𝐄𝐩𝐢𝐬𝐨𝐝𝐞 𝐭𝐰𝐞𝐥𝐯𝐞

912 128 21
                                    

"Camille, tunggu!" jerit Tengku Sean lagi tetapi telah dihiraukan entah buat keberapa kalinya.

"Nenda!" laungku setelah masuk ke dalam istana Tengku Nelda. Suasana istana yang bersepah di bahagian ruang tamu itu membuatkan aku tergamam.

"Camille! Kenapa kau la... a... apa yang dah terjadi?" Tengku Sean yang baru sahaja dapat mengejar aku, turut terkejut melihat suasana istana tersebut termasuklah Tengku Isaac dan Tengku Mery yang berada di belakang kami.

"Sayang, jagakan Camille dan Sean. Saya pergi cari bonda dan abang Elan dekat bilik. Jangan pergi mana-mana," arah Tengku Isaac pada isterinya itu.

Pedang yang berada di dalam rak persembunyian itu, dia cabut untuk dijadikan sebagai senjata mempertahankan diri.

"Ayahanda, Sean ikut sekali." Tengku Sean yang berada disebelah aku itu dipandang dengan perasaan terkejut.

"Sean, tak per..."

"Perlu, tak akanlah ayahanda nak pergi berjuang seorang diri. Sean pun lelaki tulen," bidasnya. Tengku Isaac merenung wajah satu-satunya anak lelakinya itu.

"Baik, mari." Baru sahaja mereka berdua hendak melangkah pergi, segera tangan Tengku Sean aku capai.

Lelaki itu memandang aku dengan riak terkejut.

"Please, no."

"Camille..."

"No!" bentakku. Tengku Sean mengeluh sebelum menarik aku agar jauh dari Tengku Isaac dan Tengku Mary.

"Hye. Look at me," kata Tengku Sean lembut. Mata hijau itu aku pandang.

"Jangan risau tentang aku. Jaga diri kau tu. Aku tak nak hilang kau buat kali kedua. Aku dah serik. Biar aku dengan ayahanda saja yang pergi cari Raja Elan dan nenda. Kau dan ibunda duduk saja dekat sini. Everything gonna be fine," balasnya lembut. Matanya yang redup itu membuatkan aku sedikit sebanyak, mempercayai kata-katanya.

"Janji dengan aku yang kau akan okey." Jari kelingking aku tunjukkan padanya.

Tengku Sean tergelak kecil sebelum menyambut jari kelingking kecil milik aku itu.

"Janji."

"Yang dekat sana tu, kalau nak berasmara, janganlah dekat sini. Kesian kami yang dekat sini terasa."

"Kanda, janganlah kacau dia orang,"

"Ala... sayang nak macam tu juga, kan?" usik Tengku Isaac membuatkan Tengku Mary tersenyum malu.

Tengku Sean melirik ke arah ayahandanya itu dengan riak menyampah. Aku tergelak melihat reaksinya itu.

Setelah itu, Tengku Isaac dan Tengku Sean pergi meninggalkan aku dan Tengku Mary di ruang tamu yang besar itu bersama dengan para pengawal. Kami berdua mengutip barang-barang berharga yang bersepah di atas lantai.

"Camille, kamu pakai rantai itu lagi, ya?" soal Tengku Mary secara tiba-tiba apabila melihat rantai aku yang berwarna ungu itu terjuntai apabila aku menundukkan badan.

Aku menyentuh rantai itu sebelum memandang Tengku Mary dengan hairan. Apa maksud kata-katanya itu?

"Maksud ibunda?"

Bukan Puteri BiasaOnde histórias criam vida. Descubra agora