Gempa pula sedang sibuk memasak tengah hari lagipun Solar dan Hali akan balik ke rumah nanti.

"Ice!! Panggilkan kakak!!",jerit Gempa dari dapur.

"Baik!!"

Ice berlari naik ke tingkat atas lalu pergi ke bilik Zira.

Pintu bilik diketuk perlahan tetapi tiada sahutan dari dalam.

"Kakak!! Gempa panggil.."

Sunyi sepi sahaja. Thorn pergi kearah Ice.

"Kakak kata tadi dia ada misi...2 hari dia tak balik rumah...",kata Thorn.

"Lah apahal tak cakap awal-awal buat penat aku je lari naik atas nih..haih..",keluh Ice lalu dia turun ketingkat bawah semula.

"Gempa!! Kakak ada misi lepas 2 hari baru dia balik!",jerit Ice dari ruang tamu.

"Ouh haahlah...Aku lupa dia ada misi.."

Selepas sejam semua masakan sudah tersedia di atas meja.

Pintu rumah juga dibuka dan muncullah Hali dan Solar yang baru balik dari hospital.

"Ha balik pun...Aku dah masak..jom makan sama-sama..",ajak Gempa dan menerima anggukan dari Hali dan Solar.

Semua kembar elemental duduk di meja makan.

"Selamat pulang Solar!!"

"Jangan menjerit aku ada depan korang je lahai..."

TTM tersengih lalu mereka semua menikmati makanan yang dimasak oleh abang kesayangan.

*





*




Skip time..








*





*

Mereka semua lepak di ruang tamu di waktu malam.

"Aku nak tanya korang sesuatu boleh tak?",Solar memandang kembarnya yang lain.

"Tanyalah.."

Solar menarik nafas dan hembus.

"Fuh...korang kenal Ieya tak?"

Hali hanya mendengar sambil baca novel.

"Ouh kenal-kenal!! Dia baik gila dengan kami!",jawab TTM serentak.

"Dia selalu bagi kami coklat",kata Blaze.

"Aaaa....dia dah meninggal pagi tadi...orang kata dia bunuh diri dalam bilik air..."

Semua terkejut mendengar apa yang disampaikan oleh Solar.

"T-tapi kami dah janji nak jumpa dekat taman hospital sebab Ieya cakap dia nak cerita sesuatu penting dengan TTM harini..",Thorn memasang muka sedih.

"Sesuatu penting?",soal Solar dan Hali serentak.

"Haah dia kata rahsia yang boleh menyebabkan nyawa dia dalam bahaya...",jawab Taufan.

"Jadi betullah sangkaan aku! Dia kena bunuh bukan dia bunuh diri!",kata Hali lalu mencampak novelnya.

Terkejut yang lain dibuatnya ingatkan kena sampuk tadi.

"Rahsia apa yang dia tahu? Siapa yang bunuh dia?"

Semua memandang Gempa.

"Pertanyaan yang tiada sesiapa pun tahu.."

Semua berpandangan sesama sendiri.

"Kita kena siasat perkara nih secepat mungkin.."

"Ali mesti boleh tolong kita hack CCTV dekat hospital tuh.."

"Betul cakap kau..esok kita minta tolong Ali.."

Semua mengangguk setuju.

....

Solar baring diatas katilnya sambil berfikir.

"Aku harap Ieya tuh tak tahu rahsia tentang aku...tapi kalau betul dia tahu aku takkan bunuh dia jadi mesti rahsia yang dia tahu lebih besar dari rahsia aku kot..."

Cermin mata dan sarung tangan miliknya dibuka lalu matanya memandang tapak tangannya yang mula menjadi gelap.

"Aku kena kuatkan lagi dos ubat tuh..."

Lampu bilik ditutup. Hali pula masih sibuk membaca novel di ruang tamu seorang diri.

Bersambung....
Vote dan coment🥺

Vote dan coment🥺

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Different World [COMPLETE]Where stories live. Discover now