𝐄𝐩𝐢𝐬𝐨𝐝𝐞 𝐭𝐡𝐫𝐞𝐞

1.1K 177 42
                                    

Cuaca pada pagi itu nyaman sekali. Bunyi burung-burung yang berkicipan kedengaran sungguh merdu. Angin sepoi-sepoi bahasa menampar lembut wajah aku.

'Waktu yang sesuai untuk tidur,' desisku di dalam hati. Tapi, apalah nasib... perlu ke sekolah pula.

Masuk sahaja di dalam kelas, aku segera menuju ke meja belajar yang terletak di sebelah tingkap.

Pada mulanya, sememangnya aku hairan. Kenapa bising sangat pagi ni? Selalunya, memang akan bising tapi hari ni, terlalu bising!

Maria yang sudah tiba lebih awal daripada aku, sedang leka memandang bawah mejanya. Apa yang dilihatnya, aku sendiri tidak tahu.

Bahu Maria aku cuit sedikit. Jelas reaksi yang diberikan, meyakinkan aku bahawa dia tidak perasan akan kehadiran aku.

"La... Camille rupanya. Aku ingatkan siapalah tadi," ujarnya lega.

"Kenapa kelas kita bising sangat hari ni?" soalku yang masih dengan kemusykilan sebentar tadi.

"Kau..."

"Kau tak tahu?"

Tidak sempat Maria menyudahkan ayatnya, Nancy terlebih dahulu memintas dengan wajah terkejut. Aku hanya menggelengkan kepala.

"Kau orang pasti sedang berborak tentang berita yang hangat diperkatakan itu sekarang, bukan?" sampuk Nicole, yang entah dari mana datangnya.

"Berita yang hangat? Berita apa?" soalku apabila keadaan makin memeningkan. Nicole memandang aku dengan wajah terkejut.

"Tak kanlah kau tak tahu lagi?"

"Kalau aku tahu, tak adanya aku tanya, pandai," bidasku dengan geram. Apa kata beritahu sahaja dari tadi. Ini tidak, asyik tanya aku soalan yang sama sahaja.

"Tentang Puteri kerajaan Charloes Anchaunter yang hilang tu," ujar Maria dengan riak teruja. Telefonnya yang dibawa secara haram itu, ditunjukkan pada aku.

"Jadi, Puteri tu sebaya dengan kita?" soalku setelah selesai membaca berita tersebut.

"Bukan sebaya saja, tetapi sekelas dengan kita!"

"Maknanya, dia orang dah lama tahu keberadaan Puteri itulah sebenarnya?"

"Agaknya?"

"Aku dah agak!" jerit Nicole seraya mengejutkan kami bertiga yang sedang bersoal jawab.

"Apa dia?"

"Semestinya akulah Puteri yang hilang tu!" katanya dengan angkuh dan yakin sekali. Kami bertiga yang mula berasa hairan itu, memandang Nicole serentak.

"Macam mana kau tahu?" soal Nancy yang tidak percaya.

"Selama ini, setiap kali kami sekeluarga pergi bercuti, pasti kerajaan Charloes Anchaunter yang menjadi tempat utama perlancongan kami. Dan, itulah bukti yang aku Puteri yang hilang itu! Kerana itulah agaknya, ibu aku selalu bawa aku pergi sana."

Aku, Nancy dan Maria memandang sesama sendiri. Di manakah kelogikan manusia ini?

"Tapi, agak mustahil kerana wajah kau dengan ibu kau seiras. Tak kanlah tiba-tiba saja kau jadi Puteri itu," ujar Maria membuatkan aku dan Nancy mengangguk tanda bersetuju. Terus sahaja wajah Nicole berubah masam.

"Kalau bukan aku, siapa lagi?"

"Mungkin aku!"

"Ada kemungkinan, akulah orangnya!"

Aku hanya mampu menggelengkan kepala. Fokus aku kembali pada pemandangan luar tingkap.

"Camille, kau tak nak ke jadi Puteri yang hilang tu?" soal Nancy dan mendapat keluhan sebagai balasan daripada aku.

Bukan Puteri BiasaWhere stories live. Discover now