𝐄𝐩𝐢𝐬𝐨𝐝𝐞 𝐞𝐥𝐞𝐯𝐞𝐧

929 136 14
                                    

Seminggu kemudian...

Sudah seminggu lebih aku tinggal dan cuba untuk mempelajari hidup di istana. Belajar cara untuk menjadi Puteri yang sebenar dari segi berjalan, bercakap, makan, dan banyak lagi.

Hidup untuk menjadi seorang Puteri tidaklah semudah yang orang lain sangka. Penuh dengan cabaran.

Namun, aku berterima kasih kepada mereka yang sentiasa menyokong aku agar tidak mudah berputus asa. Dimana ada kemahuan, di situ ada jalan.

"Jadi, esok hari lahir Camille. Semestinya esok akan jadi hari yang paling panjang. Urm... apa kata kita..."

"No!"

Bantah Tengku Sean dan Tengku Herry serentak tanpa sempat Tengku Henry menghabiskan ayatnya terlebih dahulu.

Kami menghabiskan waktu senggang kami di belakang istana yang luas. Hubungan aku diantara mereka jugak sudah seperti adik beradik. Mereka tak pernah lelah mengajar aku sesuatu perkara yang baru.

"Ala... kakanda bagilah kakanda Henry habis cakap dulu," marah Amber sebelum mencubit peha Tengku Sean secara drastik.

"Aduh! Kalau nak marah sekalipun, tangan tu duduklah diam."

"Tak kisah."

"Eee budak ni..."

"Ada juga yang aku hantukkan kepala dia orang ni nanti," omel Tengku Herry membuatkan aku dan Tengku Henry tergelak. Tak tahu kenapa.

"Kenapa gelak," soal Tengku Sean dengan pandangan maut pada aku. Aku menjongketkan bahu selamba. Kemudian pandangannya terarah pada Tengku Hnery yang masih belum berhenti gelak.

"Kau kenapa gelak?"

"Ah.. aduh... sakit perut aku gelak. Eh, kau tanya aku, kan? Entah, aku tengok Camille gelak, aku pun rasa nak gelak sekali," balasnya membuatkan Tengku Sean menyekeh kepala lelaki itu ganas.

"Aduh, aduh! Sean! Rambut aku yang cantik! Lama woi aku nak buat rambut ni!"

"Padan muka kau!"

"Kau orang ni lain daripada yang aku fikir sebelum ni," kataku yang masih ralit memandang aksi gusti itu.

Terus sahaja aktiviti itu terhenti pada akhirnya, keempat-empat mata yang berada di situ, memandang wajah aku.

"Kau fikir kita orang macam mana sebelum ni?" tanya Tengku Henry sebelum kepala Tengku Sean yang berada di hadapannya itu, ditolak ke tepi.

"Kurang ajar punya budak!" sumpah Tengku Sean cuba bangun dari pembaringan akibat ditolak oleh Tengku Henry sebentar tadi.

"Bagi aku sebelum ni, aku fikir Sean seorang yang sombong dan pada masa yang sama, penyayang, tapi sayang..."

"Kau panggil aku sayang?"

"Sila pupus," ucap Tengku Herry dan Tengku Henry serentak.

"Hari ni semua memang nak sakitkan hati aku ke apa?"

"Sudahlah, daripada semua terus bertekak, baik kita main satu game," sampuk Amber cuba meleraikan pergaduhan 'manja' yang diramalkan bakal berlaku sebentar lagi.

"Game?"

"Hide and seek!" cadang Tengku Henry dan Amber serentak membuatkan aku mengangguk. Senang sedikit kalau nak menyorok dekat istana ni kerana semua tempat luas. Jadi, risiko untuk dijumpai itu teramatlah rendah.

"Setu..."

"Bantah!" Potong Tengku Sean dan Tengku Herry, mengheningkan keadaan yang tadinya ceria.

"Kalau bantah, pergi main berdua saja. Kita orang pergi main bertiga," ujarku menyampah. Baru sahaja tangan Amber dan Tengku Henry hendak capai, tangan milik Tengku Sean menghalang.

Bukan Puteri Biasa [C]Where stories live. Discover now