🗝️ 15| Rancang

1.2K 169 16
                                    

Keesokan harinya, Izzan kembali ke pejabat setelah habis cuti seharian sempena cuti kahwin. Izzan mengetuk meja menggunakan pen mahalnya sebelum diganggu oleh Riz dan Hairul Haris.

"Hello hello biskut oreo!"
"Assalamualaikum ahli neraka!"

Izzan menggulingkan mata ke atas apabila suara Riz namun dia pantas mengangkat kepala memandang ke arah pintu setelah mendengar suara rakan sekolahnya menyapa telinganya.

"Hairul?"

"How are you, bro?" tanya Hairul melangkah masuk ke dalam pejabat Izzan.

"Baik, alhamdulillah." Mereka bersalam dengan cara lelaki kemudian memberikan pelukan sesama sendiri. Kawan baik ni!

"Lah lama lagi ke nak main peluk peluk ni? Berbulu mata aku tengok," tegur Riz tidak puas hati. Kau orang tak nak peluk aku tak apa, nanti aku suruh Insha peluk aku huh, rungut Riz dalam hati.

"Bila kau balik dari Beijing ni? Tak bagitahu aku pun." soal Izzan sedikit kecewa. Hairul menghamburkan tawa kecilnya. Mereka merungkaikan pelukan.

"Dirah tu nak balik awal." Izzan mengangguk tanda faham.

"Jom lunch kat cafe kau orang. Jangan risau kau orang yang akan belanja aku sekejap lagi." Hairul melangkah keluar semula meninggalkan Izzan dan Riz yang tercengang itu.

"Suka suka dia je," kata Riz memandang pintu yang sudah tertutup. Izzan laju mengangguk kepala.

"Siapa dia? Aku tak undi dia pun. Haih jomlah kang mengamuk buaya pencen tu tak dapat makan," balas Izzan lalu mengambil dompetnya dan kunci kereta kemudian melangkah keluar bersama Riz.

El sedang menonton televisyen sambil menjaga anak-anak Aara kerana mama mahu memasak di dapur.

"Hai babies!" tegur ceria El mendekati tiga kembar yang seronok bermain di atas karpet.

"Jom umi El ajar ABC lagi." Kini Anggun, Mawar dan Mia menumpukan perhatian ke arah El.

"A untuk ayam."

"A-ayam!" balas tiga kembar serentak.

"B untuk Bola."

"Bol- Lah!" balas Anggun semangat sehingga pekat menyebut huruf H itu. Mawar dan Mia terkekeh-kekeh tawa sambil menepuk tangan berkali-kali melihat Anggun mendahului mereka.

"C untuk--" kata-kata El dipintas oleh suara lantang tiga kembar itu.

"Cantik!" Mama di dapur tersenyum mendengar perkataan cucunya itu. Dia tahu Aara yang selalu memuji mereka menggunakan perkataan itu. Mama memadamkan api dapur lalu melangkah keluar sebelum bersuara.

"El tolong amik Rayyan kat sekolah boleh?" El memberikan senyuman kepada mama kemudian pantas mengangguk. Dia melabuhkan ciuman pada pipi anak-anak Aara itu sebelum bangun mengambil kunci kereta Myvi Izzan dan keluar dari rumah itu.

×××

Izzan, Riz dan Hairul mengambil tempat duduk di luar cafe. Izzan mengangkat tangan apabila pekerjanya memandang ke arahnya.

"Ye boss." Izzan menoleh ke arah Izzan dan Riz sambil mengangkatkan kening.

"Aku nak fresh oren."
"Aku nak kopi ais."

Pekerja itu menundukkan badan sedikit sebelum melangkah pergi. Anak mata Izzan tajam menikam wajah mereka berdua.

"Kalau kau nak order tu je, baik kita lunch kat osman je," kata Izzan lalu menjeling mereka berdua. Mereka berdua menayangkan wajah selamba.

"Osman lain," balas Riz.

"Cafe Z'Family lain," sambung Hairul kemudian menyatukan tapak tangannya dengan tapak tangan Riz tanda gembira dapat melihat wajah bengang Izzan.

ɢᴀᴅɪꜱ ᴜɴᴛᴜᴋ ɪᴢᴢᴀɴ | ᴄWhere stories live. Discover now