SPH 34

2K 144 140
                                    

Selamat membaca🙂



Seminggu berlalu. Darweena bersiap-siap untuk mengambil keluarga di KLIA. Beberapa hari lepas dia menghubungi ibu bapanya.

Bercakap berkenaan pengangkutannya di sini, terus Tengku Zaheen menyuruhnya menggunakan kereta Alza yang berada di rumah keluarganya.

Darweena sendiri tidak teringat tentang kereta itu. Kalau dia ingat dari awal lagi dia tak perlu susah-susah tempah grab.

Darweena turun ke tingkat bawah untuk mengambil shawl yang baru dibelinya. Keadaannya ketika itu hanya memakai bathrobe.

Tiba-tiba dia terlihat sesuatu ysng merayap di meja kopi tempat dia meletakkan barangnya.

LIPAS??!!

"Arghh."

Tiba-tiba pintu rumahnya dibuka dari luar. Kedua-dua mereka terkaku.

🌼🌼🌼🌼🌼

"Abang." Haura memanggil suaminya yang sedang berenang di dalam kolam di rumah Tengku Izam dan Tengku Atif.

"Hmm." jawab Ariz yang timbul di permukaan air kemudian menyelam kembali.

"Haura nak keluar dengan kawan Haura boleh?" tanya Haura sedikit kuat kerana Ariz mungkin tidak mendengarnya.

"Keluar? Dengan siapa? Pukul berapa? Dekat mana?" bertubi-tubi soalan dari Ariz yang timbul di air.

Dia kemudian berenang mendekati Haura yang duduk di bersila di tepi kolam.

"Dengan Arfiah. Pukul 2 petang. Dekat mall." jawab Haura.

"Ok. Tapi jangan balik lambat sangat. Kalau boleh sebelum maghrib kena ada dekat rumah."

"Ok abang. Thank you."

"Anything for you."

Haura tersenyum.

"Abang."

"Ya sayang."

"Haura nak minta maaf." tutur Haura perlahan.

"Kenapa? Haura takde salah apa-apa lah."

"Takde apa-apa. Tapi Haura nak minta maaf juga. Halalkan apa yang abang beri pada Haura selama ni. Terima kasih juga dekat abang sebab sudi terima Haura. Terima baik buruk Haura."

"Sayang, sayangkan isteri abang. Mesti lah abang kena terima baik buruk sayang. Sayang tak perlu pun nak minta maaf. Sayang takde salah. Tentang apa yang abang beri pada Haura, itu semua tanggungjawab abang untuk penuhi keperluan sayang." balas Ariz lembut.

Tangannya naik menggosok tangan Haura.

"Terima kasih abang."

"Sama-sama. Terima kasih juga dekat Haura sebab selalu ada dengan abang."

Haura membalas dengan senyuman yang paling manis kepada Ariz.

"Oklah. Haura nak pergi bersiap. Nanti lambat, lama pula Arfiah tunggu." kata Haura.

"Ok. Abang nak sambung berenang-renang."

"Jangan sampai berangan jadi duyung tau." Haura membuat loyar buruk.

"Eh eh. Takde masa nak perasan jadi duyung." Ariz menjeling Haura manja sebelum kembali masuk ke dalam air.

Manakala Haura pula masuk ke dalam rumah untuk bersiap.

Setelah beberapa minit, Ariz keluar dari kolam. Sedang dia mengelap tubuhnya dengan tuala, Tengku Atif datang menegurnya.

"Ariz busy tak?" tanyanya.

"Tak. ma. Kenapa?"

"Mama nak minta tolong sikit." ujar Tengku Atif.

"Apa dia ma?"

"Tolong hantarkan baju pengantin dekat Darweena boleh? Dekat rumah dia yang dia duduk dulu tu."

"Lah. Aril mana?"

"Aril kan takde, dia keluar teman papa jumpa klien. Aril kan akan pegang syarikat arwah atok nanti. Jadi nak ambil pengalaman lah." terang Tengku Atif.

