"Naaila comel." Puji Lisa. Encik Fajir turut tersenyum.

"Ayah ada kerja sikit. Lisa duduk rumah jaga Naaila ya?"

"Baik Ayah!"

"Shh.. Jangan cakap kuat-kuat. Baby mudah terkejut." Bisik Encik Fajir.

"Baik ayahhhh" Lisa membalas bisikan.

"Okaylah, ayah keluar kejap. Sempat petang ni ayah singgah tengokkan Restoan Ibu."

"Okay ayah, hati-hati." Lily hulur senyum melambai ayahnya yang mencapai kunci kereta sebelum lelaki itu menghilang keluar dari pintu rumah.

"Lisa mengantuk ke?" Lily toleh memandang mata Lisa yang layu menepuk-nepuk tubuh Naaila. Dia yang mengulit dia yang mengantuk. Aduhai Lisa..

"Sikit." Bisik Lisa.

"'Meh letak baby atas tilam dia." Lily menghampiri Lisa dan mendukung Naaila di letak di atas tilam bayi.

"Bagi bantal tu abang." Lily hulur tangan meminta bantal berhampiran Khair.

"Meh Lisa baring dekat sini." Lily tepuk bantal yang diletak di sebelah tilam bayi. Laju sahaja Lisa jatuhkan kepalanya disitu.

Tak sampai 5 minit si kecil Lisa sama-sama terlelap dengan Naaila.

"Mengantuk betul." Khair tersenyum.

"Apanya tak, dia yang bangun awal-awal pagi nak jagakan Naaila. Abang pun tidur lagi masa tu." Lily bangun kembali melabuhkan punggung di sebelah Khair.

"Abang dah shift malam jagakan Naaila." Balas Khair selamba. Lily tergelak kecil, teringatkan malam tadi dia nyenyak tidur dan Khair yang berjaga malam jagakan Naaila tanpa sikitpun kejutkan dia.

"Wahh bahagianya hidup Lily, siang orang lain jagakan Naaila. Malam Abang yang jagakan."

Khair senyum sebelum dia capai bantal lalu dipeluk. Kepala disandar pada sofa lantas memejam matanya. Sekarang pun masih lagi rasa mengantuk tu tersisa.

"Abang.." Mata Lily jatuh memandang wajah lena Lisa.

"Hm?"

"Abang tak terfikir ke Ayah sunyi?" Soal Lily lembut.

"Tak." Kelompak mata Khair terbuka memandang kipas berputar di atas syiling.

"Lily fikirkan ayah bahagia ke? Apa yang ada kat hati ayah sekarang.. Tiap kali Lily tengok Ayah layan Lisa. Lily jadi sebak.. Jahat ke Lily pisahkan mereka?"

Khair diam.

"Abang.." Lily tarik nafas panjang.

"Lily rasa, Lily nak pinang Aunty Sarah untuk Ayah.."

"Abang tak setuju." Khair bangun tegakkan tubuh memandang Lily. Dahi Lily berkerut.

"Lily dah maafkan semuanya. Lily dah ikhlas dengan apa yang jadi dekat Ayah, dekat Arwah Ibu, dekat Aunty Sarah.."

"Lily nak mulakan hidup baru." Sayu suara Lily kedengaran.

"Memaafkan dan mengikhlaskan tak semestinya Lily harus korbankan rasa di hati sendiri.."

"Cukup Lily maafkan mereka, tak perlu korbankan hati sendiri. Lily yakin ke Lily akan betul-betul ikhlas bila Lily teringatkan Ibu Lily?" Soal Khair tegas.

Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now