Ice dan Blaze hanya menyilangkan tangan ke dada, sambil menonton kejadian itu.

Sudut bibir Halilintar menyenget. Dia menatap kotak tersebut dan perempuan itu saling berganti. Dia senyum sinis.

"Sorry, aku tak boleh terima melainkan itu adalah daripada orang yang aku suka. Kau bukan Gempa."

Sinis dan mendatar. Tanpa membuang masa, Halilintar beredar dan diikuti oleh kedua kawannya.

Ice berhenti sejenak. Dia mendekatkan bibirnya pada telinga perempuan itu lalu berbisik.

"Orang macam kau tak sepatutnya simpan perasaan kat sepupu aku. Kau ingat Halilintar akan terima orang yang perilaku buruk and pernah buli orang yang dia suka? In your dream, stupid girl."

Ice senyum sinis, iris birunya menjeling tajam. Dia terus meninggalkan perempuan itu sendirian.

"Tch, tak guna! Gempa kalau aku jumpa kau, aku tak akan lepaskan kau. Dasar sundal!"

•••••

Kasut sekolah dibuka dan disimpan di atas rak.

Kakinya melangkah masuk ke dalam rumah.

"I'm home."

Dahinya berkerut apabila mendapati suasana rumahnya agak sepi.

"Bonda? Gempa?" anak matanya melilau mencari keberadaan ibunya dan Gempa.

Namun tiada kelibat mereka berdua.

Halilintar mengangkat bahunya.

"Mungkin diorang kat bilik."

Langkah kaki dibuka, anak tangga rumah dipijak satu persatu untuk menuju ke tingkat atas.

"Kenapa perasaan aku tak sedap eh? Bonda tak buat apa yang pelik kat Gempa kan? Risau betul aku, dia tu bukannya boleh percaya. Otak kuning betul."

Halilintar berlari dan menuju ke bilik Gempa yang bersebelahan dengan biliknya. Namun, langkahnya terhenti apabila melihat pintu biliknya terbuka.

Niatnya ingin memeriksa keadaan Gempa, tetapi terbantut.

"Aik, asal pintu bilik aku terbuka. Ada orang masuk ke?"

Kerana penasaran, Halilintar bergerak ke biliknya. Pintu biliknya dikuak kasar.

"Opocot mak kau!"

Suara latah seseorang menarik perhatian Halilintar. Dia mencari asal suara itu.

"Ha..Halilintar?"

Terlihat Gempa yang duduk di birai katilnya, lelaki itu terus berdiri sebaik sahaja melihat dirinya.

"Ge..Gempa?"

Wajah Halilintar berona merah tatkala melihat penampilan Gempa yang seperti ingin menggoda dirinya.

Dia terkesima melihat baju yang dipakai oleh Gempa.

Lelaki itu hanya mengenakan kemeja putih kebesaran yang separa peha. Bahunya pula terdedah. Kepala Gempa pula dihiasi cekak arnab.

Wajah itu seperti dipoles sedikit dengan peralatan makeup.

Anak mata Halilintar jatuh pada kaki Gempa yang terdedah.

Dalam fikirannya terlintas, apakah Gempa tidak mengenakan seluar?

Wajahnya makin memerah. Otaknya mula memikirkan hal yang tidak-tidak.

"Kenapa kau pakai macam t..tu Gem? Mana seluar kau.."

Gempa menggigit bibir bawahnya, hujung baju kemejanya digetel.

"Err, itu.. Seluar aku ada aje, aku pakailah. Ni.." Gempa mengangkat sedikit bajunya dan memperlihatkan seluar pendek berwarna hitam.

Rejected | I Can't Stop Me (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now