2. Angel

68 8 6
                                    

[Wiya POV]

"Pendek! Pendek! Pendek!"

Ali, Jali dan Adam mengejek budak baru itu. Kecik besar je aku tengok tiga orang ni!

"Hoi! Jangan kacau dialah!"

Aku mendekati budak lelaki yang diejek itu.

"Kau kawan dia ke?" Soal Jali.

"Bukan tapi dia kawan kita semualah! Kita kat sini semua kawan. Mana ada musuh. Tak baik tau buat dia macam ni. Dahlah dia budak baru."

Geram aku dengan kawan-kawan aku ni. Tak patut betul mereka bersikap macam ni!

"Sorry. Tapi dia memang pendek pun. Lagi pendek daripada kita semua."

"Biarlah dia pendek sekalipun. Tak boleh ejek. Bunda dah ajar, tak boleh ejek orang. Kita kena kawan dengan dia."

Selepas itu, Ali, Jali dan Adam mendekati budak lelaki itu.

"Kami minta maaf tau. Takda niat pun nak ejek kau."

"Takpa..."

"Nama kau apa?"

"Abadi."

◇◇◇

Aku masuk ke dalam bilik bunda. Ada hal yang aku nak tahu. Hihihi!

"Bunda!"

"Eh pocot tong gas meletop!"

Aku mengekek ketawakan bunda.

"Adawiyah! Terkejutlah bunda!"

Aku tayang riak tak kisah. Seronok kenakan bunda seperti itu. Aku menambil tempat di hadapan bunda.

"Ada apa datang sini?"

"Nak tanya pasal budak baru tu."

"Budak baru mana?"

"Alah! Budak yang baru masuk tulah. Apa ek nama dia? Adabi? Adiba?"

Sejurus itu, tawa bunda meletus. Terbahak-bahak bunda ketawa sampai terkeluar air mata. Dah kenapa? Ada yang lawak ke?

"Bunda! Kenapa gelak? Wiya ada buat kelakar ke?"

"Mahu bunda tak gelak! Adabi tu jenama bahan masak! Nama budak baru tu, Abadi."

"Ha, Abadi! Apa kisah dia, bunda?"

"Kisah dia? Kenapa Wiya nak tahu?"

"Sajalah. Tadi trio nakal bunda tu kacau Adabi tu."

"Abadi, wahai Wiyaku sayang. A-B-A-D-I."

Aku mencebik.

"Apa –apa jelah, bunda. Wiya nak tahu ni."

Bunda menutup failnya dan kaca mata dicabut. Bunda memandang aku dengan wjah yang tekun.

"Abadi tu baru kehilangan mak ayah dia bulan lepas. Nak diikutkan, dia masih ada keluarga lain. Makcik dia hidup lagi. Tapi, makcik dia tak nak jaga Abadi tu sebab dia rasa Abadi tu menyusahkan. Maklumlah, family Abadi tu orang susah. Takda harta yang ditinggalkan. Rumah pun kena sita. Sebab tulah dia ke sini. Makcik dia yang telefon, nak hantar dia ke sini."

Aku menganggukkan kepala sebagai tanda aku mengerti. Tapi, kenapa aku rasa macam itu bukan kisahnya? Mata Abadi tadi kelihatan seribu kali ganda sedihnya berbanding apa yang diceritakan bunda.

"Bunda, umur dia berapa?"

"Tua dua tahun daripada kamu."

Aku mencongak dalam kepala. Kalau dua tahun tua daripada aku...

Bahagia itu pastiWhere stories live. Discover now