YM : 4🌹

1.3K 83 13
                                    

Malam itu, Sarah memulakan rancangannya. Sekarang mereka berada di sebuah cafe yang berdekatan dengan hotel mereka.

"Ermmm, Maira nak pergi tandas kejap" kata Maira

Sarah mengangguk

Selepas mendapat keizinan Sarah, Maira terus bergegas ke tandas. Sebenarnya dari tadi lagi dia ingin ke tandas tapi tidak berani memberitahu Sarah.

Sarah memandang Maira pergi. Selepas memastikan Maira sudah pergi, Sarah memasukkan sesuatu ke dalam air Maira. Dia mengacau air itu supaya ubat yang dia masukkan tadi cair.

Sarah tersenyum sinis kepada lelaki yang duduk berhadapan dengannya. Dia harap rancangannya kali ini berjaya dan tiada siapa yg boleh halang.

Sebaik sahaja keluar dari tandas, Maira terus pergi ke tempatnya. Dia takut Sarah menunggunya.

Tiba je Maira di meja makan, Sarah dan lelaki itu hanya berbuat seperti tiada apa-apa yang berlaku. Malas nak menunggu lama, Sarah menyuruh Maira minum air itu.

Maira akur, dia meneguk air itu perlahan-lahan. Sarah yang melihat itu tersenyum lebar.

"Habiskan makanan kau tu, kejap lagi dah nak balik hotel" kata Sarah

Maira angguk, dia menghabiskan sisa makanannya.

Selepas beberapa minit, kepala Maira mula berasa pening. Dia memegang kepalanya yang berdenyut-denyut.

Sarah yang melihat itu hanya tersenyum sahaja. Dia tidak menyangka ubat itu akan berkesan selaju ini.

Maira mula tidak sedarkan diri. Sarah menyuruh lelaki itu mengendong Maira dan berjalan keluar dari cafe.

Sampai sahaja di hotel, mereka terus pergi ke arah lift. Nasib baik tiada orang di lobi tetapi penjaga kaunter sempat melihat mereka berdua.

Mereka berdua masuk ke dalam lift.

"You nak letak dia dalam bilik siapa??" Soal Sarah kepada lelaki itu

"I pun tak tahu tapi yang pasti bilik tu ada lelaki. Lepastu you call lah JAIS" kata lelaki itu

Sarah mengangguk faham

Sebaik sahaja pintu lift itu terbuka, lelaki itu berjalan pergi ke bilik seseorang.

Sarah hanya mengikuti sahaja lelaki itu. Cukup hanya lelaki itu sahaja yang buat kerja.

Lelaki itu masuk dalam bilik dan memandang seseorang lelaki yang sedang tidur. Dia membaringkan Maira dikatil itu, dia juga membuka shawl yang melilit di kepala Maira. Butang baju Maira dibuka satu persatu.

Sarah mengeluarkan telefonnya lalu mengambil gambar Maira. Wajah lelaki itu tidak kelihatan tetapi itu cukup untuk menjadikan bukti.

Selepas siap mengambil gambar. Sarah dan lelaki itu bergegas keluar dari situ.

"Thanks baby.. now I will pay you" Sarah menarik baju lelaki masuk ke dalam biliknya.

Lelaki itu tersenyum nakal. Dia menutup pintu bilik Sarah dengan kakinya.

Tok!!

Tok!!

Tok!!

Ketukan pintu itu mengejutkan seseorang yang sedang tidur. Dia bangun dari perbaringannya dengan mata tertutup. Dia membetulkan rambutnya yang sedikit serabai.

Dia membuka matanya selepas mendengar ketukan pintu yang tidak berhenti-henti diketuk. Dia memandang sebelahnya, terbuntang matanya melihat seorang perempuan terbaring di katilnya. .

Apa yang perlu dia buat??

Pintu dia pulak tak habis-habis kena ketuk.

Dia mencapai telefonnya lalu menghantar mesej kepada seseorang.

ME
Wehhh datang bilik aku sekarang , takde alasan!! Urgent ni!!
✓✓

Dia melepaskan keluhan kecil, dia berjalan pergi ke arah pintu lalu membuka pintu perlahan-lahan.

"Ye?? Cari siapa??" Soalnya

"Assalamualaikum........"













Bersambung

























Agak-agak siapa yang datang?? Kita tunggu next chapter ye, kita tengok apa yang jadi hehehehe

Jangan lupa vote dan komen tau🥺

Btw saya tukar nama Makcik Kinah kepada Makcik Rosnah ye

YOU'RE MINE [ HIATUS ]Where stories live. Discover now