SPH 38

2.3K 160 43
                                    

Hari ni mana Darweena sepatutnya menjadi milik Aril tiba. Majlis yang sepatutnya menjadi majlis akad nikah dijadikan majlis doa selamat.

Mereka menjemput kaum kerabat keluarga mereka ke majlis itu. Kesemua mereka tahu dengan apa yang telah terjadi.

Ada yang bersimpati, ada yang mencemuh. Ada juga yang make fun dan semetinya itu adalah sepupu sepapat Ariz dan Darweena. Diorang teringin nak rasa kot macam mana.

Takpe lah. Mulut orang kan. Mana boleh nak tutup. Apa yang boleh dilakukan hanya bersabar. Sabar kan separuh daripada iman.

Darweena bersiap memakai baju kurung cottan berwarna pink berbunga putih kecil. Turut dipadankan dengan shawl hitam. Blackpink gitu.

Manakala Ariz simple. Hanya memakai jersi berkolar berwarna hitam merah. Dipadankan dengan slack hitam dan songkok.

"Wah. Sama cantik sama padan. Anak diorang nanti mesti comel."

"Ini ke kembar tunang awak tu. Yang kena tangkap basah dengan awak?"

"Entah-entah dah bunting. Lelaki tu tak nak bertanggungjawab, buat plan tangkap basah dengan orang lain. Herm kesian lelaki tu kena jadi pak sanggup."

"Takpe lah. Nak buat macam mana. Dah ketentuan Allah diorang kena tangkap basah. Kita terima je dengan hati terbuka."

Itu komen-komen yang mereka dapat dari saudara-saudara mereka. Darweena  dan Ariz hanya membalas dengan senyuman.

Selesai majlis pada hari itu, malamnya pula dilaksananya majlis persandingan antara Darweena dan Ariz.

Majlis ini terpaksa diteruskan juga kerana kad jemputan sudah diedarkan. Ramai tetamu pelik kerana dikad tertulis Aril. Bila bersanding, dengan Ariz.

Keluarga mereka langsung tidak membuka mulut tentang hal tersebut.

Darweena bersiap memakai gaun pengantin berwarna putih yang ditempah khas oleh Tengku Dhiya dari London.

Mak andam juga adalah mak andam yang terbaik dipilih.

"Kau cantik lah, Weena." puji Maya.

"Thanks. Kau pun apa kurangnya." balas Darweena.

Hubungan dia dan Maya semakin baik. Mereka sudah kembali macam dulu. Lebih baik dari dulu.

"Kak Aween. Jom. Semua dah siap." kata Darneela yang dari tadi duduk di sofa suite yang diberikan kepada Darweena untuk persiapannya.

Majlis resepsi pada malam itu dilakukan di hotel milik Ariz sendiri. Makanan disediakan oleh chef hotel dan beberapa chef dari luar.

Darweena bersama Maya dan Darneela bersama-sama keluar dari suite tersebut lalu menuruni tangga menuju ke dewan besar.

Di hadapan pintu dewan besar, beberapa orang sudah menunggu. Mata Darweena tertancap pada Ariz yang segak bertuksedo putih.

Ariz juga memandang ke arahnya dengan wajah terpegun. Ya, terpegun dengan kecantikan Darweena.

"Jom. Darweena. Pegang tangan Ariz." kata seorang lelaki yang tidak dikenali Darweena.

Darweena menyelit tangannya di antara siku Ariz. Alah macam yang pengantin selalu pegang tu lah masa nak naik pelamin.

Darweena mula menggigil kerana debaran yang dirasainya.

"Relaks Weena. Tarik nafas. Hembus dan senyum." pesan Maya yang perasan akan perubahan Darweena.

Darweena mengukir senyuman nipis. Dia menarik nafas dan menghembusnya seperti kata-kata Maya.

Pintu dewan dibuka. Cahaya yang tidak terlalu terang mula memancar ke arah mereka. Kini mereka menjadi perhatian semua tetamu.

"Ok go." kata salah seorang dari mereka.

Ariz dan Darweena mula menyusuri karpet merah menuju ke pelamin yang dihias cantik.

