"Aku jaga dia lah. Lepastu ada sorang budak kita dia kata kau panggil aku. Aku cari kau dekat kereta kau tapi kau tak da! Kau sendiri pesan tinggalkan Husna je." balas Harziq. Sungguh dia begang dengan Rayyen Cazaro itu.

       "Bila masa pula aku panggil kau! Huh?" soal Rayyen Cazaro sambil melepaskan kolar baju Harziq.

       "Habis kalau bukan kau yang panggil, siapa yang panggil sial!? " soal Harziq.

       "Eh! Cukup lah! Kalau korang gaduh je, bila masa masalah nak selesai?" kini Zakuan bersuara.

       "Kita cuba cari Husna dengan cara lain. Kita cuba kesan dekat mana dia dengan location yang ada pada telefon Husna." cadang Zakuan.

       "Dia tak bawa telefon dia" ujar Rayyen Cazaro.

       "Kita cuba gunakan CCTV hotel dan kawasan yang berdekat dekat sini." cadang Froy.

       "Okay.. Aku dengan Froy kitorang periksa CCTV, Khairul pergi tanya security guard ada tak orang yang mencurigakan keluar masuk hotel ni. Harziq dengan Zakuan pergi siapkan senjata dengan budak-budak kita." arah Rayyen Cazaro.

~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~

Terasa sakit di kepalanya. Pening juga di rasakan. Tangannya menyentuh kepalanya. Penglihatan yang kabur itu mula kelihatan jelas. Matanya memandang ke arah seorang lelaki bertatu dan hanya berseluar jeans. Sungguh menakutkan Husna.

       "Dah bangun sayang" ujar seorang lelaki.

       "Siapa kau!?" soal Husna dengan nada yang tinggi.

       "Aku Marcus Sillo" balas lelaki itu sambil bangun dari duduknya. Dia mengatur langkahnya menuju ke arah Husna.

       Husna bangun dari duduknya. Baru sahaja beberapa langkah, langkahnya sudah tahan oleh Marcus Sillo. Lengan Husna di pegang kuat sehingga Husna meronta kesakitan.

       "Lepaskan aku lah! Lepas kan aku!" jerit Husna sambil mencuba melepaskan pegangan itu. Dengan kudrat yang ada, tidak mampu untuk melawan jejaka mafia itu.

       "Kau nak apa huh dari aku?" soal Husna dengan nada yang dingin.

       "Aku nak kau lah perempuan! Aku nak kau jadi ganti adik aku Marcho Sillo." balas Marcus Sillo.

       "Apa ni? Aku tak faham la. Aku kenal kau pun tidak . Lepaskan aku lah! "

       "Suami kau, suami kau yang bunuh adik aku!" ujar Lelaki itu.

       "Rayyen? " soal Husna. Sungguh dia tidak percaya bahawa suaminya yang membunuh adik kepada Marcus Sillo.

       "Ya! Rayyen Cazaro yang bunuh dia!" ujar Marcus Sillo lagi.

       "Rayyen Cazaro?" soal Husna lagi.

       "Tak kan lah kau tak tahu yang suami kau tu mafia? " soal Marcus Sillo sambil memandang anak mata Husna.

       "Mafia? Suami aku bukan mafia lah!"

       "Kau pasti?" soal Marcus Sillo

       "Aku kenal suami aku siapa. Dia bukan mafia." ujar Husna. Sungguh dia menidakkan kenyataan itu.

       "Lepaskan aku lah!!" pinta Husna lagi sambil mencuba lagi untuk melepaskan pegangan itu. Dia gagal. Kemudian di menggigit tangan milik Macus Sillo.

       "Arghh!! Sakit la bodoh! " teriaknya. Lantas Husna di tolak rapat ke dinding. Leher husna dicekiknya. Tangangan Husna mencuba menarik jari-jemari Marcus Sillo untuk melepaskanya.

        "Kau cabar aku kan. Aku akan jadikan kau tempat lepaskan nafsu aku. Aku nak Rayyen Cazaro rasa betapa sakitnya hati bila dia tahu orang yang dia sayang di seksa. Aku nak bunuh kau, tapi tunggu la husband mafia kau sampai. Biar dia tengok detik kematian kau" ujar Marcus Sillo sambil memandang Husna yang sudah di ambang ketakutan.

