𝐄𝐩𝐢𝐬𝐨𝐝𝐞 𝐞𝐢𝐠𝐡𝐭

1K 161 29
                                    

Aku termenung sendirian di jendela. Masih tidak dapat menerima kenyataan setelah mendapat tahu segala rahsia yang telah dibongkarkan sebentar tadi.

Perbincangan sebentar tadi kembali terimbas seakan seakan pita rakaman.

"Ketika kamu masih bayi, Raja dan Pemaisuri perlu pergi ke istana nenda untuk melawat tokda kamu yang sudah tenat. Pada masa itu, kamu tinggal di istana dan baru sahaja berumur dua bulan."

Tengku Nelda menghembuskan nafas buat seketika untuk mengumpulkan kekuatan

"Ketika dalam perjalanan, di suatu selekoh, pemandu yang membawa Raja dan Pemaisuri di dalam kereta itu, brek seakan rosak dan akhirnya, kereta mereka jatuh terjunam di dalam lombong."

Aku terpaku. Tangan aku mula menggigil dan jantung aku berdegup dengan pantas.

"Segera bantuan diberikan kepada mereka bertiga namun... Pemaisuri dan pemandu itu, maut di tempat kejadian."

Kelopak mata aku mula memanas. Tak... tak mungkin...

"Pe... Pemaisuri? Ja... jadinya?" Kata-kata aku itu seakan tersekat di kerongkong. Tengku Nelda yang sudah mengalirkan air mata, cuba tersenyum ke arah aku.

"Ya, itu... ibu kandung kamu, Camille."

DUG

Jantung aku seakan berhenti berdegup. Air mata tidak dapat lagi aku tahan.

"Ta... tak mungkin! Ca... Camille tak pernah jumpa ibu lagi!" nafiku dengan harapan yang semua ini hanya gurauan semata. Baru sahaja aku hendak bangun, Tengku Sean menggenggam erat tangan aku.

Terus sahaja aku kembali duduk.

"Bagi nenda habis cakap dulu, Camille," pujuk Tengku Sean. Tiada lagi riak sombong dan dingin di wajahnya pada tika ini tetapi yang tinggal hanyalah... riak memujuk.

"Raja sempat diselamatkan, namun..."

"Namun apa, nenda?"

"Dia sudah terlantar koma selama 16 tahun. Tiada sebarang perkembangan dari segi fizikal mahupun mental. Sekarang ini, adik kepada Raja dan abang kepada Isaac yang telah menyandang tugas itu buat sementara."

Dada Aku mula sesak. Apakah ini takdir yang sudah tertulis untuk diri ini?

Kehilangan seorang wanita yang bergelar ibu kandung, tanpa sempat aku memeluk mahupun melihat wajahnya.

Sang ayah pula sudah terlantar sejak 16 tahun yang lepas tanpa sebarang reaksi.

Mengapa, mengapa semua ini terjadi pada diri ini? Kenapa?

"Macam mana dengan... Puan Linda dan Encik Lois?" soalku teringat akan kedua orang tua yang telah menjaga aku dari kecil itu.

Pada realitinya, aku masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa mereka berdua bukanlah ibu bapa kandungku yang sebenar.

"Mereka akan di penjara seumur hidup kerana melarikan Tuan Puteri," jawab Tengku Isaac dengan tenang. Lidah aku terkelu.

"Ta... tapi, dia orang yang jaga saya sejak dari kecil hingga besar walaupun telah menculik saya. Tak boleh kurangkan hukuman terhadap mereka?" rayuku pada Tengku Isaac dan Tengku Nelda.

"Maaf Camille, ini semua peraturan yang telah ditetapkan."

"Jadi, kalau raja masih hidup, dia dekat mana?" Tengku Nelda dan Tengku Isaac berpandangan sebelum menoleh ke arahku serentak.

Bukan Puteri Biasa [C]Onde histórias criam vida. Descubra agora