🗝️ 11| Spend Time

1.1K 179 4
                                    

El melangkah masuk ke kereta Izzan selepas siap bersarapan. Begitu juga Izzan dan Rayyan. Terkejut juga El apabila tiba di dapur melihat susuk tubuh Rayyan yang seronok bersarapan dengan Datin Marina dan Dato Azman. Andai kata pagi ini El bangun lambat, ha nasib kaulah Izzan kebas punggung kau menunggu pun El tak kesah.

Tiba sahaja di Mr. DIY, El berjalan seorang diri di kawasan alat tulis manakala Rayyan dan Izzan berada di kawasan makanan.

"BAH!" El yang memegang kotak water colour kecil terus mengetuk kuat kepala Izzan.

Izzan mengerang sakit sambil mengusap kepala yang berdenyut. Rayyan menahan ketawa melihat kejadian itu.

"Eh sorry, saya tak sengaja." El mengusap kawasan yang diketuk tanpa sengaja itu. Izzan tak berkelip apabila merasakan El seperti mengusap rambutnya dengan penuh kasih sayang.

Rayyan memijak kuat kasut abangnya supaya menyedari daripada lamunan cinta haram jadah itu.

"Aww!"  Izzan menepis perlahan tangan El lalu memandang tajam Rayyan. Tersengih Rayyan sebelum bersuara.

"H-A-R-A-M. Haram!" Terangkat bahu El mendengar suara tegas Rayyan. Sudahlah kat situ tak ramai orang, dengar suara Rayyan memenuhi kawasan alat tulis itu. El dan Izzan menggaru kepala memandang Rayyan.

"Sorry Ayyan," ucap mereka serentak. Budak kecik pun tahu yang remaja ke atas ni apasal bebal sangat. Okay gurau.

"Akak El beli warna air lagi?" El mengangguk. Izzan memegang bakul yang dipenuhi makanan ringan itu hanya memerhati mereka berdua.

"Abang Izzan awak tu kata lepas balik jalan-jalan nanti dia suruh akak duduk rumah dia sampai malam. Akak bosanlah nanti. Nanti kita main warna-warna nak Ayyan?" soal El setelah memberi penjelasan kepada Rayyan.

"Nak!" jawab Rayyan dengan nada teruja. Izzan mencebik melihat hubungan El dengan Rayyan semakin rapat.

"Dah lah jom bayar. Lagi lama kat sini lagi bankrup duit aku." Izzan melangkah pergi ke arah kaunter bayaran. El dan Rayyan memandang sesama sendiri lalu mengikut langkah Izzan dari belakang.

"Saya tak suruh awak bayar pun," gumam El perlahan.

×××

Kini mereka bertiga berada di dalam bilik lukisan Rayyan. Rayyan seorang yang suka mewarna jadi mama menukar bilik tetamu kepada bilik lukisan.

El dan Rayyan gigih mewarnakan lukisan mereka menggunakan warna air. Izzan yang bosan hanya menongkat dagu lalu melukiskan gambaran seorang wanita berbaju dress kembang tanpa lengan. Setelah selesai, Izzan mengambil satu berus halus kemudian warna biru tua yang sudah dicampurkan sedikit air dicolet lalu disapukan pada permukaan kertas lukisan itu.

"Okay masa tamat!" ucap El ceria kerana tidak sabar mahu melihat lukisan dua beradik itu.

"Jom tunjukkan lukisan kita sama sama. Serentak tau!" Izzan dan Rayyan mengangguk.

"Satu."

"Dua."

"Tiga."

Gambaran lukisan Rayyan ialah sepotong buah tembikai manakala El ialah lukisan mata beriris biru kelabuan.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
ɢᴀᴅɪꜱ ᴜɴᴛᴜᴋ ɪᴢᴢᴀɴ | ᴄWhere stories live. Discover now