"Ingat aku dah reject kau dah 50 kali. Kau masih tak nak give up?"
"It's okay, reject selagi kau boleh reject. 10001 kali kau reject, aku tetap tak boleh berhenti daripada sukakan kau."
"Gila!"
Warning! Yaoi! Don't like, don't read!
Start : 17/12/20...
"Sudah, kau pergi tukar pakaian kau sekarang. Kau tau kau nampak.."
Mata Gempa menatap polos, kepalanya terlentok.
"Nampak apa?"
Bibirnya digigit. Halilintar menahan rasa yang ingin menerkam seseorang. Dia menjaga jarak dengan Gempa, takut pula dia terlepas kendali nanti.
"Kau nampak seksi.."
Halilintar merenung Gempa dengan tatapan mendalam. Gempa menunduk, segan kerana dipandang begitu.
"S..seksi?"
"Ya. Dan boleh aku tahu kenapa kau pakai macam ni? Aku rasa ni bukan diri kau Gem.."
Gempa terdiam, dia meramas hujung bajunya.
Melihat gelagat tidak biasa daripada Gempa, buatkan Halilintar harus banyak bersabar.
Tahan diri, selagi boleh.
Halilintar bergerak mendekati Gempa, dia memegang kedua bahu Gempa.
"Gempa, beritahu aku.." bisiknya dengan suara yang berat. Dia meramas bahu Gempa seraya menatap kedalam anak mata lelaki itu.
Gempa mendesis pelan. Dia ingin menepis, namun cengkaman Halilintar yang kemas itu buatkan dia mengalah.
"Beritahu atau aku cium kau sampai kau pengsan. Pilih mana kau nak."
Gempa telan liur dengan ugutan Halilintar.
"Tak nak kasi tau?" Halilintar mendekatkan wajah pada Gempa, dia senyum sinis.
Melihat tindakan Halilintar itu buatkan Gempa mengelabah.
"Sebenarnya, bonda yang minta aku pakai macam ni!"
Gempa menutup mulut, dia terlepas cakap. Dia melihat reaksi Halilintar.
"Aku dah agak dah, mesti bonda." Kata Halilintar mendatar.
"Tapi, aku tak tau kenapa bonda suruh aku pakai macam ni. Dia kata aku akan nampak hensem bila pakai macam ni. Jadi, aku hensem tak?"
Mendengarkan itu, buatkan Halilintar tercenggang. Kenapa budak depannya ini terlampau polos?
Hensem? Hensem daripada mana? Seksi dan menggoda adalah!
"Hensem? Ya kau memang hensem." kata Halilintar, menekan satu persatu katanya. Dia senyum herot.
Gempa tersenyum lebar dengan pujian itu.
"Aku memang hensem kan? Hehehe.." Gempa ketawa suka.
"Ya.."
Halilintar memandang Gempa, tangannya yang masih berada dibahu Gempa mula bergerak nakal.
Dia mengusap bahu Gempa yang terdedah itu dengan jari telunjuk.
Gempa mengeliat kegelian.
"Jangan."
Kening Halilintar terjongket nakal.
"Kenapa?"
"Geli."
"Geli?"
"Ya, jadi hentikan."
Gempa mencuba menepis tangan Halilintar daripada merayap di bahunya.
"Ah!"
Gempa tersentak apabila Halilintar menarik tubuhnya merapat ke arahnya. Kini tubuh mereka saling bersentuhan antara satu sama lain.
"Ha..Hali.."
Anak mata mereka saling bertaut mesra.
"Gem, kenapa kau suka sangat buat hati aku huru-hara? Jantung aku asyik berdebar kalau aku bersama dengan kau."
Gempa senyap, tidak tahu hendak bereaksi seperti apa. Luahan lelaki itu bukan hari ini sahaja yang dia dengar, malah kerap kali. Telinganya juga sudah lali mendengarnya.
Halilintar mengeluh melihat keterdiaman Gempa.
Perlahan dia mendaratkan bibirnya ke atas bibir Gempa.
"Aku akan menyerah dan berhenti kalau kau dah ada orang yang kau suka Gempa."
Tbc...
Heyyoo gaiss! Citer aku asyik sepi dan sendu aje. Biasalah otak kering nak pikir idea huhuhu.
Dan ya.. Jangan kedekut nak vote ya? Gigit kang🗿
Sebelum tu nahh bonus gambar HaliGem ver zepeto. Hehehe... Kbai!
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.