🗝️ 17| Merajuk

1.3K 175 34
                                    

Suasana di kereta senyap tanpa perbualan. Rayyan menggarukan kepala sebelum mengerling wajah muram dan sembab El.

El pantas mengubah wajah ceria membalas kerlingan Rayyan.

"Kenapa Rayyan?" soal El dengan suara serak basah.

"Sowwy!" Rayyan tahu abang Izzan gedik gedik nak merajuk dengan akak El. Entah apa yang merasukimu abang Izzan.

"Tak ada apalah. Ni Rayyan balik pukul berapa nanti?" Rayyan hanya menggelengkan kepala. El mengerut kening tidak faham.

"Tak payah amik Rayyan. Nanti mama amik hehe." El hanya mengangguk faham. Dia menghentikan keretanya sebaik sahaja tiba di kawasan sekolah Rayyan.

"Masyeh akak Hawa ops!! Bukan bukan, masyeh akak El. Muahh." Tertawa kecil El melihat gelagat Rayyan walaupun El tahu yang Rayyan sengaja buat begitu bagi dirinya ceria selalu.

"Akak El janganlah gelak je. Balaslah balik muah Ayyan tu." El hanya melayan sahaja karenah Rayyan.

Rayyan membuka pintu kereta kemudian menutup kembali dan terkedek-kedek Rayyan berlari ke arah pagar sekolah.

"Macam-macam hal Ayyan ni."

Selepas 20 minit berlalu, El mematikan enjin kereta lalu keluar dari kereta. Dia melangkah masuk ke rumah dengan memberi salam terlebih dahulu.

Seorang daripada anak-anak Aara berjalan ke arah El. El melihatnya bingung kerana El masih belum dapat membezakan merela bertiga.

"Nama?" Tersengih anak Aara mendengarnya.

"M-Mia!" El mengenyit mata ke arah Mia tanda hadiah. Bagus kau Aara ajar anak sebut nama diorang. Tak adalah aku main bedal je sebut, puji El dalam diam.

"Tokma awak mana?" soal El lalu mendukung tubuh Mia dan melabuhkan punggung ke sofa panjang itu.

"Cook," balas Mia ringkas. Matanya tidak terlepas memandang kaca televisyen. El mengangguk sekali.

"Mama," panggil El apabila mama baru keluar dari dapur.

"Makanan kegemaran Izzan masa lunch apa eh?" soal El. Tubuh kecil Mia diletakkan di atas karpet bersama Anggun dan Mawar kemudian melangkah ke arah mama.

"Nak pujuk Izzan eh?" Entah kenapa El berasa malu sekarang tapi dianggukkan sahaja.

"Masak makanan yang simple simple je. Izzan tak cerewet pun."

"Masak macaroni cheese je lah. Bahan ada kat dapur. Tinggal El cari je. Mama nak layan cucu-cucu mama pula." Mama mendekati cucunya sebaik sahaja selesai bicara.

El melangkah ke dapur mencari bahan dan memulakan masakannya. Jadi nanti dia hanya memanaskan semula masakannya sebelum menuju ke pejabat suami.

×××

Jam makan tengah hari telah tiba. El sudah bersiap pakaian yang menutup aurat. El mengambil beg silangnya dan turun ke bawah. Bekas yang diisi macaroni cheese ditutup lalu dimasukkan ke dalam paper bag.

"Mama, El pergi dulu." El mencium tangan mama dan melangkah keluar dari rumah. El menaiki grab kerana malas mahu memandu.

El menghulurkan wang bernilah RM50. Pakcik Grab terkejut apabila El memberitahunya bahawa baki buat belanja makan keluarganya.

"Anggap je ni tanda terima kasih saya sebab pakcik bawa saya jumpa suami saya. Pakcik doakan keluarga saya dan keluarga pakcik sihat dan bahagia selalu. Saya pergi dulu."

El jalan selamba masuk ke dalam lif tanpa menghiraukan pandangan aneh pekerja-pekerja di situ. Butang tingkat 20 ditekan.

Ting!

ɢᴀᴅɪꜱ ᴜɴᴛᴜᴋ ɪᴢᴢᴀɴ | ᴄWhere stories live. Discover now