Alahai dia tak turn on internet. Luth putuskan talian. Anak tangga dituruni. Saat ini dia terpandangkan angka jam menginjak pukul 9.23. Lapar tapi tak ada selera.

Sunyi sepi keadaan rumah. Tipikal memang hari harinya begitu. Berlalu pergi tanpa ada apa yang menarik sewaktu di rumah.

Rumahku Syurgaku? Hmmm...

Buka peti ais, Luth terpandangkan susunan coklat. Masih banyak, cukup kalau nak bagi Irel coklat hari hari selama dua minggu. Susu DutchMen dicapai sejurus langkah dibawa naik ke bilik semula.

Membulat matanya tatkala notifikasi dari Telegram masuk.

MPV 5 SABAR🍴

Esok jangan lupa ya bawa botol sos yang kosong kat rumah kamu tu. Kita akan buat sos cili untuk laporan latihan amali mingguan.
•NurBaitiHanim

Noted cikgu
•HidayahEdira

Baik cikgu
•Salwa

Nak je dia left group and delete chat group subjek MPV kelas sendiri! Wargh, sethegehh! Sabar je lah dengan kelas Sabar ni.

Baru je dia nak timbang tara patut ke dia left untuk hari ni, skrin menyala tanda ada notifikasi baru. Dari Iralna! Pantas Luth buka, dia berdehem.

Excited semacam kau ni Luth dah apahal?

Ir Ir
tiberrr

Luth tergamam. Keningnya dijungkit. Wah ini eh balasan dia setelah sekotak besar 24 pieces dan setangki minyak yang berkurang, yang ni Irel balas?

Wah, daulat tahap anak Agong kau eh?

Jarinya yang ingin menaip terhenti saat mesej dari Irel naik lagi.

Ir Ir
Terima kasih hantar aku tadi
Terima kasih jugak coklat kau
Tak cair pun =>

YOU
okey ×.×

Luth jeda seketika. Tak tahu nak balas apa.

YOU
makan belum?
kau tengah buat apa?

Ir Ir
belum
errr, kau pandai tak buat sup sayur?

Belum makan minah ni? Apakah?

YOU
bukan setakat sup, sayur pun aku boleh tanam😼
kau diet eh?
ha eloklah, makan coklat makin gemuk, baiklah kau diet🙌

Ir Ir
weh bagi tahu cara cara dia🙏😿

Luth berkerut. Banyak tu je dia reply? Lapar sangat, tak ada apa nak makan ke apa minah ni?

YOU
kau apahal ni?
okey ke?

Lama menunggu, baru Luth terima balasan.

Ir Ir
eeh jangan la tanya😭😫
bagi je lah resipi
make sure yang jadi punya

YOU
ye ye kejapp
kau betul belum makan kan?

Ir Ir
haah
cepat tau Luth🙇🙇
abang aku demam, nak masak untuk dia

Luth terus lompat turun dari katil. Dapur ditujunya semula. Menghampiri pukul 10, Ninja Luth membelah malam di bawah sinaran lampu jalan.

❍☆❍〃

His: Mr. Handball Where stories live. Discover now