𝐄𝐩𝐢𝐬𝐨𝐝𝐞 𝐧𝐢𝐧𝐞

1K 167 72
                                    

"Ayah chik," panggilku membuat Tengku Isaac yang tekun melihat tablet, terus mengalihkan pandangan dan memberikan tumpuannya kepada aku.

"Ya, Camille?"

"Nenda tak cerita pun, macam mana Camille boleh hilang dari istana," ujarku sebelum terasa bahu aku memberat. Aku menoleh ke arah kiri aku dan ternyata, Tengku Sean melentokkan kepalanya di atas bahu aku.

"Kau kenapa?"

"Pinjam bahu. Jangan kedekut bahu sangat," pintasnya sambil memejamkan mata. Aku merenungnya tajam. Ada juga yang dia cucuk ni nanti.

"Tak sangka Tengku Sean yang orang kata sombong dan pendiam tu, gedik juga eh?" bisikku perlahan agar kami berdua sahaja yang mendengarnya.

"Sebelum bibir kau, aku hurm... baik diam," nafinya membuatkan aku serta merta menyentuh bibir aku.

"Pervert!"

"Camille?" panggil Tengku Isaac membuatkan aku dengan drastik menolak kepala Tengku Sean dari bahu aku.

"Aduh!"

"Ya, ayah chik?" soalku dengan muka polos. Bukannya aku tidak perasan yang Tengku Sean memandang aku dengan jelingan maut. Suka hati dialah!

"Kamu nak dengar tak apa yang ayah chik nak cerita ni?"

"Nak!"

"Tak nak."

"Diam kau."

Tengku Sean menjentik dahi aku. Aih... dia yang cari gaduh, dahi aku juga yang jadi mangsa.

"Lepas sahaja kami dapat berita tentang kemalangan tu, secara tak langsung, kami terus keluar rumah dan menuju ke hospital. Kamu dan Sean di tinggalkan dekat istana bersama para dayang," cerita Tengku Isaac dengan tenang.

"Ketika kami balik, Sean yang tengah menangis, terus berlari ke arah kami dan beritahu yang kamu dibawa lari." Aku menoleh memandang Tengku Sean yang sudah melelapkan matanya.

'Nak menipu tidur pun, agak-agaklah. Telinga merah menyala, sah-sah dia dengar,' desisku di dalam hati apabila melihat Tengku Sean malu sendiri.

"Kemudian?"

"Kami semua dan para pengawal cari kamu di dalam istana itu tapi langsung tidak dijumpai. Selepas itu, baru kami perasan yang Puan Linda dan Encik Lois tak ada pada ketika itu."

"Setelah 10 tahun berusaha, kami akhirnya berjaya mengetahui keberadaan kamu tetapi nenda arahkan kami untuk tunggu sehingga umur kamu hampir mencecah 17 tahun."

Aku hanya mendiamkan diri. Aku cuba menghadam apa yang telah Tengku Isaac ceritakan sebentar tadi. Jadi, selama ini aku diperhatikan?

"Ayah chik, kenapa nenda arahkan untuk tunggu? Kenapa baru sekarang?" soalku setelah lebih kurang seminit mendiamkan diri.

Tengku Isaac menoleh memandang aku yang duduk di belakang sekilas sahaja sebelum kembali memandang ke hadapan.

"Nanti kamu akan tahu."

Aku hanya mendiamkan diri. Tidak lama selepas itu, bahu aku mula memberat kembali. Tahulah aku gerangan siapakah itu.

Bukan Puteri Biasa [C]Where stories live. Discover now