Special Chapter : Raya Tak PKP Edition

Start from the beginning
                                    

"Sakit lagi?" soalku dengan nada lembut. Muz geleng.

"Nope! Tak sakit dah."

"Cuba cerita, macam mana boleh kena tangan? Abang tak pakai sarung tangan ke?"

"Mula-mula tu pakai. Tapi lama-lama tangan abang berpeluh la. Tak selesa, sebab tu abang cabut. Hehehe." Dia sengih menampakkan lesung pipitnya yang jelas ketara.

Aku gelengkan kepala. Hmm... dah agak dah. Muzaffar Shah memang begini gayanya. Buat seketika, aku jeling Muz dari ekor mata.

"Sebenarnya kan, Lela perhati je lesung pipit abang tu. Dalam betul! Abang tak nak sedekah satu dekat Lela ke? Satu je," pintaku. Jemari nakalku dah bergerak cucuk-cucuk lesung pipit Muz.

"Nak bagi Lela buat apa? Lela tak ada lesung pipit pun dah cantik," puji Muz. Bibirku mencebik.

"Amboi, beli jiwa nampak! Abang ada nak apa-apa ke ni? Baik jujur dengan Lela." Kelopak mataku automatik mengecil memandangnya.

Muz ketawa mendengarkan ulahku. Pipiku dicubit kuat.

"Memandangkan Lela pun dah tanya, so abang jawab jelah ek?"

Aku angkat kening. Lain macam je ni.

"Hmm... tiba-tiba abang rasa nak kiss oranglah."

Tak sempat otak aku nak bertindak balas, tiba-tiba rasa ciuman hangat singgah dekat pipi. Semua itu berlaku sepantas kilat. Muka aku tak payah cakaplah, terus menyala jadi lampu isyarat warna merah.

"Eee... apa cium-cium orang ni? Habis bau lemang dah pipi Lela," rungutku. Dia ni kan... suka sangat buat benda-benda seram macam tu. Nasib baik aku tak mati terkejut tadi.

"Eh eh, kita pula kena. Lela yang suruh jujur tadi kan. Abang tengah jujur la ni." Muz gelak lagi. Cis, main kotor dia ni.

"Kiss tu tanda terima kasih la sayang. Biasa orang cakap terima kasih, tapi abang lain. Abang tak cakap, abang ungkapkan dengan perbuatan. Baru special untuk Lela ingat." Muz senyum nakal sambil angkat-angkat kening.

Eee... miang, miang! Tangan aku dah tolak muka Muz jauh-jauh. Muka nakal dia tu... aisy! Suka sangat mengusik Si Muz ni sampaikan aku pun tak tahu nak pandang mana sekarang. Susah betul ya dapat suami dah hilang rasa malu ni. Alahai...

**********

"Faqih, mana baju raya awak? Kenapa pakai tuala lagi ni?" Pelik jadinya bila tengok anak sulung aku sibuk ke hulu ke hilir tak berbaju. Selamba je dia keluar masuk dapur melantak kuih raya yang baru isi semalam.

"Eh, bonda! Terkejut Faqih. Bonda nak rasa sikit?" Faqih dah hulurkan sebekas kuih semperit di tangannya. Kononnya nak suruh aku rasa. Aku buat-buat tak berminat. Heh, ni cara baru tak nak bagi bonda dia melenting ke apa?

"Tak apa, nanti bonda rasa. Ni baju raya Faqih mana? Kenapa tak pakai? Nanti nak ikut tok ayah dengan ayahanda pergi solat dekat masjid, kan?" soalku lagi. Mengulang pertanyaan yang sama.

Faqih sengih. Lama jugalah dia macam tu sampaikan kening aku pun turut sama ternaik. Rasa macam ada sesuatu yang tak kena. Naluri si ibu jangan pernah dibuat main. Kebarangkalian untuk betul adalah 99.99 peratus.

"Err... sebenarnya Faqih tak nak pakai lagi baju tu. Faqih nak tunggu semua dah siap, baru Faqih pakai. Kalau Faqih pakai dulu nanti takut ronyok. Kesianlah bonda nak kena gosok lagi," terang Faqih panjang lebar.

Aku terdiam jugalah selepas mendengar penjelasan daripada budak berumur enam tahun ni. Perlahan-lahan aku tundukkan badan supaya setentang dengan Faqih. Bahunya kupegang.

TITLE MRS. UNTUK DELAILA [COMPLETED] ✔︎Where stories live. Discover now