BAB 19 [CULIK!]

257 17 0
                                    

PRANG!! bunyi kaca pecah itu membuatkan Husna terjaga dari lenanya. Matanya memandang sekelilingnya. Dia toleh ke sebelahnya, namun tiada orang.

       "Rayyen! Awak ke tu?" soal Husna sambil turun dari katilnya.

       Kaki di atur menuju ke arah ruang bilik persalinan baju. Pintu dikuak . Matanya tidak nampak apa-apa. Gelap!. Suis lampu bilik itu dibuka. Namun tiada apa-apa. Husna berasa hairan. Dia berasa tidak berpuas hati. Husna terus meneruskan langkahnya ke arah almari baju pula.

       CEK! pintu almari satu di buka. Namun tiada apa. Tangannya membuka pintu almari sebelah. Pun tiada apa selain baju Rayyen. Hanya tinggal satu lagi pintu almari tidak di buka lagi. Tangannya menggigil saat ingin membuka itu.

       Pintu almari dibuka dan secara tiba-tiba seseorang menyepak perutnya. Husna jatuh ke belakang. Kemudian lelaki bertopeng hitam itu memukul kepala Husna dengan kayu.

~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~

       "Kalau macam tu, besok kita balik selepas makan malam. Sebab besok aku dah janji nak bawa Husna pusing-pusing sini." ujar Rayyen Cazaro pada Khairul. Khairul hanya menganggukkan kepalanya.

       "Aku balik dulu lah. Aku rasa macam tak sedap hati pula. Kalau ada apa-apa, telefon aku." ujar Rayyen Cazaro sambil bangun dari duduknya.

       Setiba di biliknya. Dia melangkah masuk ke dalam biliknya. Kaki di atur ke arah katil. Matanya memandang katil, namun tiada orang. Dahinya sedikit berkerut. Matanya melihat lampu bilik persalinan baju terbuka. Kemudian kakinya di atur ke arah bilik persalinan itu. Melihat sekelilingnya. Tiada orang juga.

       Dengan tergesa-gesa dia mengatur langkahnya ke arah bilik air. Pintu dibuka kasar. Tiada orang juga. Lantas tangannya lincah mengeluarkan telefon dari koceknya kemudian dia membuka kenalan Harziq lalu mendail.

       "Harziq! Mana Husna!?" soal Rayyen Cazaro dengan dingin.

       "Ada dalam bilik dialah. Aku baru tengok dia tadi"

       "Mana ada Husna dalam bilik ni!"

       "Sumpah, Husna ada tadi dalam bilik dia sebelum aku balik bilik aku tadi."

       "Sial la kau! Aku suruh kau jaga isteri aku tapi kau buat tak tahu pula" ujar Rayyen Cazaro. Kini kemarahannya tidak mampu ditahan lagi.

       "Aku nak kau kejut Zakuan dengan Froy sekarang! Kita cari Husna sampai dapat. Lepas dah cari semua tempat dalam hotel ni tapi tak jumpa, kita kumpul dekat kereta aku." arahnya.

       Panggilan di matikan kemudian dia mendail nombor Khairul.

       "Khairul, Husna hilang. Aku nak kau suruh semua orang-orang kita cari Husna. Kalau tak jumpa juga, kita kumpul dekat kereta aku." arah Rayyen Cazaro.

           20 minit kemudian...

        Husna masih lagi tidak ditemui. Rayyen Cazaro meraup wajahnya. Rambutnya dikusutkan. Dia merengus geram. Matanya memandang Harziq yang sedang menuju ke arahnya dengan pandangan tajam.

       "Mana Husna!? " soal Rayyen Cazaro sambil menuju ke arah Harziq. Tangannya mencengkam kolar baju Harziq.

       "Mana dia ,sial!?" soal Rayyen Cazaro lagi. Naik turun naik turun sahaja nafasnya.

       "Aku tak tahu la Rayyen!."

       "Macam mana kau boleh tak tahu? Aku suruh kau jaga Husna tapi kau pergi mana?" soal Rayyen Cazaro.

DENDAM MAFIAМесто, где живут истории. Откройте их для себя