"Ouh. Ok lah. Bila nak hantar?" Ariz bersetuju.

"Sekarang kalau boleh."

"Kejap. Ariz nak bersiap dulu."

"Nanti datang bilik mama ambil baju."

Ariz mengangguk sambil tangannya mengelap rambut yang basah. Dia menghantar pemergian mamanya dengan pandangan mata.

Setelah itu, dia melangkah masuk ke dalam rumah naik ke biliknya. Dia ternampak kelibat Haura yang duduk di sofa di bilik mereka.

"Eh kata nak bersiap?" tanya Ariz.

"Arfiah kata dia ada hal. So kitorang keluar lambat sikit." balas Haura.

"Ouh. Abang nak keluar ni."

"Nak pergi mana?"

"Mama minta tolong hantarkan baju pengantin dekat Darweena. Aril ada hal dengan papa."

"Ouh. Pergi lah. Jangan lama-lama. Hantar je baju tu. Lepas tu balik." pesan Haura.

"Abang tahu lah sayang. Sayang nak ikut ke?"

"Erm. Takpe lah Haura malas pula nak ikut." ujar Haura sambil tersengih.

"Oklah. Abang pergi dulu." Ariz mencium dahi Haura.

"Bye abang. I love you." kata Haura ketika Ariz di hadapan pintu bilik.

"I love you too." balas Ariz berserta flying kiss.

Ariz keluar dari bilik lalu menuju ke bilik ibu bapanya untuk bertemu Tengku Atif.

"Nah. Bawa elok-elok."

"Ok ma." Ariz menyalami tangan mamanya sebelum berlalu pergi.

Perjalanan dari rumahnya ke tiny house Darweena mengambil masa 20 minit. Tidak lah sejauh mana.

Sampai di hadapan rumah Darweena, Ariz memandang sekeliling rumah itu. Sunyi macam takde orang je.

Terdapat sebuah kereta Alza di hadapan rumah itu. Sejak bila Darweena pakai Alza ni.

Ariz menghampiri pintu rumah Darweena. Loceng pintu rumah ditekan beberapa kali. Setelah beberapa minit, tiada sahutan dari dalam.

Ariz mula kebosanan. Tangannya naik untuk mengetuk pintu rumah, tiba-tiba saja kedengaran jeritan dari dalam rumah.

"Aween."

Ariz menolak pemegang pintu rumah Darweena. Tak berkunci. Pantas dia membuka pintu rumah itu.

Dia terkaku. Orang yang di hadapannya terkaku memandangnya.

"Ariz..."

Tanpa menunggu masa lagi, Darweena terus pecut berlari di atas. Wajahnya kemerahan menahan malu. Rasa menyesal kerana memakai bathrobe itu.

"Ariz tolong halau lipas tu." jeritnya sebelum hilang dari pandangan.

"Lipas?" Ariz menuju ke meja kopi.

Seekor lipas yang berada di atas sofa diketuk-ketuknya menggunakan alat kawalan tv. Sampai lunyai.

Dia kemudian membuangnya di dalam tong sampah di dapur Darweena.

Seketika kemudian, Darweena turun dengan berpakaian lengkap.

"Aaa erm. Terima kasih." ucap Darweena dari hadapan tangga.

"Sama-sama. Erm aku datang nak hantar baju kau. Kejap aku pergi ambil dalam kereta." kata Ariz sambil menggosok belakang lehernya.

Dia berpusing menuju ke pintu rumah Darweena yang tertutup.dengan sendirinya.

Buka saja pintu, terpampang 4 orang lelaki berbaju kurta beserta songkok dan kopiah.

"Assalamualaikum."

"Wa-waalaikumsalam."



Mesti ada yang kecewa kan? Maaf lah. Kalau dah Ariz watak utamanya, akhir sekali pun mesti Ariz juga. Kalau tukar nanti macam tak best pula.

Only You [C]Where stories live. Discover now