C H A P T E R 9

Magsimula sa umpisa
                                    

Tanpa aba-aba, Luth mengangkat tubuh ramping Rachel dengan tangannya diketiak isterinya. Dia mendudukkan isterinya dimeja solek itu.

Badan Rachel dikepung dengan kedua-dua tangannya diletakkan disisi tubuh isterinya dan dibongkokkan sedikit tubuhnya.

"Nah." Kepala ditundukkan dan didekatkan kepada Rachel supaya isterinya mudah untuk mengeringkan rambutnya yang basah.

Tangan Rachel mula bergerak mengeringkan rambut Luth menggunakan tuala kering itu. Penuh berhati-hati dan kasih sayang.

"Sayang." Panggil Luth.

"Ya?" Sahut Rachel sambil tangannya lincah bergerak mengeringkan rambut suaminya.

"I love you." Ucap Luth penuh romantik. Matanya dikenyitkan sebelah.

Rachel pula ketawa suka. Walaupun perkataan itu hari-hari sudah didengarnya dari mulut suaminya itu tetapi dia tidak pernah jemuh. Malah dia rasa bahagia.

"I love you too." Balas Rachel sambil mengucup kening Luth.

"Kau sayangkan aku selama-lamanya kan? Cintakan aku sampai akhir hayat kau?"

"Ya, cinta I hanya untuk you. Luth Arreyan akan sentiasa ada dalam hati I. Selama-lamanya."

Tangan Rachel dibawa kebibir lalu diciumnya berkali-kali.

"Dah siap. Pergi pakai baju" Rachel menjatuhkan tangan selepas siap mengeringkan rambut suaminya.

Luth tetap berdiri statik disana. Merenung lama isterinya sambil tangan disilangkan didada yang masih terdedah tanpa sebarang benang yang menutupi.

"Kenapa? Pergilah siap. Nanti terlambat." Arah Rachel apabila Luth masih diam tidak berkutik.

"Aku lapar."

"I siapkan breakfast. Tapi you pakai baju dulu." Rachel melompat turun dari meja solek itu.

"Aku bukan nak makan tu." Ujar Luth penuh makna.

Rachel mengerutkan dahi hairan. Habistu nak makan apa kalau bukan makanan? Yang bukan-bukan jelah suaminya ini.

"You nak makan apa?" Tanya Rachel. Dia layankan sajalah suaminya.

"Aku nak makan kau."

"INI fail meeting yang tuan muda nak tadi." Carlo menghulurkan fail berwarna hitam itu kepada tuan mudanya.

Luth mengambil fail itu dan mengucapkan terima kasih kepada Carlo. Fail itu dibuka dan dibaca maklumat yang sudah tersedia ada disitu.

"Aku nak balik awal. Cancel semua meeting aku. Aku ada hal." Beritahu Luth.

"Baik, tuan muda. Saya akan uruskan tentang tu. Ada apa-apa lagi yang tuan muda nak?" Tanya Carlo.

Luth hanya menggelengkan kepala sebagai balasan.

"Kalau macam tu saya keluar dulu." Ujar Carlo meminta izin. Luth hanya mengangguk membenarkan.

Luth meletakkan fail hitam itu dimeja. Telefon bimbitnya dicapai lalu dia mendail seseorang.

Tetapi panggilan itu tidak berjawab. Luth mencuba sekali lagi tetapi hasilnya tetap sama. Luth mengeram marah apabila panggilannya berkali-kali tidak dijawab.

Sibuk sangat ke sampai taknak jawab panggilan dia?

Tidak mahu membazir masa lagi, Luth segera berdiri dan mengorak langkah meninggalkan pejabat. Dia mahu menjemput seseorang dan merancang mahu meluangkan masa bersama.

Lagipula, sudah lama mereka berdua tidak meluangkan masa bersama-sama. Kadang-kadang dirinya pun terkejar-kejar dengan masa. Tidak sempat.

Sebab itulah hari ini dia mencuri masa supaya dapat bertemu lebih lama dengan wanita itu.

Rindu?