       "Ya Allah, tolong aku ya Allah!" bisik hati Husna. Marcrus Sillo berhenti mencekik Husna. Tercungap-cungap Husna untuk mendapatkan oksigen.

       Husna di dukung lalu di lemparkan ke atas katil. Husan terus bangkit kemudian dia ke tepi katil. Baru sahaja kaki kirinya menjejak lantai , sudah Marcus Sillo menariknya semula. Kini Marcus Sillo berada di atas badan Husna. Baju Husna direntap kuat sehingga ternampak badan putihnya. Meronta-ronta Husna di atas katil itu. Sungguh dia tidak mahu perkara buruk itu berlaku atas dirinya.

       Marcus Sillo menjilat leher Husna. Kemudian dia mencium Husna dengan rakusnya. Husna mengalirkan air matanya.

BAM!! Pintu bilik itu terbuka luas.

       Lantas Marcus Sillo mengalihkan pandangannya ke arah pintu terbuka itu. Figura seorang lelaki jelas kelihatan di matanya. Muka bengis Rayyen Cazaro di pandang. Marcus Sillo turun dari katil.

       "Wow, hero dah sampai." ujar Marcus Sillo. Husna pula sudah berlari ketakutan. Khairul menarik tangan Husna namun ditepis Husna. Husna berlari ketakutan. Entah kemana dia Berlari sekarang pun tidak tahu. Khairul mengejar Husna.

       "Kau buat apa sial dekat bini aku?" soal Rayyen Cazaro dengan dingin pada Marcus Sillo. Dia menolak kasar tubuh Marcus Sillo.

       "Tak da apa. Cuma... "

       "Cuma apa babi!?" soal Rayyen Cazaro sambil mengeluarkan pistolnya.

          Pada masa yang sama..

       Khairul masih lagi mengejar Husna. Dan tiba-tiba Husna tersesat di jalan mati. Entah mana lagi dia mahu melarikan diri. Puas dia mencari jalan keluar, namun tidak dapat.

       "Husna." panggilan Khairul.

       "Jangan dekat dengan saya Khairul!"jerit Husna.

       "Jangan takut. Saya akan selamatkan awak." ujar Khairul sambil mengatur langkahnya menuju ke arah Husna secara perlahan-lahan. Jaket kulitnya di buka lalu dihulur ke arah Husna.

       "Ni, ambil ni. Pakai." arah Khairul. Husna mengambil jaket itu dengan kasar. Kemudian dia menyarung pakaian itu.

       "Sini, ikut saya. Kita balik Okay. Kita balik Malaysia." pujuk Khairul. Husna mengikuti sahaja arahan Khairul.

BUG!! muka Marcus Sillo di tumbuk kuat. Dia meludah ke arah Marcus Sillo. Marcus Sillo mengeluarkan pistolnya. Belum sempat dia menarik picu pistol, tangannya sudah di sepak oleh Froy. Pistol itu jatuh ke lantai. Marcus Sillo mengambil sebatang besi yang berdekatan dengannya.

        Rayyen Cazaro mengeluarkan pisaunya. Marcus Sillo memukul bahu Rayyen Cazaro namun sempat di elak. Mereka berlawan dengan sepenuh hati. Sehinggalah Rayyen Cazaro terjatuh ke lantai kemudian pisaunya terpelanting.

Marcus Sillo mengambil pisau milik Rayyen Cazaro itu lalu dia menikap ke arah dada Rayyen Cazaro. Namun hanya sedikit sahaja yang mencucuk ke badannya. Darah mula keluar. Dengan kudrat yang ada, Rayyen Cazaro menolak kasar Marcus Sillo. Rayyen Cazaro menarik pisau itu dengan kasar kemudian dia menindih Marcus Sillo dan menikam ke arah dada Marcus Sillo.

       Husna di bawa ke arah kereta lalu Husna meloloskan dirinya ke dalam kereta. Khairul memandu Kereta itu ke lapangan terbang persendirian Rayyen Cazaro. Setiba di lapangan terbang, lantas Husna terus naik kapal terbang itu.

Selepas beberapa minit, Rayyen Cazaro pula tiba di situ.

KOMEN DAN UNDI JANGAN LUPA GUYS 💖🌷

DENDAM MAFIAWhere stories live. Discover now