"Ehem." Lutfi berdehem, lupa adik sendiri ada disitu. Itulah bila tabiat mahu bergaduh dibawa-bawa sampai depan orang pun tak dapat kawal.

"Kan anak tu keluar sebijik muka aku, baru padan dengan muka." Khair juih bibir lantas berlalu meninggalkan pasangan itu terpinga-pinga.

"Heh.." Lutfi jenggil mata.

"Tak apalah abang, abang nak claim muka baby pun claim lah, dari lahir muka Khair. Perang dunia saya dengan Lily nanti."

"Hahaha." Lutfi geleng kepala seraya memimpin isterinya masuk ke dalam rumah.

"Waaa anak Ibu dah balik?!" Baru sahaja Lily letak mangkuk lauk di atas meja, matanya membulat teruja memandang Naaila dalam dukungan Khair.

"Ibu.." Naaila tunjuk gula-gula kapas dipegangnya.

"Naaila nak kongsi dengan ibu?" Soal Lily terkejut. Laju anak itu mengangguk kepala.

"Aww sweetnya anak ibu, tunggu tau, Naaila duduk dengan baba dulu, Ibu nak tolong nenek masak ya." Lily kucup kepala Naaila sekilas lantas menghulur senyum buat suaminya.

"Masak apa?" Khair jenguk kepala dalam mangkuk besar di atas meja makan.

"Mama ajak masak Nasi Beriani harini, dia cakap Dayang ada bunyi mengidam nak makan. Lily on je lah."

"Mama happy lah tu jumpa geng nak memasak. Bukan selalu dia nak masak besar-besar macam ni."

"Tu semangat betul dia haa kat dapur." Lily tergelak menunjuk ibu mentuanya di dapur.

"Yalah, abang tak nak kacau. Bye!" Sempat Khair mengenyit mata sebelum dia berlalu meninggalkan isterinya.

•••
"MACAM mana Dayang? Sedap?" Puan Ida memandang menantunya. Meja makan sunyi menunggu respon Dayang serupa menunggu kritikan juri masakan.

"Perfect mama! Nasi beriani yang paling sedap Dayang pernah rasa! Serius tak ada dapat kalahkan kalau Mama dengan Lily masak!" Pujian Dayang menggunung buat senyuman Puan Ida melerek.

"Kembang semangkuk lah Mama kamu ni Dayang.." Encik Rozi menyampuk sambil mencedok kuah ke dalam pinggan.

"Mama berhak bangga lah papa. Sumpah sedap! Aa Dayang nak makan banyak tapi.." Mata Dayang sayu memandang Lutfi.

"Makan je lah, tak apa. Bukan selalu." Pujuk Lutfi, dan serentak itu senyuman Dayang melebar. Dia cuma takut beratnya naik! Tapi buat apa dia risau? Dia sekarang dah bersara dari pekerjaan lamanya atas cadangan Talia dan Lutfi.

Tiba masanya dia tumpukan sepenuh perhatian untuk keluarga besarnya pula.

"Makan Dayang, ni Lily tambah lagi. Kamu pula nak diet kenapa?" Puan Ida menegur pula menantunya yang seorang itu.

"Kenyang tengok Dayang makan mama." Lily senyum.

"Kamu pun kena kenyang juga. Baby dalam perut tu pun nak merasa Nasi Beriani special.."

"Jap.. hah?" Mata Khair membulat terkejut.

"Ups!" Puan Ida tekup mulut.

Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now