Darweena mengetap bibirnya.

"Saya tak kisah awak nak berkawan dengan Airina. Tapi please jangan buat macam saya ni tak wujud. Saya isteri awak. Saya perlukan perhatian awak."

Darweena bangun dari kerusi lalu menuju ke singki. Pinggan dibasuh. Tanpa kata, dia terus naik ke bilik mereka.

Katil dituju. Kepalanya sudah mulai terasa pening. Dia perlukan rehat.

Ariz menghembus nafas panjang. Sebenarnya dia baru saja ingin berbaik dengan Darweena.

Tak sangka jadi begini. Benar, sepanjang hampir tiga minggu perkahwinannya bersama Darweena. Dia hanya menganggap wanita itu tidak wujud.

Segala yang disiapkan oleh Darweena hanya diguna pakainya. Namun sedikit pun perhatian tidak diberikan kepada Darweena.

"Aish. Bodohnya kau Ariz."

🌼🌼🌼🌼🌼

Kaki menapak ke bilik gelap yang hanya diterangi oleh lampu tidur. Matanya memandang tubuh Darweena yang berbaring di atas katil.

Dia menghampiri. Melihat wajah Darweena yang terlena membuatkan dia rasa bersalah.

"Aku minta maaf." ucap Ariz.

Dia melangkah menjauhi katil. Tuala dicapai lalu masuk ke dalam bilik air. Badannya yang terasa berlengas ingin dibersihkan.

Apabila mendengar bunyi pancuran air, Darweena membuka matanya. Dia masih belum tidur. Dia mendengar ucapan maaf dari Ariz.

Air mata yang mengalir dilap. Dah lama dia ingin meluahkan perasaannya tentang layan Ariz kepadanya.

Pada awalnya dia faham. Mungkin kerana Ariz baru saja kehilangan Haura dan hatinya masih terselit rasa sedih.

Selepas melihat dia melayan Airina dengan baik, Darweena merasa geram. Siapa Airina kalau nak dibandingkan dengan Darweena yang merupakan isteri Ariz.

Darweena memejam rapat matanya. Air mata diseka apabila terdengar bunyi pancuran air terhenti menandakan Ariz telah selesai mandi.

Darweena menutup kepalanya menggunakan selimut. Tak sepenuhnya. Hingga ke paras dahi sahaja.

Tidak lama kemudian, dia merasakan tilam bergerak. Pasti Ariz naik ke atas katil. Selimut juga ditarik menyelimuti tubuh.

"Good night."

Ariz menutup lampu tidur di sebelahnya.

Setelah mendengar dengkuran dari Ariz, Darweena menarik selimutnya turun. Dia memandang wajah Ariz dari tepi.

"Saya rindu awak yang dulu, Ariz. Diri awak yang sebelum kita kahwin." kata Darweena sangat perlahan.

"Awak yang nakal. Selalu buat saya senyum. Awak juga yang buat saya rasa geram dengan perangai awak. Annoying. Tapi comel."

"Aku tak sangka Darweena. Tak sangka. Aku fikir kau lain dari perempuan yang lain. Tapi kau sama je." Ariz menjerkah kuat.

"Apa maksud awak ni?" tanya Darweena.

"Kau pergi kelab malam dengan lelaki tu kan. Kau ingat aku tak tahu ke? Dan hari ni, depan mata aku sendiri kau berpelukan dengan lelaki lain."

"Bila masa saya pergi kelab malam dengan Dafi? Saya tak pernah keluar dengan lelaki lain selain awak."

"Kau jangan nak tipu aku, Darweena."

"Saya tak tipu. Awak yang fitnah saya." Darweena cuba menahan air matanya dari mengalir.

"Aku tak fitnah, Darweena. Aku ada bukti." suara Ariz keras. Dapat dilihat air mata yang bertakung pada matanya.

Ariz menyeluk poketnya lalu gambar-gambar Darweena dihulur secara kasar. Darweena menekup mulut tidak percaya. Siapa yang tangkap gambar.

"Tu kau kan Darweena."

"Ya. Ni saya tapi tak bermaksud saya masuk kelab malam dengan dia. Awak tak boleh tuduh sebarangan, Ariz. Dengar dulu penjelasan saya."

"Sudah lah Darweena. Aku tak nak dengar apa-apa dari kau. Kau perempuan murahan. Entah-entah kau tu dah kena tebuk dengan orang lain."

PANG

"Jaga mulut awak Tengku Ariz. Saya bukan perempuan macam tu. Dengar dulu penjelasan saya."

"Aku tak perlukan apa-apa penjelasan dari perempuan jijik macam kau. Semua dah jelas. Kau perempuan murahan." jerit Ariz sekuat hati.

"Ariz."

"Sakit. Tapi... Semua kebenaran dah terungkap. Untuk apa disimpan lagi."

Only You [C]Where stories live. Discover now