BAB 8: DOKTOR QARZONE

Magsimula sa umpisa
                                    

"Jom! Hari ni dekat tepi perlabuhan Cyberpunk ada buat jualan makanan dan barang-barang sedikit. Apa kata kita pergi sana?" Ajak Bobby dengan wajah cerianya.

"Hmp! Bagus cadangan kau, aku setuju." Balas Karya, mereka berdua melagakan buku lima mereka.

"Djin, kau join?" Tanya Bobby sambil memandang ke wajah Djin dengan riaksi ceria. Dia dan Karya sedang cuba berusaha untuk berkawan dengan Djin semula.

"Hmm... Not a bad idea after all, aku join." Kata Djin sambil mengangguk kecil.

"Yes! Rizwan? Rudy? Are you gusy come in too?" Tanya Karya sambil memandang ke arah dua figura yang selalu berkepik bersama itu. Rizwan dan Rudy geleng serentak.

"Tak apa, aku ada kerja sikit lepas ni." Kata Rizwan sambil melihat ke skrin telefonnya.

"Saya pun." Balas Rudy.

"Haih... Rugi... Rugi..." Kata Bobby sambil menggelengkan kepalanya beberapa kali. "Korang dua kena ambil masa beberapa minit untuk berehat dan bersantai. Barulah manusia!"

"Oh! Jadi sekarang ni kau nak kata yang kitorang ni alien lah?" Tanya Rizwan sambil tergelak kecil, dia menyimpan telefonnya semula dan memandang ke wajah Bobby yang sudah tergelak besar bersama dengan Karya.

"Pandai kau buat lawak, Rizwan." Puji Bobby kepada Rizwan. "Okay, kami pergi dulu. Apa-apa, Roger." Karya menarik leher Karya dan membuatkan kakinya berjalan mengikut langkahnya. Djin mengikut mereka dari belakang.

Setelah itu, Jet dan Chris tiba di padang itu. Rizwan tersenyum sinis melihat Rudy yang hanya akur akan tindakannya itu. "Bagus, tepat pada masanya. Tolong perhatikan dia, ya?"

"Baik, Tuan." Kata Jet dan Chris serentak sambil membuat tabik hormat di hadapan Ejen Rizwan.

Rizwan mengangguk kecil kemudian berjalan pergi meninggalkan mereka bertiga.

"Rudy, kau okay tak ni?" Tanya Jet sambil memandang ke wajah Rudy yang cool itu.

"Aku okay."

"Bakpo tangan mu berdarah ni, Rudy?!!" Tanya Chris sambil memegang bahu kiri Rudy yang masih lagi mengalami sedikit pendarahan.

"Biasalah..." Rudy menepis lembut tangan Chris daripada menyentuh bahunya yang tercedera itu.

"Jom, pergi bilik kesihatan." Ajak Jet, dia baru sahaja mahu memapah Rudy namun tangannya ditepis lembut olehnya.

"Tak apa, aku boleh berjalan lagi. Nanti kalau aku nak pengsan, aku bagitahu." Kata Rudy.

"Ish! Mu ni gak, Rudy. Demo nok tolong mu jo. Tok soh loh buat ganas lagutu!" Marah Chris dalam loghat Kelantan sebentar.

"Tak apa, aku okay."

"Betul ni?"

"Ya. Korang boleh pergi dulu, apa-apa hal nanti aku call korang." Kata Rudy sambil memegang telefonnya.

Jet dan Chris memandang sesama mereka kemudian mengangguk mendapat persetujuan bersama.

"Ingat! Jangan lupa call!" Kata Jet dengan nada tinggi kepada Rudy.

"Kalau hang dok call kami, lagu mano? Nanti siapo yang kena? Kami juga yang keno menjawab depan abe mu tu mu tahu dok?" Marah Chris, abang yang Chris maksudkan adalah Rizwan. Dia menjaga Rudy seperti adiknya sendiri.

"Ya, ya. Aku tahu, Tak apa. Apa-apa hal, aku handle. Korang tak akan kena tindakan apa-apa dengan jaminan aku." Kata Rudy, memberikan jaminan di dalam kata-katanya kepada dua sahabatnya itu.

PEWARIS SEBENAR IRISTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon