#17

967 31 2
                                    


Hyeeee guys sorry sangat lama menghilang dan ni dah terlebih lama dah saya rasa ahahaha but thanks sangat kepada semua yang masih setia menanti cerita DIA CINTA MAFIA GIRL ni serious terharu tau huhuhu..(nangis jap), saya takde niat nak menghilang cuma busy sikit maklumlah study kan nak buat macam mana and cerita sedih lagi buku yang dah tulis jalan cerita ni hilang sampai sekarang tak jumpa jadi terpaksa cerita ni kena ubah mula dari bab17 ke jalan cerita yang lain pula hmmm (sakit otak) doakan semoga saya boleh habiskan cerita ni secepat mungkin yer sayang awak semua...

_______________________________________________________________________________

TINGTONG TINGTONG TINGTONG

"ISHHHH siapa pula yang kacau tidur aku ni" ngantuk tasya tak habis lagi tapi dah kena kacau

Dengan mata yang masih tertutup tangan tasya sibuk mencari-cari phonenya and cari punya cari jumpa pun dengan mata yang nak tak nak jer buka tasya gagahkan juga diri untuk membuka mata untuk melihat jam

"laa dah jam8 malam dah rupanya ermm bangun la dah alang-alang ada orang minta buka pintu tu" monolognya di dalam hati lalu bergegas turun ke tingkat bawah untuk melihat siapa yang datang tengah malam macam ni

Sesampai tasya di tingkat bawah tasya agak terkejut kerana keadaan rumahnya gelap sekali tiada satu pun lampu yang hidup

"aik takda elektrik ke apa ni apasal gelap jer, eh jap tadi lampu kat bilik air aku selamat ja hidup ni bibik tak on lampu ni tapi takan bibik tak balik lagi kot" omel tasya sendiri lalu mengatur langkah ke satu sudut yang menempatkan suis lampu rumahnya dan menghidupkan semuanya

TITTT dengan sekali tekan sahaja rumah mereka diterangi lampu

Apabila tasya membuka pintu yang tak habis-habis minta dibuka itu tasya terdiam seketika kerana tiada seorang pun berada diluar pada masa itu dan ada hanyalah sebuah kotak yang besar entah apa isinya, tasya perasan ada tulisan pada atas kotak tersebut yang tertulis ' TASYA '

"uishh peminat mana pula yang bagi aku ni gila bebenor ni jarang-jarang aku dapat hadiah sebesar macam ni lagi" kata tasya dengan gembira sambil mengangkat kotak tersebut untuk dibawa masuk namun perbuatannya terhenti seketika apabila dia merasa ada cecair berwarna merah pekat yang mengalir dari bawah kotak tersebut dan cepat-cepat dibuangnya kotak tersebut

Pov tasya

"shittt apa benda ni, siapa yang hantar?" soal ku pada diri sendiri

Aku mengatur langkah berhati-hati untuk melihat semula apa isi kotak tersebut dengan rasa ingin tahu aku membuka kotak tersebut dan aku terdiam seketika apabila melihat ada beberapa ekor tikus mati yang sepertinya baru sahaja dibunuh dengan sengaja, aku melihat seperti ada sampul surat dibawah timbunan tikus mati itu lalu tanpa membuang masa aku mengambilnya dan masuk semula ke dalam rumah

Krakkk sampul surat itu aku buka dan sekali lagi aku terdiam apabila melihat gambar mama dan papa yang sedang bergelak ketawa telah berlumuran dan terdapat nota yang ditinggalkan dibelakang gambar tersebut yang bertulis "who next?"

Tak cuma dengan itu terdapat sehelai kain putih yang telah berlumuran darah dan ini pertanda buruk mengikut kepercayaan orang dulu-dulu

Tak tak tak mama papa dalam bahaya sekarang, dia dah munculkan diri semula dan kali ini dia target mama dengan papa pula. Apa sebenarnya yang dia nak, kenapa dia dendam sangat dengan aku, aku akan cari kau sampai dapat kau dah ambil nyawa bella kali ni kau nak ambil nyawa family aku pula jangan mimpi langkah mayat aku dulu

