𝐄𝐩𝐢𝐬𝐨𝐝𝐞 𝐭𝐰𝐨

1.1K 174 26
                                    

PIN PIN

Bunyi hon kereta itu membuatkan aku bergegas keluar dari rumah.

Kereta berwarna biru itu aku hampiri lalu pintunya dibuka dari dalam oleh Nancy manakala Maria duduk di kerusi hadapan.

"Selamat petang, pak cik," sapaku dengan sopan setelah masuk ke dalam kereta. Ayah Maria, iaitu pak cik Aiden, mengangguk dengan wajah yang manis.

"Jadi, semua dah bersedia? Kita akan gerak sekarang." Aku dan Nancy yang duduk di kerusi belakang, mengangguk apabila ditanya seperti itu.

Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 15 minit itu, bermula sekarang. Aku yang duduk di bahagian belakang, hanya membuang pandangan ke luar cermin kereta.

"Ayah, mana Maria punya foundation?" soal Maria yang dari tadi tercari-cari barangnya yang tidak dijumpai itu.

"Manalah ayah tahu," jawab pak cik Aiden tanpa memandang anak perempuannya itu.

"Camille, kau ada nampak tak aku punya foundation?" Aku menoleh memandang ke arah Maria lalu wajah hairan diberikan.

"Ha? Apa benda tu?" soalku dengan wajah berkerut. Jujur, sememangnya aku tidak menipu. Entah apa benda itu, dia sendiri tidak ambil peduli.

"Maria, ini dia. Aku dah jumpa," kata Nancy sambil menghulurkan barang tersebut pada Maria.

"Haih... nasib baik jumpa."

"Maria, janganlah pakai benda tu terlalu tebal. Sudah seperti hantu cina bila ayah tengok. Cuba lihat Camille, semula jadi saja kecantikan dia. Tak perlu pakai barang solek macam kamu tu. Pak cik rasa, kamu mesti pakai bedak sajakan, Camille." Aku hanya menghadiahlan sebuah senyuman manis kepadanya.

Aku tak mampu berkata apa-apa lagi. Sememangnya apa yang dikatakan oleh ayah Maria tersebut, semuanya betul.

Kulit aku yang semula jadi putih dan bersih tanpa sebarang parut mahupun jerawat, membuatkan aku tidak perlu memakai barang solekan seperti remaja pada zaman sekarang.

Terus sahaja Maria mencebik apabila mendengar apa yang dikatakan oleh ayahnya.

"Ayah ni, asyik puji Camille saja. Cubalah ayah puji anak ayah ni pula. Ini tidak, boleh pula kata anak ayah ini seperti hantu cina," balas Maria dengan nada menyampah. Pak cik Aiden tergelak sahaja.

"Baiklah, kita dah sampai." Terus mata kami bertiga memandang ke arah luar tingkap. Terlopong mulut kami apabila lihat keadaan rumah Nicole. Sangat besar!

"Para anak-anak gadis sekalian, kamu bertiga tak nak turun ke?" soal pak cik Aiden membuatkan kami tersedar dari lamunan akibat terlalu kagum.

"Terima pak cik," ucap aku dan Nancy serentak lalu menundukkan badan tanda berterima kasih dan mendapat anggukan kecil dari pak cik Aiden.

"Sudahlah, mari kita masuk," kata Maria lalu menarik Nancy agar berjalan bersamanya.

Aku berjalan di belakang mereka secara santai. Aku tidak melepaskan peluang untuk mencuci pandangan dengan melihat keadaan sekeliling.

Sekeliling rumah Nicole di hiasi dengan pelbagai jenis pokok bunga. Ada yang berwarna biru, hijau, putih, merah jambu, dan banyak lagi. Sangat mendamaikan. Pasti ibu Nicole seorang pencinta alam sekitar.

Tanpa sedar, kaki aku sudah melangkah masuk ke dalam rumah yang besar. Aku lihat, sudah ramai rakan sekelas aku yang lain sudah tiba selain aku, Maria dan Nancy.

Aku lihat Nicole, yang cantik berpakaian gaun kembang berwarna ungu, sedang berborak dengan Maria dan Nancy.

Aku menuju ke kerusi yang sudah tersedia khas untuk para semua tetamu yang hadir pada hari itu. Jus epal yang sempat aku ambil sebentar tadi, dihirup dengan perlahan.

Bukan Puteri Biasa [C]Where stories live. Discover now