🗝️ 10| Mimpi

1.1K 180 15
                                    

El segera mematikan panggilan. Makin dilayan makin menjadi jadi karang. Dalam hati sudah menyumpah serana si Izzan ni.

We don't talk anymore~

Panggilan diangkat semula. Belum sempat El melepaskan geram, Izzan pantas berkata.

"Amboi terus matikan eh? Chill lah aku gurau je." El memicit kepala perlahan. Haih anak siapalah ni?

"Esok nak ikut aku tak?" soal Izzan mendatar.

Pap!

El memandang surat kecil yang mendarat di lantai. Pintu balkoni yang terbuka luas dipandang hairan. Jantung mula berdegup kencang.

"El dengar tak aku cakap ni?" El menghiraukan sahaja suara Izzan di talian itu. Kaki mendekati surat kecil lalu mengambilnya. Surat dibuka.

Sorry about two years ago.

-4N

"Woi!"

El mengucap dua kalimah syahadah akibat terlalu terkejut.

"Eh dah nak mati dah?"

El mengusap lembut dadanya kemudian mendengus tidak puas hati.

"Awak nak saya mati awal ke terkejutkan saya macam tu?! Nanti yang ruginya awaklah bukan saya sebab jadi duda sebelum kahwin. Dah lah bye!" kata El geram lalu mematikan panggilan.

El merebahkan tubuhnya ke katil setelah menutup pintu balkoni dan surat yang diambil tadi diselitkan pada buku lukisannya. Dia  mengambil kasar bantal kecilnya lalu menekup muka. Itu tabiatnya untuk tidur nyenyak.

Izzan menggaru kepala sambil tersengih memandang skrin telefon sudah gelap. Aku ada salah cakap lagi ke? getusnya di hati.

"Macam susah je nak cakap dengan kau dekat telefon ni, El. Apa kata aku serang je rumah kau esok pagi," katanya pada diri sendiri.

Telefon dimasukkan ke kocek lalu melangkah keluar dari bilik. Kaki melangkah ke ruang tamu dimana keluarganya akan meluangkan masa bersama pada waktu malam.

"Mama esok Izzan dan El nak keluar bawa Ayyan pergi Mr. DIY lepastu kita orang nak jalan-jalan. Bolehkan mama?"

Izzan merebahkan kepalanya pada peha mama. Rayyan disebelah memandang jijik ke arah Izzan. Eee mengada mengalahkan aku!

"Boleh. Nanti dah habis jalan-jalan tu ajaklah dia makan malam kat sini." Izzan laju mengangguk. Izzan bangun lalu membawa lari Mawar daripada pangkuan Anaqi itu.

Tersebek-sebek Mawar apabila perasan susuk tubuh ayah kesayangannya semakin jauh. Tangisan Mawar memecah ketenangan mereka yang sedang menonton televisyen.

"Izaan! Kau bagi balik anak aku! Anak aku demam esok pagi, dengan kau kau sekali aku sumbat masuk dalam hospital."

Aara sedang bermain tepuk amai-amai dengan Anggun terhenti setelah mendengar tangisan kuat daripada anak keduanya dan jeritan daripada suaminya itu.

Mia yang berada di pangkuan Irsyad sudah menangis teresak-esak mendengar tangisan kakaknya.

Mama dan papa menggelengkan kepala melihat kejahilan Izzan yang suka mengusik anak buahnya itu. Rayyan mendekati Mia lalu memeluknya tanda memujuk.

ɢᴀᴅɪꜱ ᴜɴᴛᴜᴋ ɪᴢᴢᴀɴ | ᴄWhere stories live. Discover now