🗝️ 12| Kahwin

1.5K 187 59
                                    

Dua minggu telah pun berlalu, kini tiba hari nikah dan sanding mereka. Ya mereka, Aisyah Elmaira dan Lufya Jasmin. Mum kepada Dario yang mahu mereka samakan tarikh nikah dan sanding sekali. Jadinya, Lufya dan Dario nikah tanpa tunang.

Tetamu mula hadir memenuhi ruang di dewan itu untuk menyaksikan akad nikah Izzan dan Dario.

Izzan menarik nafas terlebih dahulu sebelum dilepaskan secara perlahan. Begitu juga Dario.

"Argh! Aku tak suka perasaan gemuruh ni dalam diri aku," jerit Dario perlahan. Orang sekeliling tidak mendengarnya kerana terlalu bising dengan suara para tetamu.

"Ehem! Para tetamu diminta diam sebentar kerana kita akan melihat ijab dan qabul Izzan dan Dario."

Para tetamu mula memberi tumpuan kepada Izzan dan Dario.

"Muhammad Dario bin Ahnaf Bazil," ucap Dato Azman.

"Saya."

"Aku kahwinkan dikau dengan anakku Lufya Jasmin binti Dato Azman dengan mas kahwin RM9000 tunai."

"Aku terima nikahnya Lufya Jasmin binti Dato Azman dengan mas kahwin RM9000 tunai."

"Sah?" Semua menyebut 'sah' serentak. Izzan cuba beriak tenang takut nanti habis huru hara majlis nikah dan sanding ni dengan jeritan gementarnya itu.

"Izzan Aysar binti Kareem Dzulfikar." Terkelu lidah Izzan mendengar wali hakim menyebut 'binti' pada nama penuhnya. Ajak bergurau ke pakcik? Saya takut pakcik balik tak ada gigi dah nanti huh, getus Izzan dalam hati.

Tergelak para tetamu dan semua keluarga di situ. Dario disebelah Izzan menahan diri daripada gelak.

"Sorry saya nervous. Bakal bini kamu cantik sangat." Jantung El mahu pecah apabila ditegur wali hakim begitu. Main-main pula pakcik ni, rungut El dalam diam.

"Izzan Aysar bin Kareem Dzulfikar."

"Saya," jawab Izzan pantas.

"Aku terima nikahnya Lufya Jasmin binti Dato Azman dengan mas kahwin RM9000 tunai." Izzan dan El mengukirkan senyuman paksa.

Dah lama hidup ke pakcik ni? Haish, rungut Dario pula dalam hati.

Wali hakim memulakan kembali dengan bacaan bismillah dan alhamdulillah tiada kesalahan lagi.

"Aku terima nikahnya Aisyah Elmaira binti Razif Yusof dengan mas kahwin RM9000 tunai." Sekali lafaz sahaja Izzan menghembus nafas lega diselitkan bangga dengan mas kahwin yang disebut itu ialah duit simpanannya sendiri.

Semua saksi turut mengesahkan lafaznya sebentar tadi. Dario dan Izzan bangun melangkah ke isteri masing-masing setelah selesai mengaminkan doa.

Tidak berkelip mata El memandang wajah suci Izzan.

"Bom!" Serentak Izzan menepuk tangannya betul-betul di hadapan wajah isterinya seperti mengelamun itu. Terangkat bahu El akibat terkejut. Aku berangan ke tadi? El memandang semula wajah suaminya itu dengan tersengih malu.

"Sengih apa? Aku tahu aku kacak daripada dulu lagi. Bak tangan tu aku nak sarung cincin." El menghulurkan tangan kanannya sehingga melekat pada wajah Izzan. Niat mahu bergurau, dah boleh sentuh sentuh dah lepas ni.

ɢᴀᴅɪꜱ ᴜɴᴛᴜᴋ ɪᴢᴢᴀɴ | ᴄWhere stories live. Discover now