YM : 1🌹

2K 110 1
                                    

Seorang gadis menyandarkan badannya di dinding pondok hadapan rumahnya sambil tersenyum manis melihat cincin di jari manisnya. Tidak menyangka dia sudah menjadi tunangan orang. Namun senyuman itu pudar apabila seseorang merentap tangannya dengan kasar.

"Amboi kau, senyum sorang-sorang macam orang gila. Kau ingat Hafiz suka kau ke?? Tengok muka kau pun dia taknak lah, entah-entah dia bertunang dengan kau pun sebab terpaksa. Iyalah tak elok orang kampung tengok kan, untuk pengetahuan kau Hafiz untuk aku seorang je" sebelum beredar dari situ, tangannya sempat menunjal kepala gadis itu.

Gadis itu mendiamkan diri, dia memandang kepergian sepupunya itu. Apa salahnya sehingga orang sekelilingnya membenci dirinya?? Ibu saudaranya pula tidak habis-habis berkata yang dia anak yang malang. Tapi bapa saudaranya melayaninya seperti anak kandung sendiri. Dia pun sedar diri yang dia hanyalah menumpang sahaja.

Gadis itu melepaskan keluhan kecil. Dia bangun lalu berjalan masuk ke dalam rumah.

"Ha kau budak pergi mana?? Aku cari kau merata-rata tempat tadi"

"Maaf makcik, tadi Maira dkt pondok depan sana tu" ujar Maira

"Sekarang kau pergi basuh baju yang berlambak dkt dapur tu, basuh biar bersih. Aku nampak kotor siap kau nanti" Ujar makcik Rosnah merangkap ibu saudara Maira.

Maira akur, dia berjalan mengambil bakul baju yang kotor lalu pergi ke bilik air untuk mencuci satu-persatu. Walaupun di rumah ini mempunyai mesin basuh, Makcik Rosnah melarang Maira menggunakannya.

Maira mula mencuci baju-baju itu, dia tidak pernah mengeluh. Dia hanya akur sahaja dengan perintah Ibu saudaranya itu.

"Ibu, kenapa ibu tak halang majlis pertunangan budak tu??" Seorang gadis memeluk lengan ibunya.

"Kamu ni cuba lah sabar Sarah, kalau kita halang sekarang nanti tak menarik. Kita tunggu majlis dia nanti, masa tu kita hancurkan hidup budak tu" Makcik Rosnah ketawa jahat

Gadis yang bernama Sarah itu tersenyum sinis, dia tidak sabar ingin menghancurkan hidup Maira dan selepas dia hancurkan hidup Maira. Dia akan pastikan yang Hafiz akan menjadi miliknya. Just wait and see.

Maira mengelap peluh di dahinya. Setelah beberapa jam berada di dalam bilik air, akhirnya dia siap mencuci semua pakaian. Sekarang tunggu untuk sidai sahaja.

"Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam, ehh abang Hafiz. Ada apa datang sini?? Nak jumpa Sarah ke??" Soal Sarah dengan senyuman gatal

"Abang datang nak jumpa Ira, dia ada ke?? Kalau dia tak ada, abang datang esok je lah" ujar Hafiz

"Dia tak ada, tak tahu lah dia pergi mana tadi" jawab Sarah

Maira yang berura-ura mahu keluar terus dihalang oleh Sarah, dia mengambil bakul baju dari Maira dan memberi isyarat kepada Maira supaya masuk ke dalam bilik. Sarah pergi ke arah ampaian, acah-acah yang dia rajin.

Maira pelik melihat sikap sepupunya itu tapi dia hanya akur sahaja. Maira masuk ke dalam bilik lalu merebahkan badannya di katil. Tiba-tiba matanya terasa mengantuk, mungkin sebab dia terlalu penat kot.

Tidak sampai beberapa minit dia berbaring, Maira terlelap jua.

"Kalau Ira tak ada abang balik dulu lah ye Sarah, lain kali abang datang lagi" ujar Hafiz sambil menghidupkan motornya.

Sarah angguk sambil tersenyum, walhal di dalam hatinya tidak habis-habis maki pada Maira. Kalau bukan disebabkan Maira mungkin Hafiz sudah menjadi miliknya.

Selepas dia memastikan Hafiz sudah pergi, dia membaling baju ke dalam bakul. Kalau bukan sebab Hafiz tak adanya dia akan buat kerja ni semua. Dia berjalan masuk ke dalam rumah dengan wajah yang tidak berpuas hati.

"Kamu ni dah kenapa??" Soal Makcik Rosnah

"Boleh lagi ibu tanya, kalau bukan sebab budak sial tu mungkin Hafiz dah jadi milik Sarah tau!!" Sarah mengawal suaranya supaya tidak didengari oleh ayahnya.

"Ibu ada idea" makcik Rosnah tersenyum jahat






























Disebabkan ini permulaan , author hanya buat setakat ini dulu. Nanti author update lagi.

Ini baru part heroin , part hero?? Tunggu next chapter ye

Jangan lupa vote dan komen😘

YOU'RE MINE [ HIATUS ]Where stories live. Discover now