Entahlah, mungkin ya mungkin tidak.

LUTH ARREYAN mengetuk-ngetuk stereng kereta. Matanya berkali-kali melihat pantulan cermin kereta sisi kereta. Dia menyandarkan diri dikerusi kereta sementara menunggu seseorang. Tangan pula diletakkan dimukanya.

Bunyi ketukan cermin mematikan lamunan Luth. Luth terus membuka lock pintu kereta. Wanita itu membuka pintu kereta dan masuk kedalam roda empat pacuan itu.

"Lambat harini? Ada apa-apa program?" Tanya Luth apabila wanita itu melabuhkan punggung ditempat penumpang.

Wanita itu hanya menganggukkan kepala.

"Rajin pula awak nak ambil saya harini? Selalunya driver awak yang datang ambil saya." Ujar wanita itu sambil memandang kearah Luth.

"Salah ke aku nak ambil isteri aku sendiri?" Sinis Luth.

Bunga Qaisarah mencebik. Isterilah sangat. Naik muak dia dengar perkataan itu.

"Isteri apa kalau awak simpan saya macam perempuan simpanan awak?" Bunga bagai memulangkan paku kembali kepada Luth.

Mata kuyunya menatap malas kearah suaminya.

"Bunga Qaisarah." Nada suara Luth berubah menjadi tegang seketika. Tidak suka bila Bunga berbicara sebegitu rupa. Dia ada sebab kenapa dia tidak mendedahkan Bunga sebagai isterinya. Lagipun, Rachel akan tersakiti jika mengetahui hal ini.

Dan paling teruk apabila Rachel meninggalkan dirinya. Dia tidak mahu hal itu berlaku. Dia cintakan Rachel.

Bunga menghela nafas panjang lalu membuang pandangan ke luar.

"Suka hati awaklah."

Luth merengus.

"Aku ada sebab kenapa aku simpan kau. Jangan sesekali persoalkan kenapa aku buat macam tu." Jelas Luth. Dia memejamkan matanya sejenak. Tangannya cuba menggapai tangan Bunga yang berada dipaha.

"Aku nak luahkan masa dengan isteri aku hari ini. Boleh?" Tanya Luth dengan nada lembut. Memujuk Bunga.

"Saya nak balik. Awak ajaklah Kak Rachel. Saya tak ada mood harini." Tolak Bunga bersama senyuman. Tapi jelas senyuman itu kelihatan hambar.

"Bunga." Suara Luth bagai memberi amaran. Dia mahu meluangkan masa bersama-sama Bunga tetapi wanita tetiba sahaja menolak pelawaanya.

"Ya."

"Pandang aku." Arah Luth. Tetapi Bunga mengeraskan badannya tidak mahu menuruti arahan dari Luth. Sengaja dia memekakkan telinga.

Luth menggeram tidak puas hati. Bahu Bunga dicengkam dan dipaksa untuk memandang kearahnya.

"Bila aku cakap pandang aku. Pandang aku! Kenapa susah sangat nak dengar?" Marah Luth. Dia sedikit menaikkan nada suaranya.

Bunga tersenyum sinis.

"Tak ada sebab saya nak dengar awak. Awak layan saya macam pelacur. Datang kat saya bila awak nak dan tinggal saya macam tu je bila awak tak nak. Saya dah cakap dengan awak saya nak awak ceraikan saya. Apa susah sangat permintaan saya?" Tempelak Bunga. Tidak dihiraukan pandangan amarah dari suaminya.

"Tapi saya tahu, memang saya ni pelacur pun bagi awak. Buktinya? Awak simpan saya macam saya ni tak ada maruah. Guna badan saya sesuka hati awak. Dan saya sedar, saya ni kan perempuan simpanan untuk Luth Arreyan."

"

Oops! Ang larawang ito ay hindi sumusunod sa aming mga alituntunin sa nilalaman. Upang magpatuloy sa pag-publish, subukan itong alisin o mag-upload ng bago.
𝐁𝐫𝐨𝐤𝐞𝐧 𝐅𝐚𝐢𝐭𝐡Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon