"Erm saya ingat nak tumpang awak ke office Lutfi, saya ada urusan dengan dia."

"Kereta saya ada kat bengkel Khair. Rosak." Ujar Talia selamba. Fatnim tarik nafas dalam. Bala apa yang datang tak henti-henti kat dia harini?

Sehari rasa begitu panjang!!

"Okay." Fatnim tayang wajah bersahaja lantas mengambil tempat di sofa. Sempat dia kerling ke arah Dzul yang membelek sehelai kertas di atas meja sofa.

"Abang macam dah dapat teka apa berita gembira tu." Ujar Dzul tenang lantas meletak kembali kertas di tangan. Senyuman Talia terbentuk.

"Yup! Abang Aryan dah terima plan projek tu. And dia kagum dengan Talia." Cerita Talia teruja.

"Setakat kagum, cukup ke?" Soalan Dzul buat Talia terdiam. Dari kecil dia dambakan cinta Abang Aryannya dan bermacam perkara yang dia sanggup lakukan untuk dapat perhatian lelaki itu. Mungkin masih belum cukup.

"Entahlah,, tapi Talia tak akan mengalah dapatkan perhatian Abang Aryan."

Fatnim kerut dahi. Perhatian apa ni?

"Cukuplah Talia, ramai lagi lelaki lebih baik dari boyfriend orang. Cari lelaki lain."

"Tapi Talia yang cop Abang Aryan dulu! Dari kecil Talia dah janji akan jadikan Abang Aryan suami Talia."

Mata Fatnim membesar.

"Kalau Fatnim kat tempat saya macam mana? Dah lama Fatnim tunggu lelaki tu tiba-tiba perempuan lain masuk daun. Mana adil kan macam tu?!" Talia menyoal Fatnim yang terkebil-kebil tidak tahu bagaimana mahu respon.

"Er.."

"Dah alang-alang Talia ambil masa lama tunggu Abang Aryan! Talia akan dapatkan dia sampai dia sah jadi suami Talia." Ujar Talia sungguh-sungguh. Dzul dan Fatnim sama-sama terdiam.

"Dengar cerita Fatnim dengan Abang Dzul bercinta 10 tahun kan? Tak rasa rugi ke putus tunang macam tu je?"

"Kalau Talia lah, Talia memang akan stick dengan rancangan Talia. If Talia dah start something, Talia akan make sure Talia fight sampai Talia dapat tengok hasil dia." Sambil membebel, sambil Talia kemas kertas di atas meja.

"Dah penat lelah bagi effort, cari perhatian, berjuang gaduh berbaik. Takkan nak mengalah macam tu je. Rugi.."

Bunyi deringan telefon mematikan bebelan tak berbayar Talia.

"Ilham kau dah sampai ke?!" Tak bersalam Talia menjawab panggilan.

"Okay okay tunggu aku kat bawah." Talia sengih lantas mematikan talian.

"Maaf Fatnim! Saya lupa yang Ilham nak ajak saya pergi kedai nasi kukus viral tu. Maaf sangat-sangat." Talia bangun dari duduknya.

"Abang! Nanti Talia text abang apa-apa ya. Fatnim! Jumpa lagi bye." Datang tak berjemput pergi tak dihalau. Itulah dia Talia.

Dzul urut leher sendiri dan Fatnim terdiam merenung jarinya yang sudah kosong.

"Fatnim, sorry."

"Tak, saya yang patut minta maaf. Saya salag faham and terlalu ikutkan perasaan."

"Saya tak faham situasi awak Dzul.." Suara Fatnim mula bergetar

"Saya dah tak nak gantung awak lama-lama. Kita boleh kahwin kan?" Soalan Dzul buat Fatnim tersentak lantas mengangkat wajahnya yang membahang.

"Kahwin?"

"Kahwin terus."

Fatnim teguk air liur. Sungguh perancangan Allah itu tak dijangka. Dia yang rasa tahun ini hidupnya membujang tiba-tiba dilamar kahwin oleh lelaki pujaanya sejak sekian lama.

"Baik."

•••
"Kau cakap apa Talia tadi? Aku sampai? Sampai kemana?" Suara Ilham di talian buat Talia tersenyum melangkah.

"Tak ada apa. Aku saja je." Balas Talia ringkas.

"Tak ada apa? Kau macam pelik je. Aku bukan tak nak teman kau lunch Talia tapi kau tahu lah doktor macam aku ni tak ada life sangat..."

"Sebab tu aku cadangkan kau single je Ilham."

"Tak baik kau ni.." Suara Ilham mengendur buat Talia melepas tawa kecil.

"Okaylah, nanti aku call kau balik. Aku baru nak lunch. Pukul 3 baru nak lunch."

"Jangan lewat sangat lunch, nanti sakit."

"Baik doktor Ilham." Talia lepas tawa kecil sambil matanya memandang sesuatu yang menyakitkan.

"Alright bye. See ya."

"Okay." Talia jatuhkan telefon dan matanya masih kaku melihat lelaki pujaanya kini sedang bahagia bersama wanita lain. Mereka kelihatan begitu gembira.

Kadang dia rasa perjuangannya selama ini sia-sia. Tapi terkadang dia rasa, dia perlu dapatkan lelaki itu walaubagaimana cara sekali pun.

Hatinya berhak.

Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now