YM : 7🌹

2.1K 135 56
                                    

Sebaik sahaja tiba di Kedah, Firaz dan Fariz terus bergegas ke rumah Maira. Firaz memandang luar, terlihat sawah-sawah padi yang hijau dan segar membuatkan dirinya tenang.

"Kau dah fikir masak-masak ke??" Soal Fariz yang fokus memandu

"Entah, aku rasa tu keputusan paling bodoh yang pernah aku buat. Kalau bukan sebab kejadian malam tu mungkin aku tak akan jadi macam ni" Firaz melepaskan keluhan berat

"Bagaimana keadaan sekalipun kau kena terima jugak"

Fariz memberhentikan keretanya di depan sebuah rumah kayu, rumah itu terlihat ramai orang. Itu membuatkan mereka berdua saling berpandangan.

"Nak turun??" Soal Fariz

"Apa function datang sini kalau taknak turun" jawab Firaz

Fariz mengangguk, mereka berdua keluar dari kereta bersama-sama. Cermin matanya di betulkan.

Mereka berdua berjalan pergi ke arah rumah itu. Orang kampung yang berada disitu memandang mereka pelik.

"Assalamualaikum, adik ni nak cari siapa??" Soal salah satu orang kampung disitu

Firaz membuka cermin mata hitamnya, dia memandang seorang pakcik tua berdiri di hadapannya "waalaikumussalam, saya datang nak berjumpa dengan Maira Nadia" jawab Firaz

Pakcik itu mengangguk, dia berjalan masuk ke dalam rumah dan memberitahu kepada Makcik Rosnah.

Maira yang duduk bersimpuh itu memandang ke arah Hafiz yang duduk di hadapan tok kadi. Tiba-tiba dia rasa berdebar.

Hafiz yang baru ingin membalas, terus terhenti apabila Sarah bersuara. Dia memusingkan badannya dan memandang ke arah Sarah.

"Maaf ganggu tapi perkahwinan ini tidak boleh diteruskan"

Hafiz yang pelik terus berdiri dan berjalan ke arah Sarah.

Sarah membuka telefonnya dan menunjukkan sesuatu kepada Hafiz. Hafiz mengambil telefon Sarah dan melihat gambar itu satu-persatu.

Dia memandang ke arah Maira, jelas di matanya menunjukkan dirinya kecewa.

"Apa semua ni??"

Maira memandang Hafiz dengan mata yang berkaca. "Saya tak tahu, maaf sebab sembunyikan hal ini" Maira menundukkan kepalanya.

Orang kampung mula membisik antara satu sama lain. Firaz yang terdengar bunyi bising dalam rumah itu terus bergegas masuk.

Semua mata memandang ke arahnya. Firaz yang tidak peduli dengan pandangan itu terus pergi ke arah Maira dan menarik lengannya tapi Hafiz menghalang.

"Kita belum selesai lagi"

"What do you want me to do???" Firaz memandang Hafiz dengan tajam

Majlis itu terlihat kucar-kacir sekarang ini, orang-orang kampung ingin menghalang Firaz dan Hafiz daripada bergaduh tetapi tangan Hafiz sudah hinggap di pipi Firaz.

Fariz menarik Firaz menjauh dari Hafiz.

Sarah membawa beg Maira dan membaling ke luar rumah. "Kau jangan berani-berani lagi nak jejak kaki dalam rumah ni, kau tu tak layak tinggal dkt sini!! Merosakkan nama kampung je" Sarah berpeluk tubuh. Orang-orang kampung bersetuju dengan Sarah, mereka semua meminta Maira keluar dari kampung ini.

Perlahan-lahan air mata Maira jatuh, dia berjalan keluar dari rumah dengan hati yang hancur.

Firaz yang perasan Maira keluar terus dia mengikuti Maira tetapi Makcik Rosnah menghalang dan meminta ganti rugi.

"How much??"

"Boleh tak cakap melayu?? Kau ingat aku faham ke kau cakap om puteh" makcik Rosnah menjeling Firaz

"Lain kali belajar, itulah orang kata kecik-kecik taknak mampus, besar-besar menyusahkan orang" Firaz membaling duit sejumlah 1000 ringgit lalu bergegas keluar dari rumah itu.

"Dengar tu apa abang aku cakap, kecik-kecik taknak mampus, besar-besar mintak duit dengan orang. Eeee tak tahu malu betul btw jaga lah anak kau yang serupa babi tu, menyondol je kerja dia. Kerja taknak buat" tambah Fariz pula

Muka makcik Rosnah dan Sarah merah padam. Sarah mengetap giginya dan memandang Firaz, Fariz dan Maira masuk dalam kereta Ferrari. Nampaknya jejaka-jejaka itu bukan orang biasa, dia perlu berbuat sesuatu.

"Aku tak akan biarkan hidup kau senang"


















Done update.

Setelah sekian lama saya tidak update, hari ini saya kembali mengupdate story saya yang sudah lama berdebu. Maaf jika membuat readers tertunggu-tunggu.

Jangan lupa vote dan komen ye 😊

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 17, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

YOU'RE MINE [ HIATUS ]Where stories live. Discover now