Aku kena call mama sekarang juga dah takda masa dah

Tit tit tit tit tit beberapa saat berlalu panggil masih belum dijawab

"angkat la ma jangan buat tasya risau" aku mula gelisah macam-macam tengah bermain difikiran ku

"hello sayang kenapa tu call mama ?" akhirnya panggil dijawab

"mama dengan papa tak nak balik lagi ker?" soalan dijawab dengan soalan hahh bagus sangat la perangai aku ni

"mama dengan papa dah balik tadi masa tasya tengah tidur, nak kejut tapi nampak tasya penat sangat jadi tak sanggup. Tasya malam ni kitaorang tak balik tau, keluarga bibik kena bencana dan bibik dah takda dah sesiapa nak tolong jadi mama dengan papa dah sepakat nak tolong bibik apa yang patut dulu dekat kampung ni, bila semua dah selesai nanti mama dengan papa balik yer" terang mama dengan panjang lebar

"baik la ma, take care kirim salam papa dengan bibik" ucapku sebelum mama mematikan panggilan tersebut

Fuhhhhh tenang sikit hati aku bila dah dengar suara mama tadi, tapi aku tak boleh senang sangat dia dah mula bertindak sejauh ini so bermaksud dia dah lama perhatikan pergerakan mama dengan papa, aku kena bersedia mula sekarang mungkin dia salah seorang yang berdekatan dengan aku.

Keesokan harinya aku mengambil keputusan untuk gerak kesekolah atau lebih tepat lagi ke suatu tempat yang hanya aku seorang sahaja yang tahu, aku dah bagitau ash awal lagi untuk tidak menjemput aku hari ini agar rahsia aku tak terbongkar kerana ada sesuatu yang perlu aku cari dan tak boleh sesiapa pun tahu, aku tak nak libatkan sesiapa lagi dan aku tak nak ada korban baru lagi dalam angle evil cukup la bella yang terakhir. Biarkanlah mimpi buruk aku berakhir aku tak nak berulang kembali aku dah tak sanggup. Maaf guys aku terpaksa.....

Setelah hampir setengah jam memandu akhirnya aku sampai pun tempat yang telah lama aku tingalkan, terdapat sebuah bangle yang terbiar di perdalaman hutan dan tiada seorang pun tahu akan kewujudan tempat tersebut hanya aku dan bella sahaja yan tahu.

" dah lama aku tak jejak tempat ni, habuk pun dah tebal dah ni haihss selsema la aku lepas ni nampaknya aku kena bersihkan tempat ni but not for today" omel ku sendiri

"bella apa yang kau rahsia dari aku dah setahun dah kau tinggalkan tempat ni tapi masih banyak benda yang kau tak bagitau aku dan angle evil atau kau sengaja rahsiakan sebab ada kaitan salah satu angle evil? ARGHHH" pening aku memikirkan teka teki yang ditinggalkan oleh bella yang aku pasti kemalangan yang meragut nyawa bella ada sebab lain selain daripada dendam...

aku melihat jam tangan yang aku pakai " uhmm awal lagi ni baik aku lepak-lepak dulu lagi pun kalau aku pergi school sekarang mesti takda orang lagi" aku berbicara sendiri dah macam orang gila pun ada kalau orang nampak apa taknya bercakap sorang-sorang ishishish 

tengah aku sibuk melihat barang-barang peninggalan bella, tiba-tiba tanpa aku sengaja aku terlanggar satu patung hiasan bella yang berbentuk angle itu dan telah mengubah arahnya kedudukan patung tersebut dan tanpa aku duga sebuah pintu rahsia terbuka sendiri

aku terdiam seketika perasaan bercampur baur perasaan ingin tahu, perasaan takut dan perasaan terkejut pun ada kerana selama aku berada disini aku tidak tahu sama sekali akan wujudnya pintu rahsia tersebut jadi bermaksud ada lagi ruangan lain dalam banglo ini yang aku tidak tahu dan tak pernah jejak lagi

jam ditangan telah menunjukkan 5:46am "aku kena gerak sekarang kalau tak aku lambat, takpa nanti esok malam aku datang balik" bisik hati ku lalu membetulkan semula kedudukan patung tersebut dan terus meninggalkan tempat tersebut.

end pov

To be continue....

#sorrytypo hehehehe

Dia Gadis Mafia CintaWhere stories live. Discover now