"Dia dah pindah ikut Dr. Irfan pergi Chicago, sambung post doctor pula dekat sana. So, hari ni lecturer baru masuk mengajar," jawab Jaja dengan ringkas.

"Biar betul? Dia dah ada PhD, kan? Sambung lagi?" Muka Ally memang habis terkejut.

"Ya... kenapa?" Irah mengiakan sahaja.

"Tak penat ke belajar? Senang sangat ke buat research, ha?" Ally telan air liur.

"Entahlah, Ally. Aku pun tak tahu. Senanglah kot bagi dia orang."

"Habis tu sekarang siapa yang ganti kita?" Muka Irah dan Jaja dipandang silih berganti mencari jawapan.

"Entah. Dia orang kata mungkin Prof. Gee." Irah dan Jaja cakap dengan muka yang kelat.

Ally tersandar. Aduhai...

Prof. Gee itu walaupun dah hampir 35 tahun mengajar, tapi dia tetap garang. Kan mitos kata, makin berusia pensyarah, makin santai kita belajar. Tak... tidak dengan Prof. Gee. Ally pernah masuk makmal dan buat amali dengan Prof. Gee masa semester dua dulu. Ya Tuhan...

Dia punya cerewet tu, sumpah Ally rasa nak berhenti belajar. Itu amali, belum kuliah. Banyak dia dengar 'cerita purbakala' tentang Prof. Gee daripada senior-senior.

Matilah Ally kalau macam ni. Jangan harap nak duduk dekat barisan belakang ni. Ally bersandar lemah di kerusinya. Lelah memikirkan masa depan dia dalam kuliah Mikro ini.

Baru Ally nak bersuara, tiba-tiba pintu dewan kuliah terbuka dari luar. Seorang lelaki jengukkan kepalanya sedikit, tidak segera masuk.

"Mikro sem tiga?"

Seorang dua pelajar memberikan respons. Lelaki tinggi itu masuk dan mengambil tempat di atas podium. Dia buka slaid pembentangan di komputer dan buat apa yang patut sebelum mencapai mikrofon dan mula bercakap.

Pensyarah baharu? Mana Prof. Gee?

Semua mata dah tertumpu kepada lelaki yang mereka percaya ialah pensyarah baharu di hadapan sana. Termasuk Ally. Badan dia mengejang apabila si lelaki itu mengangkat mukanya sambil berdiri dengan yakin di hadapan dewan kuliah.

Lelaki itu... bukan Prof. Gee, tapi...

"Live your life well."

Matanya membuntang.

"Asalammualaikum dan selamat pagi. Mesti you all tertanya-tanya, kan, siapa mamat ni tiba-tiba masuk. Dahlah kacak, model ke tu? Ke student baharu?"

Si jejaka membuat lawak spontan dan disambut ceria oleh mereka yang lain, tapi bukan Ally. Mata dia masih tak berkelip.

"Joking. Gurau je, jangan marah. Macam yang you all tahu, dan menurut apa yang diberitahu kepada I, ni kelas Mikro. Dan sebelum ni, subjek ni Dr. Hazwani kan yang ajar?"

"Ya!"

"Okey, great. I tak salah masuk kelas."

Yang lain dah ketawa.

"Ya Allah... handsomenya pensyarah baharu ni!" Irah dan Jaja dah menggedik di depan Ally. Tapi itu tak penting.

Ally tak mempedulikan dua sahabatnya itu. Matanya kembali fokus di depan apabila si lelaki mula bercakap untuk memperkenalkan dirinya.

"Nama I, Tengku Aiman Zamani bin Tengku Zahari, tapi you guys can simply call me TZ, Sir TZ."

Ally dah terlopong mulut. Betul! Memang betul yang di depan itu TZ, lelaki yang sama yang Ally jumpa. Juga lelaki yang sama yang telah selamatkan dia.

Macam mana tiba-tiba dia boleh jadi pensyarah Mikro pula ni?

"Recently, I baru sudah grad dari Leiden University. Ada sesiapa yang pernah pergi Leiden?"

Tak ada seorang pun yang angkat tangan. Mungkin terasa segan membuatkan TZ sambung bercakap.

"Tak apa, nanti you all dah kerja, I suggest pergilah Leiden. Cantik. Okey, kembali kepada topik perkenalkan diri I. So now, I'm back in Malaysia, baru je dua bulan, and now I bekerja dekat sini, your faculty, sebagai pensyarah sambilan."

Ucapan panjang TZ berjaya mengundang senyum seisi dewan.

"Ya Allah, handsome gila!"

"Omo! Ottoke!"

Ally jeling dua sekawan itu yang tengah fan girling dekat TZ. Melebih sungguh Irah dengan Jaja ni. Habis tu sekarang ni memang sahlah TZ itu pensyarah baharu dia?

Tak tahulah ini rezeki ke bala. Ally jadi tak senang duduk. Kukunya digigit sambil dia menunduk, fikir apa yang dia patut buat lepas ini. Nak buat-buat tak kenal TZ ke, nak pergi tegur?

"Ally, lepas ni jangan tidur, okey!"

Tiba-tiba Jaja beri amaran keras. Ally kerutkan dahi. "Sebab?"

"Cuci matalah! Kau ingat senang nak dapat pensyarah handsome dekat fakulti kita ni?"

Ally julingkan matanya ke atas. LOL! Ingatkan kenapa.

"Cucilah mata kau sorang-sorang. Aku nak tidur." Ally pura-pura tidak tercuit dengan kehadiran TZ, padahal... cuak juga dia kalau-kalau TZ perasan. Kalau perasan... entah-entah dia tak ingat pun Ally. Dia sahaja yang perasan sorang-sorang.

Pap!

"Aduh! Sakit!" Ally mengaduh perlahan apabila lengannya ditampar.

Pap! Dia balas.

"Ally! Sakit!"

Sedang mereka balas tampar-menampar, tiba-tiba, "Hello, excuse me? You three back there? Okey ke tak tu? Ada nyamuk ke dalam DK ni?"

Mereka bertiga mengejung. Mereka berpandangan antara sama lain sebelum mengangkat muka apabila ditegur sekali lagi.

"You three at the back. Hello?"

Ally angkat mukanya perlahan-lahan hanya untuk bertemu mata dengan TZ. Ally nampak TZ yang juga terkejut apabila melihat mukanya.

Tapi tidak lama kemudian, muka terkejut itu berganti dengan senyuman. Kemudian tawa kecil dilepaskan.

Ally nampak tangan kiri TZ mencekak pinggang. Sementara tangan kanan menongkat meja. Dia menggelengkan kepalanya sedikit tapi pergerakan sekecil itu masih mampu Ally tangkap dari jaraknya sekarang.

TZ angkat muka. Tak ada angin, tak ada ribut, TZ kenyitkan sebelah mata kepada Ally membuatkan si gadis rasa hendak putus nafas.

He just what?!

Ikhlas Dari Hati [SUDAH TERBIT]Where stories live. Discover now