🗝️ 2| Eye Contact

1.5K 231 26
                                    

Hawa dan Lufya berdiri memeluk tubuh menunggu kehadiran seorang jejaka bermata biru laut itu. Hawa mengeluarkan telefon pintarnya kemudian aplikasi Candy Crush ditekan. Lantaklah orang nak kata apa. Orang lain ada crush, aku ada Candy Crush. Adilkan?

"Kau tunggu sini sekejap. Aku nak tolong baby boy aku keluar daripada kepungan dua minah makeup setebal 30 inci kat sana tu." Hawa menjuihkan bibir. Mahu muntah hijau dengar panggilan itu. Baby boy? Tak ada yang rare sikit ke?

"Kau tunggu sini tau. Jangan pergi mana-mana." Hawa mengangguk faham tetapi mata masih pada skrin telefonnya. Lufya tanpa banyak soal terus angkat kaki menuju ke arah baby boy nya.

"Dario! Lama I tunggu you tau." Lufya menarik hujung hoddie teman lelakinya lalu menjeling tajam dua wanita di hadapannya. Gatal! Ni kalau aku seterika muka kau orang, tak jadi orang nanti .

Dario hanya beriak selamba. Sejak dia bertemu dengan Lufya tahun lepas, Lufya banyak mengajarnya tentang Islam. Alhamdulillah hidayah itu miliknya. Keluarga Dario turut memeluk Islam dengan hati terbuka dan ikhlas. Tiga bulan berkawan dengan Lufya membuatkan Dario terdetik untuk memeluk Islam sehinggalah hubungan mereka menuju ke arah yang lebih serius iaitu bertunang. Mereka akan bertunang tidak lama lagi.

Di sisi Hawa pula. Hawa mengangkat kepala memandang sekeliling dan kelibat Lufya juga tidak kelihatan. Kakinya berjalan untuk mencari Lufya tetapi matanya masih tekun memandang skrin manakala tangannya menyentuh skrin telefon mendailkan nombor Lufya.

Belum sempat telefon Hawa melekap di telinganya, kini jatuh ke lantai. Hawa pula sudah terduduk akibat pelanggaran itu.

"Auch !"

"Sorry dear.. kau okay tak ni ?" bimbang Izzan telah melukakan anak dara orang. Izzan menunduk mahu memandang wajah gadis bertudung shawl itu.

Hawa itu terdiam lalu mengangkat kepalanya perlahan-lahan memandang gerangan suara garau tersebut. Pipi gadis itu berubah menjadi merah apabila pandangannya bersambung dengan anak mata jejaka asing itu. Kacaknya!

"Err maaf aku dah lambat. Ini kad aku, kalau ada tak puas hati or senang cerita nak ajak gaduh... boleh call nombor ni. Aku tunggu tau. Bye dear!" Izzan melangkah laju keluar dari KLIA lalu mata mencari susuk tubuh Airil, sahabatnya itu.

Terkebil-kebil mata Hawa memandang susuk tubuh lelaki yang semakin jauh itu. Kad dipandang.

"Izzan Aysar," gumam Hawa itu perlahan. Kepala mula terasa sakit. Hawa tidak dapat menahan rasa sakit itu dan rebah tidak sedarkan diri.

×××

Hawa mula mencelikkan mata. Kini mereka sudah berada di hadapan rumah Datin Marina itu.

Lufya membuka pintu kereta terlebih dahulu menuju ke pintu penumpang belakang kemudian menyentuh bahu Hawa yang memakai tshirt merah berlengan panjang itu. Tangan Hawa mengurut kepalanya perlahan.

"Hawa okay?" tanya Lufya lembut. Pertanyaan Lufya membuatkan Hawa tersentak lalu membalas pandangan Lufya yang kelihatan risau terhadapnya.

"Okay je. Cuma sakit kepala ni masih ada." Hawa tersenyum hambar apabila menyedari kata-kata itu yang keluar dari mulutnya sendiri. Ya! Selepas sahaja Hawa sedar dari koma, Hawa mengalami hilang ingatan. Keluarga Lufya yang mengambilnya sebagai anak angkat. Kejadian yang berlaku sebelum koma, Hawa tidak dapat mengingatinya. Fikiran Hawa ketika itu kosong.

ɢᴀᴅɪꜱ ᴜɴᴛᴜᴋ ɪᴢᴢᴀɴ | ᴄWhere stories live. Discover now