Tepukan gemuruh diberikan kepada mereka. Sayup-sayup kedengaran suara-suara memuji mereka berdua.

"Itu dia pengantin yang sama cantik sama padan. Raja sehari kita pada malam ini. Tengku Ariz Zeyyan bin Tengku Izam bersama permaisurinya Tengku Darweena binti Tengku Zaheen. Semoga bahagia berkekalan hingga ke anak cucu." kata brader DJ yang entah duduk di mana.

Selesai majlis menepung tawar dan makan beradab, Darweena dan Ariz turun untuk beramah mesra dengan tetamu yang hadir.

Seperti biasa juga ada yang memuji, ada yang mencemuh. Semuanya dibalas dengan senyuman.

Biar lah mereka saja yang tahu dan Ariz yang tahu sebenarnya-benarnya tentang hal itu.

"Hai. Ariz Zeyyan." seseorang menegur Ariz.

Ariz menoleh memandang ke arah figura yang menegurnya. Gadis yang berpakaian baju kurung moden dengan rambut beralun paras dada memberikan senyuman kepadanya.

"Yes?"

"You tak ingat I ke?" tanya gadis itu.

Ariz memandang dengan wajah pelik.

"I Airina lah. Kawan universiti you dekat London." kata gadis itu.

"Airina?"

"Yes. I am."

"Wow. Long time no see you." Ariz sudah mengingati gadis itu.

Kawannya ketika di universiti. Mereka berdua tidak lah terlalu rapat. Namun mereka mula rapat apabila mereka harus melakukan projek bersama-sama.

"Yeah, me too. Congrats on you wedding. I thought Aril yang kahwin." kata Airina.

"Ya. Erm. Panjang ceritanya." Ariz menggosom belakang lehernya.

"It's ok kalau tak nak cerita pun. Mungkin masalah peribadi." ujar Airina.

Ariz mengangguk-anggukan kepalanya.

"Mana wife you? Nak juga I kenal-kenal dengan dia." tanya Airina.

Ariz memandang sekelilingnya mencari Darweena sebelum menjumpainya yang sedang berbual dengan seorang ahli korporat.

"Darweena." sekali panggil Darweena terus menoleh.

Dia menghabiskan perbualannya dengan ahli korporat itu sebelum berjalan ke Ariz. Dia berhenti di sebelah Ariz sambil memandang gadis cantik di hadapannya.

Darwerna terkejut apabila Ariz tiba-tiba saja meletakkan tangannya di pinggang Darweena. Rasa malu dan tak selesa mula dirasai.

"Airina. This is my wife, Tengku Darweena."

Darweena memberikan senyuman mesra kepada Airina. Airina membalasnya.

"I'm Airina. Nice to meet you. You're so beautiful." ujar Airina.

"Hai Airina. Nice to meet you too. Thank you." balas Darweena.

"So Darweena, kita boleh jadi kawan kan?" tanya Airina.

"Why not. Boleh je."

"Bagus lah. Nanti I minta nombor phone you dekat Ariz. Nanti kita chatting. Nak hangout sesama ke."

"Boleh je."

Tiba-tiba seorang remaja lelaki menghampiri mereka lalu berkata sesuatu kepada Airina. Seketika, Airina mengangguk.

"Ok lag guys. I kena balik. Congrats again."

"Ok. Bye. See you next time." kata Ariz.

Darweena hanya memberi senyuman. Airina pun berlalu pergi.

"Who is that?" tanya Darweena dengan nada dingin.

"Kawan." jawab Ariz sepatah kemudian berjalan pergi.

Darweena menggigit bibirnya menahan satu rasa yang timbul di hatinya. CEMBURU. Jangan lah perempuan jadi orang ketika dalam rumah tangga mereka.

'Ya Allah. Lindungi lah rumah tangga kami.'




Teka lah berapa chapter lagi... Kalau betul, aku follow akaun korang and vote buku korang. Kalau sesiapa yang aku dah follow tu, aku vote buku kalau ada.

Only You [C]Where stories live. Discover now