju dengan kenyataan Jet tadi?" Tanya Rizwan dengan serius sambil memandang ke wajah Iman.

Iman mengangguk kecil, "Ya, Tuan. Moon tiba-tiba melompat daripada bangunan ini di tingkat sepuluh, saya dan Jet jadi panik tadi jadi kami bekerjasama untuk selamatkan Moon."

PEWARIS SEBENAR IRISWhere stories live. Discover now