SPH 29

2K 156 16
                                    

Bawa bersabar ya. Ecehh. Acah saspen gitu. Hahahaha







Pintu bilik tetamu yang menjadi bilik Haura dipandang sayu. Dirinya teragak-agak untuk membuka pintu itu. Bagaimana kalau Haura menghalaunya lagi?

Akhirnya dia memberanikan diri untuk mengetuk pintu bilik itu sebelum membukanya. Tubuh Haura yang berbaring di atas katil itu dipandang dengan penuh perasaan lega.

Haura sedang tidur jadi boleh lah dia mendekati Haura. Dia melabuhkan duduk di birai katil. Memandang wajah tenang Haura yang sedang tidur.

Dia menyayangi Haura seperti mana dia menyayangi keluarganya. Disebabkan Haura isterinya yang sah, dia harus juga melakukan tanggungjawabnya.

Tangannya dinaikkan menggosok lembut ubun-ubun isterinya. Matany memandang ke arah perut Haura. Perut yang pernah menumpangkan benihnya. Namun gugur kerana salah dirinya sendiri.

"Maafkan abang, Haura. Abang tak sengaja." lirih Ariz perlahan.

Tangan Haura yang berada di sisi digenggamnya. Akibat rasa terganggu, Haura membuka matanya.

"Apa awak buat ni?" Haura menepis tangan Ariz. Dia menjauhkan kepalanya dari Ariz.

"Sayang." panggil Ariz lembut.

Haura bangun perlahan-lahan dari pembaringannya. Matanya tajam mememandang Ariz.

"Awak keluar sekarang. Saya tak nak tengok muka awak." kata Haura tegas.

"Sayang. I'm sorry. Abang betul-betul tak sengaja. Kalau abang tahu sayang tengah pregnant abang tak kan buat macam tu."

"Saya tak nak dengar apa-apa dari awak Ariz. Saya nak awak keluar dari bilik ni. Saya tak nak jumpa awak."

"Haura."

Ariz enggan keluar. Dia kemudian melutut di tepi katil sambil menunduk. Haura terus tergamam.

"Maafkan abang Haura. Abang tahu salah abang penyebab kematian anak kita. Abang tak sengaja. Sayang jangan buat abang macam ni. Abang rindu sayang, tawa sayang. Please. Forgive me." kata Ariz penuh kekesalan.

Haura diam. Terbit rasa bersalah kerana tidak memaafkan lelaki itu. Sehingga lelaki itu melutut meminta maaf padanya.

Berdosanya dia sebagai isteri kerana tidak memaafkan suami sehingga membuatkan suaminya melutut.

Haura sedar apa yang berlaku ada hikmahnya. Tapi entah kenapa dia tidak boleh menerimanya.

"Abang." panggil Haura.

Ariz mengangkat wajahnya. Terkejut Haura melihat air mata di pipi Ariz. Dia turun dari katil menghampiri Ariz.

Bahu Ariz ditariknya untuk berdiri. Dia mengukir senyuman sambil menyeka air mata Ariz. Tubuh Ariz terus dipeluknya.

"Maafkan Haura sebab tak maafkan abang. Sampai abang melutut depan Haura sebab nak minta maaf. Haura berdosa." kata Haura di dalam pelukan Ariz.

Ariz membalas pelukan Haura. Ciuman dilabuhkan di atas kepala Haura.

"Abang maafkan sayang. Sayang maafkan abang ya." balas Ariz.

"Haura maafkan. Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Cuma Haura tak tahu kenapa Haura tak boleh nak terima."

"Takpe lah. Biarkan semuanya berlalu. Terima kasih sebab maafkan abang." ujar Ariz.

"Sama-sama. Abang kan suami Haura." Haura mendongak memandang suaminya

Ariz tersenyum melihat isterinya yang comel itu. Rasa nak gigit-gigit je.

"Jom tidur. Dah lewat ni."

Haura mengangguk. Mereka berdua berbaring di atas katil. Ariz menarik Haura ke dalam pelukannya. Kepada Haura disandarkan pada dadanya.

"Goodnight sayang. Sweet dream." ucap Ariz.

"Goodnight too, abang." balas Haura.

Ariz mencium kepala Haura sebelum mereka berdua terlena dalam kepekatan malam.

🌼🌼🌼🌼🌼

Bagasi ditarik ke tempat menunggu. Masih ada satu jam sebelum panggilan penerbangan ke Malaysia.

Keadaan di Lapangan Terbang Heathrow hiruk-pikuk dengan manusia dari pelbagai bangsa dan negara.

Darweena melihat Dareel yang sudah terlentok di bahu Darneela. Manakala Darneela fokus pada buku di tangannya.

Tengku Dhiya berbual dengan Tengku Atif. Tengku Zaheen berbual dengan Tengku Izam.

Aril dan Aralyn kedua-keduanya melekat dengan phone. Ariz... Semestinya membuat drama sweet dengan Haura.

Sejujurnya dirinya masih menyimpan secebis perasaan buat Ariz. Namun tak mampu diluahkannya. Apa yang ingin dia harapkan kepada lelaki yang sudah bergelar suami orang itu.

Manakala dia juga akan dikahwinkan dengan Aril. Kembar Ariz merangkap kawan baiknya sendiri ketika zaman sekolah.

Darweena tersentak dari lamunannya apabila terasa seperti seseorang duduk di sebelahnyaa dia terus menoleh.

"Kenapa awak duduk sini?" tanya Darweena kepada Aril.

Depan family kena lah guna panggilan lain sikit.

"Mama aku suruh aku berbual dengan kau sebab kau nampak bosan."

"Takde lah bosan mana pun. Tengok orang berjalan sana sini tup tup dah sejam. Naik flight. Lagi 12 jam sampai Malaysia. Yeayy." balas Darweena keanak-anak.

Siap goyangkan lagi tangannya seperti kanak-kanak jumpa maskot beruang. Aril menahan tawa melihat Darweena.

"Macam budak-budak lah kau ni."

"Eleh. Yang awak kata macam budak-budak ni juga lah yang jadi kawan awak dari dulu sampai sekarang. Tak lama lagi jadi bini awak." balas Darweena.

"Ye lah Weena. Tak sangka betul aku."

"Apa yang tak sangka?"

"Tak sangka dulu aku berkawan dengan minah brutal ya ampun. Pembuli tanpa jejak. Alhamdulillah dah insaf sekarang ya." ujar Aril.

"Ya dah insaf. Awak pula? Macam lah awak tak pernah join saya buli."

"Bila masa aku join kau?"

"Eh. Buat-buat lupa pula." Darweena membuat wajah menyampah.

"Aku budak baik ok."

"Baik depan-depan. Belakang cam harom."

"Tak payah lah kantoi kan."

"Ha. Mengaku pun."

"Dah diam. Kita main PUBG sama-sama jom."

"Ok. Jom. Lihat lah budak pro main ni."

"Ceh. Pro lah sangat. Baru masuk game dah mati."

"Diam lah."


Nighttt

Only You [C]Where stories live. Discover now