YM : 6🌹

1.5K 87 18
                                    

Suasana di ruang tamu itu sangat suram. Wajah masing-masing kelihatan serius. Tiba-tiba ada yang bersuara.

"So macam mana?? Dah fikir baik-baik ke nak teruskan??"

"I don't know, lagipun Raz tak kenal perempuan tu. Sumpah Raz tak buat benda tu" kata Firaz

Karl memandang wajah anaknya itu, dia tahu Firaz tak akan berbuat demikian. Tapi walau bagaimanapun dia harus teruskan perkahwinan itu agar maruah keluarga ini tidak tercemar.

"Raz tahu perempuan tu tinggal mana??" Soal Karl

"Raz dah mintak Riz tolong cari maklumat pasal perempuan tu.. Yes Raz tahu dia tinggal mana" jawab Firaz

"Esok pergi jumpa dia then kalau boleh bawak dia datang KL"

Firaz mengusutkan rambutnya. Nampaknya pagi-pagi buta dia kena gerak pergi Kedah. Kalau bukan sebab maruah keluarganya, memang taklah dia nak kahwin.

"Abang Raz, kapal terbang kan ada naik je lah tak payah susah-susah nak drive. Nanti dkt sana abang Raz ambiklah kereta abang Riz, kereta abang Riz kan ade dkt resort tu" cadang Farisya

"Hmmm kalau bukan sebab perempuan tu kan.. memang taklah aku nak pergi sana" kata Firaz yang berlalu pergi naik ke atas

Karl dengan Aira menggeleng mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Firaz. Mungkin takdir Firaz yang dipertemukan dengan seseorang dlm keadaan sebegitu.

"Isya dah nak boleh kakak ipar lah, nanti mesti Isya ada kawan kan" Farisya sengih

"Kau ni, sempat lagi fikir ke situ" Fariz menggelengkan kepalanya

"Alah bukan selalu, abang Riz taknak kahwin ke??"

Fariz tersedak. Calon pun takde nak aku kahwin pulak.

"Kalau abang Riz takde calon Isya boleh carikan, calon pertama Airis tu" Farisya memandang Fariz.

"Sampai ke mampus aku rela tak kahwin" jawab Fariz lalu berjalan masuk ke dalam biliknya.

Farisya memuncungkan bibirnya.

Majlis perkahwinan antara Maira dan Hafiz akan berlangsung pagi esok. Orang kampung sibuk memasak dkt dapur manakala Maira berkurung dalam bilik mengenang nasibnya nanti apabila semua tahu yang dia ditangkap khalwat semasa di Johor.

Takut

Itu yang dia rasakan sekarang, kalau Hafiz tahu mungkin Hafiz akan kecewa dengannya.

Maira cuba menenangkan fikirannya, dia tidak mahu berfikiran negatif. Cincin yang tersarung di jari manisnya diusap perlahan.

Klak!!

Tanpa diketuk pintu itu dibuka oleh Sarah dari luar. Maira yang sedang termenung itu tersentak dengan kehadiran Sarah.

"Kau tak reti-reti nak keluar ke??" Soal Sarah sambil memeluk tubuhnya.

"Kejap lagi Maira keluar, tadi kepala Maira pening"

"Banyaklah alasan kau, cakap je lah yang kau takut nak keluar sebab kau malu" Sarah tersenyum sinis

Maira diam, dia menyarung tudungnya lalu berjalan keluar dari bilik. Sakit pulak hatinya apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Sarah.

Maira pergi ke dapur, dia melihat orang-orang kampung sedang bertungkus lumus memasak untuk hari esok.

"Ini ke bakal pengantin tu, cantik orangnya ye" kata salah satu orang kampung disitu

Maira menghadiahkan satu senyuman manis. Dia duduk bersila di sebelah Makcik Kinah.

"Senyum lah kau selagi boleh" bisik makcik Rosnah sambil menghiris bawang.

Air muka Maira terus berubah. Dia menundukkan kepalanya cuba mengawal perasaannya. Baru sahaja duduk, dia berdiri semula dan berlalu pergi masuk ke dalam biliknya. Semua yang berada disitu memandangnya pelik.

Dia cuba menahan tangisannya tetapi dia tidak boleh. Akhirnya tangisannya pecah.





























Done update❤️

Jangan lupa vote dan komen ye

YOU'RE MINE [ HIATUS ]Where stories live. Discover now