YM : 2🌹

1.5K 105 12
                                    

Seorang lelaki tinggi lampai berjalan keluar dari airport. Kaca mata hitamnya dibuka, matanya terpandang seorang lelaki dan seorang perempuan sedang menunggunya. Gadis itu melambai ke arahnya.

Dia memakai semula kaca matanya itu dan berjalan menuju ke arah mereka berdua. Lelaki itu terlihat dingin, diwajah lelaki itu tiada secalit senyuman.

"Abang!! Isya rindu abang Raz tau, bukan Isya je tapi abang Riz pun rindu abang tau" gadis itu memeluk lelaki itu dengan erat. 

"Woii sejak bila aku rindu mamat sewel ni?? Takde-takde, tu kau sorang je jangan nak libatkan aku" Fariz menafikan kata-kata adik bongsunya itu, memandai je budak ni.

"Dah habis dah??" Soal Firaz

Farisya tersengih, dia melepaskan pelukan itu dan menyuruh Firaz masuk ke dalam kereta.

Fyi, Firaz pergi sambung belajar dan dia baru sahaja menamatkan pengajiannya di LA. Selama dia tiada di Malaysia, Fariz yang mengambil alih syarikat itu. Sekarang dia sudah balik, dia sendiri aku uruskan syarikat itu.

Mereka bertiga masuk ke dalam kereta.

"Abang Raz, best ke duduk sana??" Soal Farisya sambil memandang abangnya.

"Not bad"

Farisya memuncungkan bibirnya, dia tanya punyalah panjang tapi yang dibalas oleh Firaz hanya sepatah. Tak guna punya abang, kalau dia tahu Firaz akan menjawab sepatah takdenya dia nak tanya.

"Kau nak balik rumah mama dengan papa atau rumah kau sendiri??" Soal Fariz yang fokus memandu kereta.

"Rumah aku" jawabnya.

Fariz mengangguk.

"Isya nak stay dengan abang Raz boleh???" Soal Farisya

"The answer is no" laju sahaja Firaz menjawab

"Whyyyyyy"

"Tak elok orang tengok, kau boleh je datang hari-hari tapi bukan seorang lah. Nanti kau suruhlah Fariz temankan kau" ujar Firaz

"Aku jugak yang kena" omel Fariz

Farisya mengangguk, dia akur sahaja apa yang dikatakan Firaz. Walaupun Firaz terlihat dingin, dia masih melayani adik-adiknya. Farisya dengan Fariz tidak ambil hati dengan layanan Firaz sebab mereka lebih tahu perangai Firaz macam mana.

Fariz memberhentikan keretanya di hadapan sebuah rumah. Rumah itu sangatlah besar tetapi yang tinggalnya hanya seorang sahaja.

"Thanks sebab jemput aku tadi, kalau suruh aku bayar duit minyak aku tak akan bayar tapi aku boleh treat cara lain" ujar Firaz sambil keluar dari kereta.

"Welcome, esok aku nak kau belanja makan. Tiada alasan ye" Fariz sengih dan dia memecut laju.

Firaz yang melihat itu hanya menggeleng kepala sahaja. Kena saman baru padan muka.

Firaz berjalan masuk dalam kawasan rumahnya. Sudah lama dia berada di LA tetapi kawasan rumahnya terlihat bersih sahaja. Dia memandang keretanya yang berada di dalam garaj, kereta itu terlihat berkilat. Siapa yang cuci??

Malas berlama-lama diluar, Firaz berjalan pergi ke arah pintu dan menekan password rumahnya. Dia sudah memaklumkan kepada mamanya untuk tidak menukar password ini.

Sebaik sahaja pintunya terbuka, Firaz terus masuk ke dalam. Masuk sahaja dalam rumah, dia menuju ke bilik. Dia mahu melelapkan matanya seketika. Kau ingat duduk dalam kapal terbang tak penat ke nyahh??

Masuk je dalam bilik, katil yang di tujunya. Dia merebahkan badannya di katil, jaketnya pula dia sudah melempar ke sofa.

YOU'RE MINE [ HIATUS ]Where stories live. Discover now