🗝️ 20| Ending

2K 217 24
                                    

"Izzan saya rasa saya nak makan lima aiskrim Cremeria lah. Terliur tengok iklan kat tv pagi tadi."

Izzan memandang El tajam.

"Relax lah wahai husbaby aye ni. Saya makan satu je lagi empat tu awak habis hehe," ujar El dengan suara manja.

Izzan melepaskan satu tangan dari stereng keretanya lantas memegang leher El lalu mencium pipi El. Dia kembali ke tempat duduknya dan menumpukan perhatian pada pemanduannya.

Geram betul tengok El yang tak henti henti bercakap.

El terdiam. Kejadian tadi begitu pantas tanpa sempat dielak. Dia masih tidak puas hati hanya menjeling tajam Izzan dengan berwajah cemberut.

"Jangan buat macam tu. Nanti anak aku dapat muka macam beruk kang susah." El memandang ke luar tingkap kereta dengan wajah mendatar tetapi bibirnya pula dimuncungkan.

"Tak nak belikan sudahlah. Tak payah cakap dengan saya sampai esok," kata El kecewa. Air mata ditahan supaya mengalir. Izzan jahat! Izzan dah tak sayang dia huh.

Izzan mendiamkan diri tidak membalas kata-kata mak buyung.

         Jam sudah menunjukkan 9 malam, El mencebik sambil mata masih memandang di kaca tv. Izzan masih tidak pulang ke rumah. Katanya rakan sekerjanya mengajak dia keluar untuk solat isyak berjemaah di masjid.

El menangis dalam diam. Dia mahu Izzan disampingnya sekarang. Hanya dia sahaja di bawah kerana yang lain sudah naik ke bilik masing-masing untuk berehat.

Anaqi yang baru turun menjejak lantai bawah mengerut kening melihat El keseorangan. Langkah menuju ke arah El sebelum mengambil tempat di hujung sofa.

"Kau kenapa? Izzan mana?" El memandang sebelah selepas perasan kehadiran Anaqi itu.

"Mati," jawab El selamba. Air mata dilap kasar. Terangkat kening Anaqi mendengarnya.

"Manalah aku tahu," balas El lagi dengan malas nadanya.

Anaqi bangun melangkah ke dapur lalu mendailkan nombor Izzan sebelum telefon pintarnya diletak pada telinganya.

"Woi anak itik! Mana kau pergi? Suka hati kau je tinggal bini kau sorang-sorang kat ruang tamu ni," marah Anaqi sebaik sahaja panggilan itu diangkat.

"Aku kat kedai runcitlah. Aku baru balik dari masjid. Aku dah bagitahu dialah. Asal?" Anaqi mendiamkan diri seketika mengingati balasan daripada El.

"Kau orang gaduh ke? Aku bukan nak masuk campur tapi tadi aku tengok dia duduk sorang je kat bawah dengan ada cahaya dekat tv je. Kau ni bila nak balik?" terang Anaqi.

"Oh biarlah dia, pandailah aku pujuk nanti." Izzan mematikan telefon dengan segera. Aiskrim Cremeria lima batang diambil lalu menuju ke kaunter bayaran. Selepas membuat bayaran, Izzan memecut pulang ke rumah.

Setibanya dia memakir motornya yang jarang digunakan itu, plastik berisi lima batang aiskrim diambil kemudian melangkah masuk ke dalam.

"Eh eh dear, asal nangis pula ni?" tegur Izzan cemas. Dia mengambil tempat betul-betul di sebelah El. Dia menahan senyum melihat gambarnya yang berada di skrin telefon El.

"Awak pergi mana? Solat ke uruskan jenazah lama sangat," rungut El sambil tangan memeluk pinggang Izzan.

"Ish mak buyung ni. Tak ada mencari, bila ada marah marah kita pula." Kepala El ditarik ke dada bidangnya. Tempat kegemaran El ketika sedih mahupun mood manjanya muncul.

"Awak beli apa tu?!" El merungkaikan pelukan lalu mata memandang plastik itu. Mata El bersinar melihat Izzan ada membeli sesuatu.

"Aiskrim." Izzan mengeluarkan satu batang aiskrim yang berperisa caramel kemudian menghulurkan kepada El. El pantas menyambut.

ɢᴀᴅɪꜱ ᴜɴᴛᴜᴋ ɪᴢᴢᴀɴ | ᴄWhere stories live. Discover now